Pencegahan Kepada Masalah Bengkak susu
Salam,
Selain daripada masalah kurang susu, masalah bengkak susu juga selalu menjadi penyebab ibu berputus asa dalam penyusuan. Ini kerana kesakitan yang dialami akibat daripada bengkak susu tadi boleh menyebabkan ibu trauma. oleh itu, amat penting bagi ibu untuk tahu dan ambil tahu bagaimana cara untuk mengelak berlakunya bengkak susu ini.
Bengkak susu ini berlaku apabila susu peralihan telah mengambil tempat di dalam payudara yang mana keadaan ini selalunya ibu-ibu akan kata susu dah datang atau susu dah ada.
Mengapa berlakunya bengkak susu?
Ianya berlaku kerana pengurusan penyusuan susu ibu yang tidak di urus dengan baik. Antara contoh pengurusan penyusuan yang kurang efektif adalah termasuk kurangnya penyusuan secara terus bayi ke payudara ibu, pengosongan payudara yang tidak sepenuhnya, pelekapan yang tidak betul, pemberian puting kosong/air masak/susu formula, dan etc.
Bagaimana mencegah?
Perlu diingatkan bahawa penyusuan yang melebihi 8 kali/hari adalah diperlukan dan tempoh sesuatu penyusuan jangan terlalu singkat. Mengapa tidak boleh terlalu singkat? Ini kerana susu ibu mempunyai 2 kategori. Susu Awal dan juga susu akhir. Susu Awal mempunyai lebih air dan cari, manakala susu akhir mempunyai lemak dan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam tumbesaran bayi.
Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi dan juga mengikut kehendak ibu juga. Maksud saya ialah lihat pada cue yang baby telah beri. Jangan tunggu baby sudah menangis baru mahu di offer susu. Sudah tentu huru hara keadaaan pada ketika itu. Nanti ibu dan baby sama-sama tension. Penyudahnya susu tidak keluar walaupun payudara sudah bengkak. Juga jika payudara ibu masih terasa pebuh walaupun sudah menyusu cuba express susu badan anda supaya tiada yang tertinggal di dalam payudara dan payudara terasa kosong dan ringan.
Jika bayi anda tidur dan sudah tiba waktu untuk menyusu, contohnya 2 jam yang lepas baby sudah menyusu dan masih tidur selepas 2 jam, kejutkanlah bayi anda untuk sesi penyusuan yang seterusnya. Jangan pula anda biar bayi anda tidur dan tidak menyusukan bayi hanya kerana kasihan untuk mengejutkan bayi anda daripada tidur. (ada paham ka ayat aii ni? rasa macam tunggang terbalik plak)
Hanya susu ibu
Pastikan tiada gangguan dalam penyusuan susu ibu. Ini termasuklah lebih mengutamakan breastpump daripada baby. Sehebat mana dan semahal mana pun breastpump anda, ianya masih belum dapat menandingi keberkesanan hisapan bayi anda. senang cerita performance pump masih jauh ketinggalan berbanding hisapan bayi. Jadi pastikan anda susukan bayi anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi sudah tidak mahu meneruskan penyusuan, baru express bagi tujuan pengosongan payudara tadi.
Pemberian air masak, puting kosong dan susu formula juga merupakan gangguan yang terbesar dalam penyusuan susu ibu. Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa berlakunya bengkak susu dan juga akan menyebabkan pengeluaran susu anda mula terganggu dan menjadi kurang. Perlu ingat, perut baby sangat kecil. Bayi baru lahir tidak perlu 2 oz atau lebih teruk lagi jika diberi 4 oz pada setiap feeding session. Bayi baru lahir perut mereka hanya sebesar kacang hazel. Mana mungkin akan dapat mengisi 2 oz tersebut. Keperluan baby akan meningkat seiring dengan tumbesarannya.
Susukanlah bayi anda dengan SUSU IBU SAHAJA.
Jika pengurusan penyusuan ini aka breastfeeding management dapat dilakukan dengan baik, insya allah, tidak akan terjadinya bengkak susu yang menyebabkan anda trauma. Pengurusan penyusuan yang tidak cekap pula akan menyebabkan masalah lain seperti demam, mastitis dan sebagainya.
oh ya, saya juga telah konsult dan membantu seorang ibu baru yang juga jiran saya dan melawat serta membantu ibu ini selama 3 hari dalam menguruskan masalah bengkak susu. Alhamdulillah, setelah seminggu, saya lihat ibu ini telah berjaya menyusukan bayi beliau dengan baik dan masalah payudara bengkak yang dihadapinya telah hilang. Alhamdulillah.
Qistina & Qaisara (meraung sebab tak boleh duduk sebelah baby Asfar) bersama baby Asfar & Auntie Ella
Kepada Ella Sahar, tahniah kerana memilih breastfeeding untuk Baby Muazham Asfar dan awak sekeluarga. Awak & Mus dah buat keputusan yang bijak. Tahniah juga pada Mus kerana menjadi suami dan ayah yang sangat supportive dan sangat positif mengenai breastfeeding. Akak percaya, suami yang seperti awak lah menyemarakkan lagi semangat dan kemahuan isteri untuk meneruskan breastfeeding.
Salam Kasih,

salam…
saya baru sahaja mempunyai seorang cahaya mata berumur 7bulan. saya menyusu susu ibu sepenuhnya dari baby lahir hingga sekarang. masalah saya bermula sejak anak saya berumur 5 bulan. saya selalu mengalami bengkak pada susu sebelah kanan. setiap minggu…payudara sebelah kanan akan membengkak dan beketul2 pada tempat yang sama. saya terpaksa mengambil ubat tahan sakit dan antibiotik kerana puting juga merah serta mengeluarkan sedikit susu basi. saya telah cuba tuam air suam pada tempat bengkak tersebut, tetapi ketulan tersebut makin membengkak dan air susu tidak keluar langsung. saya amat trauma setiap kali selepas habis makan ubat selama seminggu, ini kerana minggu seterusnya akan berlaku lagi bengkak tersebut. saya telah berjumpa pakar dan telah membuat x-ray pada peyudara kanan, tetapi tiada masalah. saya juga tidak sanggup terus menerus makan ubat, takut terkesan pada bayi. apakah ada cara untuk saya lakukan bagi meneruskan penyusuan ibu ini?
Salam Fauzly, cuba baca artikel saya di majalah Mami & Baby untuk bulan Nov 2010. Saya ada menyentuh hal ini.