SABTU PENGHILANG STESS
Salam,
Hari ni anda bekerja ke atau bercuti? Saya cuti tetapi bekerja menyumbang tenaga di KPJ Specialist Hospital. Alhamdulillah, ramai juga ibu-ibu yang menyusu dan bertanya mengenai penyusuan susu ibu.
Lepas selesai tugasan saya, saya makan mee rojak dan cendol di depan spital tu. Peh, lama tak pekena cendol, tu yang teringin tu.
Kemudian saya ke SACC Mall sekejap. Niatnya hanya nak grab satu netbook SAMSUNG tapi stok tak ada. Isnin atau Rabu baru ada stok. Kalau amik kaler pink lawa tak utk netbook? ke cam bebudak? ke patut ambik warna hitam? nampak korporat la skit, kan?
So tunggu ajer la Isnin atau Rabu ni. Dah tak larat nak pikul yang 15″ ni ha..sakit bahu. Kalau kecik senang masuk dalam handbag jer.
Pas tu, masa nak balik, terserempak plak dengan KAKIKU REFLEKSIOLOGI kat tingkat 3 SACC Mall tu. Niat nak urut tengkuk dan bahu sebab baru hanya RM10 utk 10 minit. tapi alang-alang dah masuk, baik urut badan sekali. Huh, memang lega sakit pinggang yang saya alami sejak 2 menjak ni. Cuma stress di tengkuk dan bahu jer susah beno nak hilangnya. Tukang urut di sini ialah orang-orang kurang upaya yang cacat penglihatan. Walaupun cacat penglihatan, tapi urutan derang best. Next time, boleh saya nak bawa hubby pulak ke sini.
Serius, memang lega dan badan rasa ringan. Lama dah tak berurut. Last berurut ialah pada awal April lalu. Bila kena urut, ringan jer badan.. sedap jer..Hilang stress dan bebanan yang ada pada urat-urat.
Jom la cuba!

Terima kasih sudah berbagi cerita yang menarik, seperti nya tips anda boleh juga untuk di coba agar weekend hari sabtu benar-benar bisa dinikmati.