90 Hari Cuti Bersalin
Salam,
Apa khabar hari ini? Letih? Emmm saya juga letih..Baru masuk opis hari ni, menimbun kerja atas tray. Almaklumlah dah hampir seminggu tak masuk opis. Malam ni ada meeting dengan Persatuan Alumni PSA pulak.
Minggu lalu juga saya kehilangan kad pengenalan. Sesiapa yang jumpa kad pengenalan saya tu, minta tolong pulangkan pada saya boleh? Menggelabah saya bila hilang tu..
Dalam pukul 11.30 pagi tu saya buat report kat Balai Polis Jalan pantai Baru, KL dan saya terserempak dengan Datin Paduka Marina Tun Mahathir yang turut sama berada di dalam balai untuk membuat repot (repot apa aii tak tau yer). Well oleh kerana saya memang muka seposen sikit, maka saya menegur dan sempat ler bergambar dengan beliau..hahahaha..Polis-polis dalam balai tu sumer tengok kami bergambar melalui handphone bisu saya..
Maka oleh itu juga masa pembentangan budget 2011 berlangsung, saya berada di Jabatan pendaftaran Negara cawangan Shah Alam di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam untuk buat IC baru. Maka tak dapek la acik dengar sangat sebab on the road lupa buka radio.
Tau-tau Puan Ifa aka sahabat saya menelefon semasa saya sedang memandu pulang dan memberitahu khabar gumbira buat kaum wanita yang bekerja dengan gomen. Apa lagi cuti bersalin 90 hari la..tapi cam biasa la ada syarat tambahan pulak..tak boleh lebih 300 hari..tak pe la buat permulaan ni dah cukup bagus dah…
Tapi cam biasa la..kalau kerja swasta, not applicable la yer dan tak ada keriangan bagi menyambut khabar berita tu sebab ianya hanya untuk kakitangan gomen tapi bagi kakitangan bank, saya tumpang gumbira buat anda semua sebab anda dah lama dapat keistimewaan cuti bersalin selama 90 hari tu..Jeles aii uuu..
So sesiapa yang ada perancangan untuk projek 2011, sila la berusaha sehabis baik ;D..Maka anda mungkin dapat cuti 90 hari tu..
Company saya? errrr…cuti pada hari Sabtu pun tak dapat, inikan pula nak dapat cuti bersalin tambahan lagi sebulan..tapi entah la..semoga terbuka hati pihak atasan untuk turut mengaplikasikan cuti bersalin 90 hari ni..
Boss, bagi la chance kami nak susukan anak dan bersama dengan anak lebih lama skit.
Tak apa la, kalau tak dapat nak wat cam ner, kan? Kami bekerja berkhidmat untuk rakyat, untuk orang ramai, maka semua segi dan sudut perlu dipertimbangkan sebelum cuti tambahan boleh direalisasikan, yer tak gitu bos? Tapi kalau dapat uiiii bestnyaaaaaaa…
Tahniah la yer siapa yang dapat merasa cuti 90 hari tu..
Salam Kasih,

salam. haah. time pembentangan bajet tu my ofismet live streaming thru pc ofis and ON kn kuat2 dlm ofis. sume org leh dgr. punye la excited dgr cuti besalin 90hari. tp esk nye tgk kt internet bru tau limited for 300days only. huhu.. tp masih lg bersyukur, better than before la