Archive for the ‘Pemakanan Bayi & Kanak-kanak’ Category
Breastfeeding & Jaundis
Salam,
Kali ini saya nak bercerita pasal kepentingan breastfeeding dalam mencegah dan merawat jaundis.
Jaundis juga dikenali oleh masyarakat kita sebagai Sakit Kuning pada bayi baru lahir.
Bagaimana Jaundis terjadi? Dan apa itu bilirubin?
When red blood cells die and are broken down, a chemical called “bilirubin” is produced. Normally the bilirubin is processed by the liver and excreted from the body by the kidneys in the urine. The baby’s liver sometimes cannot process the bilirubin quickly enough and it begins to build up in the blood. Bilirubin is deposited in the skin, whites of the eyes, and mucous membranes (for example the inside of the mouth). When this occurs, the baby appears yellow and is said to be “Jaundiced”. Usually Jaundice disappears in 1-2 weeks and does not require special treatment. Some bilirubin in the blood is normal but when the concentration rises too high it is dangerous hyperbilirubinemia. An excessive level of bilirubin can lead to serious neurological damage such as brain damage and hearing loss.
Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mendapati kelainan warna pada kulit, mata, etc pada bayi anda atau lebih bahasa mudahnya anda syak anak kena jaundis/kuning, SILA RUJUK BAYI ANDA PADA PAKAR KANAK-KANAK/ PEDIATRICIAN untuk dapatkan rawatan dengan segera.
Kenapa dan bila jaundis perlu dimbil berat dan dirawat
Paras bilirubin sebenarnya perlu diambil berat.
Ini kerana jika bacaan terlalu tinggi, ianya boleh sebabkan kerosakan sel dan menyebabkan toksik bila ianya circulates dalam darah. Walaupun kebanyakkan sel boleh tumbuh/terhasil semula tetapi tidak bagi sel otak yang musnah disebabkan oleh bilirubin.
Bagaimana cara dan Mengapa Breastfeeding penting dalam mencegah dan merawat Jaundis?
Anda Boleh
1. Mulakan breastfeeding seawal mungkin selepas kelahiran.
Make sure, anda beritahu doctor atau nurse anda, yang anda mahukan bayi anda seawal mungkin selepas kelahiran. Kalau boleh semasa dalam bilik bersalin lagi.
Breastfeeding sekerap yang mungkin. Tak perlu tunggu baby nangis tapi susukan baby anda setiap 1 ½ jam atau 2 jam sekali. Bayi yang baru lahir perlu disusukan sekurang-kurangnya 8 kali hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
2. Increased proses pembuangan najis bayi.
satu cara bilirubin keluar daripada badan bayi ialah melalui najis.
Oleh itu, banyakkan breasstfeeding, kerana susu ibu senang dihadamkan dan juga senang diproses. Bila senang diproses, maka banyak kalilah pulak baby anda akan membuang. Maka chances untuk dapat jaundis pun makin kurang.
3. Elakkan memberi air masak/ air glukos pada bayi.
Kenapa? Sebab kajian menunjukkan pemberian air masa/glukos sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap bilirubin. Ini kerana pemberian air masak/glukos akan mengurangkan kadar pembuangan najis bayi berbanding jika kita breastfeed baby. Kalau susu ibu plak, apa yang ia ada? Susu ibu/breast milk pulak mempunyai kandungan lemak yang akan meningkatkan bowel movement baby. Air masak/glukos ada ke kandungan lemak tersebut? Tak ada, kan? So perlu ke kita supply air masak/glukos pada baby? Bak kata Nabil si Raja Lawak ‘ LU PIKIR LA SENDIRI’.
4. Phototheraphy
Apa tu phototheraphy? Phototheraphy ialah salah satu treatment yang digunakan dalam merawat all types of exaggerated jaundice & kadang kala sebagai rawatan kepada lain-lain treatment.
Bayi akan diletakkan dibawah lampu biru/putih/hijau. Lampu ini sebenarnya sebagai medium untuk break down paras bilirubin melalui kulit. Cahaya tersebut akan diserap oleh bilirubin dan menukarkan bilirubin tadi kepada water soluble product, yang mana kemudiannya ianya boleh eliminated without having to be conjugated by the liver/hati.
Namun begitu penyusuan susu ibu / breastfeeding perlu diteruskan semasa rawatan phototherapy dengan tujuan untuk increase fluid intake. Ini kerana phototherapy mempunyai kesan di mana baby can become dehydrated under phototeraphy due to increased water loss melalui najis dan kulit bayi.
Dah paham dah sekarang kenapa Breastfeeding itu sangat penting?
Itu baru jer sedikit diceritakan kepentingannya terhadap baby yang kena jaundis. Belum lagi bab lain.
Oleh itu, Susukan lah bayi anda dengan susu ibu walaupun bayi kuning. Bukannya dengan susu kambing or what so ever petua yang lain yang mengarut macam jangan pakai benda-benda/pakaian/langsir kuning. Not releven at all la.. Sekali lagi kata Nabil ’ LU PIKIR LA SENDIRI’..
Nota: Rujukan – The Breastfeeding Answer Book
Salam Kasih,

Kekangan dalam Breastfeeding
Salam,
Kali ini saya nak bicara mengenai kekangan dalam melaksanakan penyusuan susu ibu dikalangan masyarakat Malaysia. Saya rasa para pejuang yang seangkatan dengan saya dalam mempromosikan, memperjuangkan dan memartabatkan breastfeeding akan setuju dengan saya tentang betapa sukarnya nak memartabat dan menggalakkan penyusuan susu ibu. Salah satu kekangan yang ada ialah kurangnya sokongan daripada orang-orang yang ada disekeliling kita.
Memang sukar..Kekangan pertama ialah tiada sokongan dikalangan ahli keluarga kita sendiri terutamanya sokongan daripada suami. Kemudian ibu atau ibu mertua kita.. Sukar juga nak meyakinkan mereka betapa baiknya susu ibu ini..
Keduanya tiada sokongan daripada rakan sekerja dan majikan. Jangan kata orang lain, saya juga mengalami waktu-waktu sukar dalam melaksanakan penyusuan susu ibu di pejabat saya. Selain tidak mendapat sokongan orang atasan, rakan sekerja juga sering mempermainkan perkataan breastfeeding itu sendiri.. Bayangkan saya pernah diejek yang saya ini adalah pembekal terbesar susu segar di kawasan Bangsar dan sekitarnya.. Senyum sajalah bila kena usik begitu…Paling tidak pun saya berlalu pergi.. Bila bertanya khabar pada ibubapa baru di pejabat samada bayi dan ibu ada masalah dalam penyusuan atau tidak, yang lain dah mula senyum-senyum sinis.. Itu belum lagi timbul isu tempat nak express breastmilk. Kat Pantry salah (pantry pun salah kerana ada yang kata susah dia nak ambil air bila saya mengepam dalam pantry,entah la), kat stor dan surau tak boleh (tak ada power point), dalam bilik server terlalu sejuk dan akhirnya saya memilih untuk mengepam di cubical saya sahaja. Senang cerita dan full stop segala masalah yang sengaja mereka create. Nanti saya akan cuba buat video bagaimana nak mengepam di cubical,ok?
Kawasan saya mengepam
Kemudian kekangan dengan pengasuh. Ada yang kata leceh, ada yang ambil sambil lewa sahaja cara handle ebm walaupun dah diberitahu caranya dan bermacam macam lagi la..
Ntah la, kadangkala semangat si ibu sendiri juga menjadi kekangan dalam melaksanakan penyusuan susu ibu. Puting luka, breast bengkak, bernanah dan malas menjadi alasan. Kalau malas dan tidak ada niat nak menyusukan sampai 2 tahun pun, sekurang-kurangnya cubalah susukan bayi anda secara esklusif selama 6 bulan pertama. Ini kerana ketika ini organ-organ dalaman bayi masih belum matang dan baby masih belum boleh menerima makanan lain selain susu ibu. Mungkin juga ramai ibubapa baru yang tidak tahu fact ini..agaknya la, kan?
I Just Want Breastmilk Poster (Nurturing Concept S/B)
Doa saya semoga kekangan ini akan semakin berkurangan dari hari ke hari.. Semoga akan ramai yang akan lebih tahu betapa bernilainya setiap titisan air susu ibu itu..
Salam Breastfeeding,
