SALAM AIDILFITRI
Salam Kasih,
Apa khabar semua? macam mana dengan puasa? Cukup ke sebulan? Sedar tak sedar Syawal makin menjelma, kan? Sekejapnya Ramadhan berlalu.. Sedih…entah jumpa atau tidak Ramadhan tahun depan..
Macam mana persiapan menyambut Syawal? Saya dan suami ala kadar sahaja macam yang saya cakapkan tempoh hari. Baju anak-anak dan kasut dah ready..Oh lupa pulak nak belikan Qaisara satu beg untuk isi duit raya..hehehehe Qistina dah ada dah beg Barbie dia tu..Alamak kena cari ni, kalau tak nanti berebut dengan kakak..
Sebenarnya masa Ramadhan ni, saya diuji dengan pelbagai dugaan. Salah satunya ialah Qistina diserang chicken pox seminggu yang lalu. Kesian anak ummi.. Penuh muka dan satu badan dengan cacar tu. Qaisara juga diserang demam panas dalam masa yang sama. Kelam kabut juga la saya dan suami.
Sori gambar Qistina tak sempat upload
Oleh kerana saya tak pernah kena lagi demam ni dan suami pulak kena masa kecik-kecik dulu, maka kami blur apa nak buat dengan chicken pox ni..Nasib baik ada kawan-kawan Facebook. Macam-macam petua berkaitan chicken pox ni saya dapat dari mereka.. Terima kasih kepada yang sudi membantu dan juga terima kasih kepada Mama & Papa yang sudi nak jaga Qistina dalam minggu ni sebab kami terpaksa asingkan Qistina dengan Qaisara dalam 2- 3 hari ni sebab jangkitan berlaku bila dah nak baik.
emm berbalik kepada hari raya, berapa jenis kuih tahun ni? Baju kaler apa? Kasut ada beli ker? Langsir dah tukar? Sarung kusyen? Table runner beli baru ker? hehehehe..Berhematlah semasa berbelanja ya..Jangan sampai lepas raya hanya mampu makan kuih raya pulak nanti..Haru..
Saya dan suami tak ada la berbelanja begitu besar..sekadar belikan anak-anak punya baju dan kasut ajer..kuih raya beli la juga sekadar 3 jenis. Oh ya, kami sekeluarga bersepakat pakai semula baju yang digunakan masa kenduri kahwin adik saya tempoh hari (ingat tak?). Jadi tema kami tahun ni ialah Cekelat la..
Ok la Selamat bergumbira bersama family dan sanak saudara di hari raya. Entah esok atau lusa kita raya, kan.. Kalau memandu tu, berhati-hati la yer..Kalau mengantuk berhenti dulu..tidur kejap kat R&R kat highway tu.. kalau tak lalu highway, singgah la petrol pump dan tidur kejap kat sana.
Kami? Kami sekeluarga hanya beraya di Lembah Klang tahun ini. Jadi jimat belanja..So sedara mara, sori la aii tak balik JB dan Jelebu la this year.. Insya Allah kalau umur panjang, kita jumpa raya next year la ekk..
Dikesempatan ini juga saya nak mintak maap bebanyak kepada semua yang pernah terasa hati atau terkecik hati atau terambik hati atau yang sewaktu dengannya la.. Tak sedar tersalah bicara dan tersilap kata. JUga maaf jika ada perlakuan saya yang menyinggung hati anda semua. Maap bebanyak..kosong-kosong la kiranya yer..
ekk..Kalau buat open house jangan lupa jemput saya, saya sudi datang dengan rombongan untuk clearkan makanan tu..hehehehe..Kecil tapak tangan perut kosong saya tadahkan…
Selamat Hari Raya!
Salam Kasih Syawal,

Salam dear…
i hope it is still not to late for me utk ngucapkan Selamat Hari Raya..mintak ampun mintak maaf anadi ada kata2 atau perbuatan yg menyakitkan hati adinda…
jemputla mai umah…
Salam Kak Eton,
lama tak dengar cerita, kan.. dah pindah lagi rupanya kakak ku yang seorang ni.. Emmm..sama la kat sini, ampun maaf dipinta..selamat hari raya..