BREASTFEEDING AT PUBLIC

Assalamualaikum,

hari ni saya nak bercakap mengenai menyusu di tempat awam..mengapa  tajuk tu dalam bahasa inggeris yer? Hehehe..sebabnya saja nak bagi gempak sikit..

Kebanyakkan ibu di Malaysia memang jarang kelihatan menyusukan si Permata hati di khalayak ramai. Berbagai bagai alasan yang diberikan supaya tidak menyusu di khalayak ramai. Segan, malu, takut orang nampak, baju tak sesuai, hubby marah dan macam-macam lagi.. Maka terpaksalah cari tempat yang sesuai dan tersorok bila nak menyusukan si permata hati.. Dalam masa mencari tempat yang sesuai mungkin bayi kita dah pun menangis dengan kuat kerana kelaparan dan lambat diberi susu. Bila mood baby dah tak ada dan kita pula cuba untuk offer breast kita pada baby, akan berlaku lagi rejection oleh baby. Sebabnya, Baby dah pun merajuk.. Penyudahnya Mak  & Baby sama-sama dah tension..Tak bestkan?

Oleh itu, adalah sangat penting, kita sebagai ibu yang menyusu bayi memakai pakaian yang bersesuaian dan sentiasa bersedia untuk menyusukan si kecil pada bila-bila masa dan dimana jua semasa kita di tempat awam.

Antara persediaan yang perlu dibuat ialah;

1. Memakai baju yang sesuai  agar aurat kita terjaga (cth : baju menyusu)

2. Menyusu dalam sling

3. Menggunakan nursing cover

4. Menggunakan ponco/shawl

Kalau kita tak ada nursing cover atau lain-lain gadget, kalau kita bertudung, kita boleh guna tudung kita sebagai pelindung agar aurat kita tak nampak dan maintain muslimah gitu.

Peraasan atau tidak, bila kita cuba untuk menyusu baby kita di khalayak ramai, maka banyaklah mata yang akan memandang kita. Ini akan menggangu tumpuan kita yang sedang cuba menyusukan baby. Apa yang kita boleh buat ialah memandang kembali orang yang merenung anda dan dengan sendirinya individu berkenaan akan memandang tempat lain. kalau tak percaya, cubalah buat.Insya allah, takkan ada yang berani memandang anda. Akhir kata, menyusu ditempat awam juga memerlukan keyakinan dalam melaksanakannya. Cuba sekali dan jangan malu malu. Insya Allah, apabila kali kedua dan seterusnya, anda akan lebih confident dan tidak akan ragu-ragu lagi.. banyakkan practice di rumah sebagai langkah persediaan. Jadikan suami atau anak anda( yang sudah besar -jika ada) untuk menjadi pengkritik anda dalam sessi latihan tersebut.

Untuk menaikkan semangat, dibawah adalah gambar saya menyusukan Qaisara Madihah ketika saya outing di ALAMANDA, Putrajaya. Di keliling saya pada waktu itu sebenarnya terlalu ramai orang…Gambar ini diambil oleh mama saya. Mama, thanks for your coorporation & understanding…Luv you..

Dan Mommies, SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERJAYA!!!

Breastfeeding at public  breastfeed at Public 2

7 Responses to “BREASTFEEDING AT PUBLIC”

  • ibu dania says:

    salam kak…. really proud of u… bebayk bloggers & org perorangan yg support bf ni, zai really kagum ngan akak & kak farah @sarakids.. thnx atas segala tunjuk ajar yg telah di curahkan…

  • Bonda Q says:

    Salam, time kasih yer ibu Dania atas sokongan awak..teruskan menyokong

  • norhafiza says:

    gud gud gud kak…go BF go! ops, ter emo lak…hihi… :D

  • ibu says:

    aku selamba jerk.. org nk pandang itu dia punya pasallaa.bukan aku tayang badan, aku nyusu anak aku jerk so far aku pakai tiub.senang nk tarik turun & badan pun cover skali.

  • ummiIqbal says:

    seronok sgt tgk gmbr2 our mommies bf in public..looking fwd to do it too..klkar tgk kaki Qaisarah yg sgkut kt tgn akak tu..hehe..style le tu!!

  • val says:

    Terima kasih kerana menyentuh hal ini.

    thumps up on your write up.

  • Bonda Q says:

    Sama-sama..

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.