Kathy M. Baker Dalam Kenangan
Salam,
Dalam kesibukan saya, saya dikejutkan dengan berita sedih pada 2 minggu lepas. Our mentor daripada La Leche League International (LLLI) telah meninggal dunia dalam tidurnya pada pada 27 Mei 2010 yang lalu, di rumah beliau di Lombard, Illinois, Amerika Syarikat. Kathy meninggal dunia ketika umur beliau menjangkau 61 tahun.
Teringat kenangan saya bersama dengan Kathy sewaktu menjalani program Train The Trainers bagi PCPA untuk ‘Malaysian Breastfeeding Peer Counselor’ pada awal Januari yang lalu.
Jasa beliau tetap dalam ingatan kami. Walaupun beliau telah pergi untuk selamanya, insya Allah, semangat kami dalam memperjuangkan breastfeeding akan tetap utuh dan semarak hingga ke penghujung.
Cerita sewaktu beliau datang ke Malaysia untuk melatih kami, PCPA bagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor boleh anda baca di laman ini
Saya ada menjenguk wall di laman Facebook beliau dan begitu ramai yang sangat menyanjungi dan menyayangi beliau di atas keperibadian beliau dan juga atas dasar perjuangan beliau di dalam breastfeeding. Oleh yang baik memang akan sentiasa di kenang sampai bila bila. Semoga kebaikan dan semangat yang beliau tinggalkan bersama kita, akan sentiasa menjadi pendorong bagi kita semua dalam memperjuangkan Breastfeeding. Insya Allah.
Kathy M. Baker Dalam Kenangan.
Salam Kasih,
