Hand Foot Mouth Deases

Salam,

Keluarga saya diuji lagi. Kali ni anak saya Qaisara pula  yang jatuh sakit. Saya dah perasan dah ada macam bintik bintik pada punggung dan juga celah kelangkang anak saya pada pagi Jumaat (masa saya tak leh nak bangun tu la). saya dah rujuk dan bawa dia periksa pada pagi Jumaat tu bersama-sama ketika saya mendapatkan rawatan migrain saya. Tapi doktor kata itu ruam.

Sabtu walaupun saya masih belum sihat, saya tetap uruskan anak pada pagi tu, mandi dan beri mereka makan. pagi tu semasa saya mandikan dan pakaikan baju, saya dapati biji-biji tu dan jadi blister dan dah makin bertambah..Tapi Qaisara still aktif dan tak demam. menjelang manghrib dan saya dah mula rasa sihat,tapi Qaisara pula dah mula tak senang duduk dan asyik menangis. Mengamuk dan semuanya tak kena pada dia. Badan dah mula panas. Saya call Ida Murni untuk tanya pendapat. Dia kata baik bawa klinik sebab maybe HFMD. Hah?! Oleh kerana anak-anak saya belm pernah kena virus ni, saya jadi blur dan panic.

Lepas maghrib ajer bawa dia ke klinik sekali lagi. Sah memang sah. HFMD! Kesian anak ummi… Call Dr. Ning utk tanya cam ner nak handle HFMD ni. Kak Ning, TQ yer sebab sudi layan zatul walaupun dah tidur masa tu..

Kebetulan hari mama & Papa serta adik adik ada di rumah saya, jadi ramai lah yang tolong tengokkan Qaisara sementara saya keluar handle slot breastfeeding untuk kelas atenatal di Hospital Bersalin Razif, Klang. Hubby pun bercuti kerana hujung minggu. Nasib baik slot tu 1 jam jer…

Hari ini, saya terpaksa tinggalkan Qaisara dengan Mama & Papa untuk ke opis. Tengoklah saya cuba siapkan kerja dengan segera hari ini agar esok saya boleh cuti utk jaga Qaisara.

Kesian Qistina, Ummi dan Abah banyak tertumpu pada adik sejak 2 hari ni. Nasib baik juga dia dah besar dan dah paham yang adik sakit, so tak de la dia nak dekat dengan adik dan merajuk bila tak di beri perhatian 100% . Kakak good girl, kan.. Hari ni pegi school yer..tak boleh dekat dengan adik tau..Adik sakit…kesian adik…

More info pasal penyakit ni boleh tengok kat sini

Adik, cepat sembuh yer..

Nota: saya sendiri masih belum recover dari demam..Check up kali kedua pada hari Sabtu yang lalu, Dr. kata  tekanan darah saya rendah sedikit, itu sebab saya tak boleh bangun 2 hari tu…

Salam Kasih,

2 Responses to “Hand Foot Mouth Deases”

  • ibu says:

    aiman 2kali kena.. yg ksiannya susah nk makanlaa. mulut penuh ulser putih2. mcm aku masa aiman kena dulu, kitaorg mop2 lantai rumah dgn dettol pastu toys dia yg bulh dicuci tuh mmg kitaog cucila. tak silap aku vires nie lagi senang merebak melalui air.. btw take care eh. jgn smpai qistina berjangkit pulak.

  • Bonda Q says:

    BU, kesiankan kalau bebudak ni sakit. Aku plak yang runtuh air mata

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.