Kembali bernafas
Salam,
Apa khabar? Sihat? Saya alhamdulillah, sihat dah.. Skang ni tinggal parut jer..waa..cam ner nak hilangkan parut chicken pox ni? Buruk rupanya bila tengok cermin..geram plak rasanya..
Hari ni saya dah kembali bekerja..huh! Lega rasany bila dapat keluar dari rumah dan berjumpa dengan orang. Kalau tak , terperuk jer kat umah tak leh bergaul dengan orang ramai sebab takut orang lain plak kena jangkitan chicken pox.
Seronok pulak bila bekerja semula.. Tapi lebih seronok kalau bekerja sendiri, kan?
Maka tinggalah anak-anak saya yang berdua tu di Putrajaya sebab mama saya masih tak appoved untuk anak-anak saya dihantar ke Nursery, kata dia ” Qaisara belum sihat betul”..hehehe padahal saya rasa dah sihat dan dah ok dah chicken pox dia tu.. Tak pe la, ok juga kalau mama saya jaga..
Dalam saya bercuti (cuti ka?), lebih tepat dalam saya bercuti sakit selama 2 minggu, saya masih lagi terpaksa datang ke pejabat minggu lepas untuk selesai satu tugasan penting..hehehe saya datang dengan virus chicken pox.. itu pun 2 jam jer tak leh lama nanti habis satu opis kena chicken pox.. kosong plak opis, kan..
Bil a dikenang semula, sebanarnya dalam bulan puasa lepas memang penuh dugaan dan kekecewaan dalam hidup saya sebab beberapa perkara yang saya rancang, tak menjadi kenyataan. Tak pe la bukan rezeki, kan..
Semoga selepas ini sinar baru dan juga perancangan saya menjadi.. Oh ya, next week SILC dan hujung bulan saya akan ke Sabah untuk training MBfPC. Yeay, naik belon!!
Ok la, nak buat kerja semula..berlambak kerja atas meja ni..
p/s: psssttt, ada tak sesiapa tahu yang ada orang sudi nak bagi anak dia sebagai anak angkat? Tak kisah la apa status anak tu (sebab baby tu tak bersalah, kan?).. Kalau ada tolong beritahu saya, boleh? Kalau boleh baby boy la yer..

beli bio oil laa.. elok untuk hilangkan parut.
bio oil yer? nanti aii cuba..Ibu bila nak wat open house? nak datang serbu segerombolan ke umah ko.