Archive for April, 2012

Dapat cukup susu diawal kelahiran?

Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama tak ada mood nak tulis pasal breastfeeding. Ai kecewa dik. tu yang sedikit merajuk nak tulis pasal breastfeeding.

Tak pe la, kan. Itu dulu…Ni nak sambung cerita pasal breastfeeding. Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana nak tahu baby dapat cukup susu diawal kelahiran. Ramai yang beri alasan ‘Susu macam tak ada bila dipicit puting payudara’. Ya, memang susu semacam tak ada tetapi percayalah, bahawa bila bayi anda kerap stimulate, Insya Allah susu itu ada.

Lagi satu ingatlah yang purata jumlah susu ibu/penyusuan ialah 5 ml sahaja. Itu dah cukup untuk baby anda. Yang perlakuan baby suka melekap jer tu adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru dilahirkan. Menangis? Itu pun biasa sebab baby belum rasa selamat dan masih dalam suasana yang baru. Dah biasa 9 bulan berada di dalam perut, kan? Jadi bila pindah umah yang lebih luas, rasa canggung pulak la, kan? dah la blom kenal sesiapa kecuali mummy. Jadi  bila berenggang sedikit dengan mummy maka baby dah gabra. Disebabkan baby blom tahu bercakap yang dia perlu pelukkan, belaian dan perlu berdekatan maka, tangisan saja la sebagai isyarat yang dapat dibuat oleh baby. Kalau dia boleh bercakap, kang mummy dan daddy plak suspen, kan?

Tanda dapat cukup susu

Salah satu cara yang perlu di ambil kira ialah melihat samada bayi kelihatan puas selepas menyusu dan tidak meragam selepas disusukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa itu bukanlah satu satunya petanda bayi mendapat cukup susu. Yang paling penting semasa menetukan cukup atau tidak susu ialah dengan melihat kepada lampin basah baby. Berapa kali dia pee pee dan berapa kali dia poo poo plak.

Ok ini table untuk anda jadikan panduan untuk tahu samada anak anda mendapat cukup susu atau tidak.

Oh ya, cuba lihat gambar dan warna poo poo baby dalam gambarajah dibawah  untuk tahu dia cukup susu atau tidak.

Err, kaler untuk day 1 tu sebenarnya lebih gelap dan hitam macam kat bawah ni

 Gambar kredit to http://idanas.blogspot.com/

So happy breastfeeding dan dont think to much because stress will always inhibit in your milk production.

Love you all and my heart always with you & breastfeeding!

Kenangan semasa gathering Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2009.

Salam kasih,

BABY N ME FAIRY TALE CRADLE UTK BABY AMINAH

Assalamualaikum,

Ini pula Baby N ME Fairy Tale Cradle untuk Baby Aminah anakanda kepada Hajah Azura dan Haji Abdul Samad. Disewa oleh DjariArtz dan dideco oleh NurHampers.

Nak Sewa Baby N Me Fairy Tale Cradle dan deco cam ni? email kami di admin@babynme.com.my.

Salam kasih,

 

Baby N Me Sleeping Beauty Cradle @ Majlis Akikah & Berendoi Anak Blogger Beautifulnara.com

Assalamualaikum,

Ini adalah gambar Baby N Me Sleeping Beauty Cradle yang telah dihias oleh What a Lovely wedding untuk putera kepada Blogger glamer Nara yang mengendalikan laman web www.beautifulnara.com.

So you oll, kalau nak sewa Baby N Me Sleeping Beauty dan nak deco cam ni, meh roger i dan kita boleh juga bagi deco yang ala-ala begini.

Salam kasih,

Kids Swimming Class

Assalamualaikum,

Lama tak cerita ceriti pasal anak-anak dan diri saya,kan? hehehe menyepi la pulak tahun ni. Bz tu biasa la ekkk…

Nak cerita anak-anak dah mulakan kelas renang mereka pada 27 Mac 2011 yang lalu. Kelas renang ini saya ambil 2 kali seminggu di Pusat Akuatik Shah Alam, disebelah TESCO tu.


Qistina masa hari pertama kelas

Qaisara masa Hari pertama kelas

Ummi dan Wan tengok dari jauh jer

Saya sengaja ambilkan kelas malam daripada pukul 8-9 malam pada setiap Selasa dan Rabu. Kenapa saya enrolled 2 hari seminggu kelas renang ni untuk anak-anak saya? Emmm, sebabnya semasa perbincangan dengan Cikgu, Cikgu renang tu cakap kalau semingu sekali kelas, budak budak senang lupa. Betul juga yer. Pas tu, bila dilihat dari segi bayaran, lebih murah jika ambil 2 kelas seminggu berbanding 1 kelas seminggu. Jadi berkampunglah saya dan Mama saya di Pusat Akuatik daripada pukul 7.50 malam hingga hampir 10 malam di Pusat Akuatik Shah Alam tu setiap Selasa dan Rabu untk menemani anak-anak.

Macam biasa la, Qistina tu masa kelas pertama, dia dah start nangis la, kan.. Tapi Qaisara pulak, Ya Allah, terlebih excited main air sampai cikgu kata dia tak boleh dengar arahan. Tapi masuk hari kedua, saya tengok water confident Qistina dah makin bagus dan Qaisara dah mula dengar kata Cikgu. Agaknya masa hari pertama tu, masing masing masih belum selesa dengan Cikgu Syafik.

Semalam juga telah masuk kelas renang yang ketiga. Qaisara merajuk masa kelas sebab Cikgu tak pimpin tangan dia dan letak dia jauh daripada Qistina. hehehehe.Budak tu memang kuat merajuk.


Qaisara merajuk masa Birthday Party Baby Cinta di Wondermilk, Solaris.

Dah masuk hari ketiga kelas semalam, saya dapati anak-anak saya suka berenang. Qistina dah makin improve dia punya water confident dan Sara?Emmm, dia memang confident walalupun dah terlemas masa bermain air selepas kelas kedua minggu lalu. Kejat Mak tengok anak Mak lemas dalam air cetek, you. Nasib baik Qistina ada, cepat cepat dia angkat adik.

Ok la, chow dulu.

Salam Kasih,

Kelas Asas Penyusuan

Assalamualaikum,

Kelas Asas penyusuan kini kembali akan diadakan di Bandar Putera, Klang.

Butiran Kelas adalah seperti berikut berikut:

Tarikh : 21 April 2012 (SABTU)

Masa : 9.30 Pagi – 12-30 Tengahari

Bayaran : RM70 seorang atau RM130.00/pasangan (suami/ibu/ibu mertua/ babysitter atau sesiapa saja)

Sila daftarkan nama anda LIST OF ACTIVITY: Breastfeeding Class yang berada di sebelah kiri laman web kami. Bayaran perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh kelas.

Mari bersama kita memartabatkan penyusuan ibu!

 

Salam kasih,

 

 

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.