Archive for October 21st, 2011
HIMPUN SEJUTA UMMAH
Assalamualaikum,
Kepada yang tidak perasan dan tidak tahu, Akan ada satu perhimpunan sejuta Ummah di Stadium Shah Alam pada esok, Sabtu. Ianya dianjurkan oleh NGO yang bergelar HIMPUN yang memperjuangkan agama Islam. Oleh itu sudah tentu perhimpunan ini bersangkut paut dengan agama kita, ISLAM. Dikatakan nak menangani masalah murtad dikalangan orang Islam yang semakin berleluasa.
Objekti perhimpunan dan segala yang berkait dengan perhimpunan ini boleh dibaca di HIMPUN.
Terpulang samada anda nak hadir atau tidak. Saya? rasanya tidak kot sebab nak bawa anak-anak ke tempat yang sangat penuh dengan orang yang terlalu ramai sebegitu, amat berisiko bagi keselamatan anak-anak saya.
Namun begitu, saya menyokong usaha untuk membendung masalah murtad dikalangan umat Islam khususnya dan khasnya di Malaysia ini.
Oh ya, saya difahamkan yang perhimpunan ini HALAL ya. Permitnya diluluskan oleh kerajaan. So ini bukan perhimpunan haram.
Salam kasih,









