Archive for October 30th, 2009
Philip Avent ISIS Manual Breastpump on sale
Salam ,
just nak semua tahu Baby N Me skang ni tengah sale Philip Avent ISI Manual breastpump until 14 November 2009. Harga sebenar RM242.00 tapi Baby N me hanya jual pada RM219.00 dan kini ianya sedang sale sebanyak RM199.00. Jarang item yang ni nak sale kat luar sebab harganya dah cukup murah dengan apa yang ditawarkan. So sebelum habis dan tamat tempoh jualan murah ni, cecepatlah place order yer… boleh tengok kat sini http://www.babynme.com.my/product.php?cat=PHILIP_AVENT_&homeinclude=catalog&category_id=15&parent_id=15

Salam Kasih,
Berkhatan & Rambut Baru
Salam,
Semalam hari yang agak sibuk buat saya.Mesyuarat hingga ke tengahari dan kemudian sibuk melayan email & panggilan telefon beberapa pelanggan yang berpotensi yang nak tahu mengenai perkhidmatan Indonesian Maid. Semalam juga hari yang besar buat kedua puteri kami.
Pertamanya, Qaisara telah selamat dikhatankan pada petang semalam. Hehehe..dah setahun baru nak berkhatan, kan.. Bukannya bertangguh tapi kami suami isteri takut bila dengar perkataan sunat/khatan. rasa ngeri plak. Masa Qistina dikhatankan dulu, memang saya ada semasa proses singkat berkhatan yang dijalankan di Pusat Pakar sakit Puan & Bersalin Dr. Yasmin di Sri Manjung, Perak tetapi saya tidak melihat dan hanya bersandar kat tepi dinding sambil tenung siling klinik sebab takut. Yang pegang anak saya ialah Mama saya. Kali ni, nak tak nak terpaksa la saya kuatkan hati tengaok anak menahan rasa sakit bila dikhatankan..Hubby? huh, dia dok jejauh jer daripada katil tu..
Keduanya, malam tadi juga Qistina dapat rambut baru, ala Barbie look (as her wish la)..Bukan main tersenyum lagi bila dia tengok rambut dia yang ala-ala Barbie tu..Tersenyum simpul gitu.. Tak caya tengok la gambar dia tu…

Salam Kasih,








