PINK COACH aka GERABAK MERAH JAMBU
Salam,
Sudah 3 hari pink coach memulakan operasi. Saya sangat teruja dengan pengenalan dan usaha pihak KTMB dalam menjaga kebajikan penumpang wanita.
Walaupun saya tidak lagi menaiki komuter KTMB lagi kerana sudah berkereta tapi saya sangat-sangat menghargai usaha pihak KTMB. Manalah tahu, satu hari nanti saya nak naik Komuter ni, dapat gak la merasa duk kat Pink Coach ni.
Pelancaran Pink Coach ini pada hemat saya ternyata tepat pada masanya. Oh ya, saya semasa masih anak dara dulu memang pengguna tegar Komuter. Ke mana saja saya akan gunakan komuter selain daripada Bas & LRT.
Tepatnya pelancaran ini kerana ianya dilancarkan pada ketika isu sosial dan keselamatan wanita yang semakin hari semakin dirasakan kurang selamat ketika berseorangan semasa di dalam perjalanan dan menggunakan kenderaan awam. Tepatnya juga kerana pada ketika ini Malaysianbfpc sedang rancak melatih dan merancang aktiviti mempromosikan penyusuan susu ibu.
Selesalah kini breastfeeding mother. Dapatlah ibu-ibu ini menyusukan bayi mereka dengan selesa semasa dalam perjalanan tanpa ada rasa terganggu dengan kehadiran dan penglihatan sang lelaki. Bila tenang, dapatlah menyusu dengan selesa dan baby pun gumbira. Sebagai wakil kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka, saya rasa bersyukur dan berterima kasih atas usaha KTMB ini.
Terima kasih KTMB!
Salam Merah Jambu,
