Kelas Penyusuan Untuk Bakal Ibu Anjuran MumDreams di Bangi

bfclass1

penceramahnya ialah kawan-kawan saya daripada Lunatots & Sarakids.

Salam breastfeeding,

“Back to work: Maintaining Milk Supply While Baby Growing” & Gathering Raya Ratuhati.com

Assalamualaikum, just nak war-warkan aktiviti pada Sabtu ni (17 Oktober 2009) di sekitar Malaysia..

1) Kelas Breastfeeding Di Kuantan

Topic: “Back to work: Maintaining Milk Supply While Baby Growing”

Date: 17 October, Saturday
Time: 2.00pm, 1hour talk, don’t be late!
IBCLC: Puan Kamariah of Susuibu.com
Location: Hosted by maryaaa, The Momy and Baby Place, A271, Tingkat 1, Kuantan Starcity 2, Jalan Beserah Kuantan, Pahang
Theme: very white Hari Raya
Food will be provided, but potluck are truly welcome.

Contact: Hayati – H/P : 012-2045646

2) Gathering Hari Raya anjuran Ratuhati.com
Dengan bangganya saya mewar-warkan pengasas Ratuhati.com yang juga sahabat saya akan mengadakan gathering raya untuk ahli-ahli ratuhati.com. Saya juga insya Allah akan menghadirkan diri ke majlis tersebut. Berikut adalah butir-butir majlis:

Gathering Raya Ratuhati.com 1430

Location:Taman Tasik Raja Lumu (Sebelah Muzim, Belakang Masjid Shah Alam)
Time:8:30AM Saturday, October 17th
map : click
Jumpa di sana!!

Salam Kasih,

Breast Feeding Etiquette : How to Breast Feed in the Car

Sebagai panduan kepada yang tertanya-tanya bagaimana nak breastfeed your baby when you are on the go…Aii la tu…travel a lot every day..

Salam Kasih,

Jangan abai Anak yang lebih tua

jealousy killer 

Ambil jadi pengajaran tau.. Jangan abaikan anak yang lebih tua bila dah ada baby baru..Dia orang pun ada hati & perasaan walaupun masih kecil..

Salam Kasih,

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

breastfeedbannergoldbg-Senawang

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

TARIKH : 8 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : 9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN

PENDAFTARAN :
RM35/seorang,
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM30/seorang untuk yang mendaftar sebelum 25 Oktober 2009

PENYERTAAN :
Ibu bapa yang mempunyai bayi yang menyusu.

Bakal ibu bapa.

Mereka yang menjaga bayi yang menyusu susu ibu.

Semua yang berminat.

HUBUNGI :
019-6548073 (Dr Faridah Idris)
019-6532973 (Shamsul Kamal Idris)
email : myzulfa@gmail.com

 Nota: Program ini bukan kelolaan Baby N Me. Baby N Me hanya menjadi medium untuk mewar-warkan program yang baik ini. Baby N Me tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang timbul berkaitan Program ini.

Salam kasih,

Cerita Hari Raya & Majlis Harijadi Qaisara Madihah

Salam,

Alhamdulillah,  saya sekeluarga menyambut kegembiraan berganda pada 1 SYAWAL yang lalu dengan perayaan hari raya Aidilfitri dan juga Hari lahir Qaisara. Tak sangka diam tak diam dah 1 tahun dah Qaisara..dah besar tapi body Qaisara maintain cute gitu..kecik molek jer..Kalau tengok live memang tak sangka dia dah 1 tahun sebab kecik bangat..Kata Pead, jangan risau sangat pasal size dia sebab ummi & abah pun saiz ala-ala comey gitu (perasan betul kan :P hehehe). Ala janji sihat, kan adik..

So masa 1 syawal tu, kami buat la sikit majlis potong kek untuk Sara kat umah atuk Sara kat Kampung Melayu, Kolumpo..ala hari rayakan, so yang ada dalam majlis tu sepupu-sepupu Qaisara & Qistina la..

nyanyi besday sara

family ku dpan kek

Kami bertema biru di pagi 1 SYAWAL

mak, ayah, anak & menantu 2

Keluarga mertua yang balik raya tahun ni..

Seronok sambut satu Syawal kat KL ni. Still rasa cam kat kampung.. Still ada takbir dari rumah ke rumah, stil ada kunjung mengunjung, still ada dengar mercun berdentum pada sepanjang malam raya & raya pertama.. Bebudak pun ramai yang datang raya..Ntah la, may be sebab sedara-mara hubby terchenta kebanyakkannya kat KL dan dia memang orang jati KL  so kemeriahan tu tetap terasa macam raya kat kg.

sedara mara abang

Sedara mara hubby yg datang.. Reramai duduk kat dapur.

2 Syawal, kami bergerak ke Seremban dahulu untuk konvoi bersama mama  & papa serta adik-beradik saya ke Johor Bahru. Singgah umah Pak Ngah saya kat Senawang dulu sebelum tu..beraya dulu..Makan nasi la..lauk ayam masak cili api..pehhh..tambah samapai 2 pinggan bila makan lauk ni..Jilat pinggan seh..

kat umah pak ngah 1

abg, pak ngah, papa & farid

Qis & Qai

Tema pink pada 2 SYAWAL..kaler busan sebab every year kaler ni..

Lepas kenyang makan kat Senawang, bergerak plak ke Johor Bahru, rumah nenek saya..ada yang tau Bakar Batu? ala dekat dengan kem Majidee tu..ha, umah nenek saya kat sana la..lagi terasa meriahnya kat sana sebab sedara sumer balik sampai tak muat umah dah..

Kemudian pada 3 Syawal, kami adakan lagi majlis potong kek harijadi Qaisara + Qistina di Johor Bahru di rumah ibu saudara saya..Meriah beb sebab sedara mara ramai masa tu..Mak Eton, mekasihhh..

nyanyi lagu besday (johor)

Qistina & Qaisara depan Kek

 tanda nama kek

dila tolong potong kek

Raya ke 4 tu round JB umah sedara mara yang buat open house..pas tu terus gerak pi umah kakak ipar kat Seremban 2. Letih beb..tido 2 malam kat sana pas tu balik Klang semula..

yang sedihnya, bila nak balik Klang tu, ada my good friend, Ida Murni panggil datang umah parents dia petang tu tapi tak sempat nak pergi sebab dalam perjalanan lagi…Jeles tengok gambar derang bergather-gather (hahaha, bahasa inggeris di melayukan la ni)  kat TTDI, KL..Girls (ida, zarina & ila), I miss you all la..bila nak datang umah aku?

dari kiri : zarina, baby izz, ila & ida

Aidilfitri kali ini sesungguhnya memberikan pelbagai kenangan manis buat saya dan family. Semoga tahun depan masih begini dan masih dapat saya temui Ramadhan dan Syawal lagi bersama-sama keluarga saya.. Aminnn..

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!!

Salam Kasih,

1 SYAWAL & HARIJADI QAISARA MADIHAH

Salam Lebaran buat semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Juga Selamat Hari Lahir yang pertama buat anakanda bonda, Qaisara Madihah. Semoga hanya yang indah indah akan hadir dalam hidup anakanda..

kek besday qaisara

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Bulan Baik, Hari Baik ini, Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai & pelanggan-pelanggan saya. Semoga bergumbira di Hari yang Mulia ini. Serta hati-hati di jalan raya..

Beraya dimana yer tahun ni? Saya? cam biasa la..Tahun ni turn umah hubby saya so saya beraya di KL dulu. Kemudian saya akan ke JB, umah nenek sebelah mama saya untuk meraikan sepupu saya yang dah hampir-hampir nak kertu :P , Mohd Huzaimi B. Samsu yang akan bertunang dengan wanita pilihan hatinya. Selamat bertunang ye, Ujai!!!

Oh ya, lupa plak.. Dikesempatan ini, saya juga ingin menyusun jari memohon maaf kepada semua andai ada kata-kata, perbuatan, tulisan atau apa jua bentuk kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan anda tersinggung atau kecil hati dengan saya. Maafkanlah saya kerana saya juga seorang manusia biasa seperti anda, tak lepas daripada kesilapan (ayat klise kan?)..

Selamat Hari Raya!!!!

Ayang & Abang

My Loving Hubby & Me

Majlis Berbuka Puasa

 Salam,

Tahun ni rasanya minggu lepas baru ni  baru la saya ada feel nak berbuka di luar. Itu pun kerana memenuhi undangan rakan  dan  mentor-mentor saya.

Jumaat lepas saya telah ke majlis berbuka puasa di Bangi kerana memenuhi undangan daripada pemilik-pemilik Nuturing Concept Sdn. Bhd.  yang juga pengasas SUSUIBU.COM & MOMS LITTLE ONES (MLO) di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Jumpa la ramai rakan seperjuangan. Sedap juadahnya.. Namun begitu hanya dapat meluangkan masa seketika sahaja di sana kerana mengejar masa untuk pulang kerana jarak Bangi & Klang bukannya dekat..Anak-anak pula dah mengantuk especially Qaisara. Dalam perjalanan pulang akhirnya kedua buah hati saya lelap dan terus lena hingga ke pagi

Reramai clear sikit

Zatul Makan

Suasana

Meja kami makan

Kepad Tuan Rumah yang berdua tu, Terima Kasih daun keladi kerana menjemput saya sekeluarga..Tahun depan jemput lagi yer…

 

Pada hari Sabtu pula, saya berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabat di Hotel Concorde, Shah Alam.. Kami masing-masing datang bawa keluarga demi untuk mengeratkan siraturrahim antara kami..

Wahhh..makananannya memang sedap-sedap belaka..ada persembahan nyanyian yang membuat Qistina terpegun dan melihat dengan penuh minat…

Sup torpedo

Band (terang)

Sara berdiri

Qis

Zatul

Kak Zahra & family

Errr..apa pun saya tetap voted PJ Hilton kerana memang tiada yang dapat menandingi kesedapan makanan-makanan yang ada di sana…waaa..saper nak belanja makan kat PJ Hilton ni?

Selamat Hari jadi Angah

salam,

Khas untuk adik saya, Norzee Shuhailla binti Ramzi yang bekerja di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

‘SELAMAT HARI JADI KE 31 TAHUN..SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI, DIPANJANGKAN UMUR DAN SEMOGA BERTEMU JODOH DENGAN LELAKI YANG BAIK, BERIMAN DAN PENYAYANG. AMIN’

angah

Adik, Along dah teringin nak timang anak sedara plak ni..cecepat sikit cari bopren..

P/S: ada sesiapa yang ada kawan yang bujang lagi & ada kerjaya dan kehidupan yang ok? Boleh kenenkan dengan adik saya?hehehehe..kalau ada boleh la kita matchkan

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
June 2026
M T W T F S S
« Mar    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.