Islamic Pre School
Salam,
Saya dan suami sedang tercari-cari islamic pre-school yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa inggeris dengan bayaran yang berpatutan. Sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Qistina going to be 5 next year, kan.
Bukan tak mau hantar ke taska yang bahasa pengantarnya bahasa melayu tapi zaman sekarang ni, kalau duduk di Lembah klang, bahasa inggeris dah jadi macam satu bahasa utama. Yelah among kami Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Administrator (PCPA) yang 99% adalah melayu yang berkomunikasi melalui email pun menggunakan english sebagai bahasa perantaraan [hehehe ini kerana our Mentor, Kathy Baker from La Leche League International (LLLI) tak paham bahasa melayu lo].
So kalau hantar ke pre-school yang menggunakan english sebagai bahasa pengantar, harapannya agar anak-anak kami tak akan bersusah payah seperti kami yang terkejar-kejar nak memahami dan menggunakan english language setelah bekerja. Tau jer lah persaingan di lembah klang ni sangat sengit.
Kami dah bertanya kepada beberapa pre-school yang menggunakan english sebagai bahasa pengantar, contohnya seperti Smart Reader kids. Saya suka dengan pre-school ini dan pernah bercita-cita nak masukkan anak ke situ tapi suami saya (see my hubby balance my life) lebih suka jika pre school ini juga menitik beratkan kehidupan keislaman dalam silibusnya. Maka kami cari punya la cari, ada jumpa seperti Children Islamic Centre (CIC) tapi jauh sangat la pulak daripada rumah ataupun pejabat. Maka terpaksa cancel niat yang ado. Ada ke yang dekat? kalau ada meh beritahu saya yer..
Tiba-tiba sejak berulang-alik ke KPJ Selangor Specialis Hospital di Seksyen 20, Shah Alam melalui highway LKSA dan Alam Impian untuk sesi fisioterapi saya, saya terperasan ada satu pusat perkembangan kanak-kanak aka Pre-school yang berada di Seksyen 23, Shah Alam. Genius Aulad yang menggunakan motto Islamic Enrichment centre ada di sana. Terus singgah untuk melihat suasana pre-school ini.
Emm..seperti Smart reader kids, GA ini ada sessi pagi dan petang serta menggunakan English sebagai bahasa pengantar dan ianya adalah children Islamic education centre. So mak abah boleh la pilih nak hantar anak pagi ke petang. Emm..dah terjumpa dah yang senang nak handle.
Sebenarnya GA ini ada di Kota Kemuning yang hanya beberapa KM daripada rumah kami tapi saper ler yang nak ke sana. Laluan kami tak menghala ke sana. Kalau Shah Alam, ok lagi sebab hubby saya memang hari-hari sure berada di shah Alam. So saya tengok yuran tahunannya tidaklah membebankan. Tak mencecah ribuan ringgit pun. Hanya tus tus jer . Tapi biasa la yuran bulanan tetap ada n bunyinya pun tus tus juga la. Silibus yang diterangkan juga ada Math, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Islam. Silibusnya pula adalah untuk kanak-kanak daripad umur 3 tahun hingga 6 tahun.
Emm..boleh la..Cuma kami terpaksa arrange pulak, transport dan piker mana nak letak Qistina lepas school sebab pre-school ni cam biasa la, hanya 3 jam saja dalam sehari. Emm..cabaran sungguh la bila menjadi ibubapa yang bekerjaya ni..duit masuk dan duit keluar sama jer…Apa pun syukur sebab bergaji dan diberi rezeki dan kesihatan yang baik…Jadi ke tidak hantar anak ke GA ini bloom dapat diputuskan lagi..Tunggu la hujung tahun ni..
Oh ya, bagi warga Klang, Tahun depan GA akan buka di Bandar Botanic..
Psttt: Fid, tahun depan hang dah boleh hantar anak kat situ la kot? dan..errr..saper tau mana lagi Islamic pre-school yang ada berdekatan area Bangsar, Jalan Pantai Baru atau pantai Dalam? Boleh share tak?
Salam kasih,

zatul kat area seksyen 7 shah alam tepi hi way tu pun ada dua tiga islamic montesseri. nuh’s ark, lakeside school, lil caliph. yang established ni biasanya boleh gugel kat internet. yellow pages pun ada.
selamat bertemu yang secocok di jiwa!
knv, thank you for the info..nanti nak cari n survey la..
salam, puan zatul, anak diana (4 tahun) memang hantar ke GA Wangsa Maju, alhamdulillah, dari januari 2010 kemasukannya hingga sekarang, alhamdulillah, memberangsangkan. hubungan antara parents n teacher, sgt bagus. Yurannya, berbaloi dgn hasil yg kami peroleh, anak pun sgt gembira ke sekolah, pembelajaran dan aktivitinya seimbang. kalau puan duk bangsar, sukar juga ye, nk hantar, puan dh tahu kan cwgn2 GA?. ermmm…kena wat keputusan yg terbaik demi anak2. Masih ada masa untk survey2 tu….
salam puan,
untuk pengetahuan puan, Children islamic Centre (CIC) telah membuka cawangan baru di Bangsar (near Bangsar Village dan Naza Brabus) dan satu lagi di Shah Alam seksyen 7.. CIC telah membuka pendaftaran untuk sesi kemasukan 2011.. untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, puan boleh larari website CIC di http://www.cic.net.my.. sekadar berkongsi pendapat..
Terima kasih..
Nak tahu CIC di Kelantan….
CIC Enrichment Centre, formerly known as Children Islamic Centre, is one of the largest Islamic education centre with over 2,000 students in 25 locations, offering preschool, playschool and afterschool programmes. This international class is only offered at CIC Bangsar.
Qutren said,” This is an excellent opportunity to expose the children to an international environment. All nationalities, Muslim or non-Muslim are welcome.”
Detail of the article at:
http://www.kidbuxblog.com/education/nurture-children-the-right-way
saya juga akan berencana menyekolahkan anak saya di Islamic Pre School. Karena merupakan media atau sarana awal dalam pendidikan formal yang dapat mengenalkan dan mengajarkan ilmu dan nilai-nilai agama.
ia, ianya adalah foundation kepada kehidupan anak-anak kita pada masa hadapan. alhamdulillah.
The Little Caliphs Kindergarten Network
Last Updated: 2010-08-25
Address: The Little Caliphs Kindergarten Network
2 Jalan Pualam Dua 7/32B, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA,
Shah Alam, Selangor 40000, MALAYSIA
Phone: +60355113500
Fax: +60355119500
Email: hjroslan.littlecaliphs@gmail.com
URL: http://www.littlecaliphs.com
wah baru tau ane info tentang CIC, thanks for your info
assalamualaikum wtr & salam satu Malaysia,
untuk CIC ini ada ke cawangannya di seri iskandar perak dan juga di kota bharu kelantan.
I think Genius Aulad is so so only lah. My kid after 4 months no improvement at all. Teacher asyik suruh menghafal dari buku Adam and Dina not emphasizing on A-D-A-M ADAM. masuk sekolah jam 130pm sampai 430pm.sejam untuk makan main. tinggal DUA JAM saja untuk belajar.overall I think I am going to send my kid somewhere else.Sapa sapa yang nak menghantar tu pikir pikirlah dua tiga kali. tadika melayu ni dok mengajar bahasa saja English kurang dititikberatkan.serupa hantar tadika KEMAS je.
Assalamualaikum wbt.
Saya baru menghantar anak saya 4 tahun di GA tahun ni. Alhamdulillah byk perkara2 yg baik dia bawak balik especially in ‘ibadat’ and all about the great of Islam and Muslim. So far, saya sangat berpuas hati dan berterima kasih pada tenaga pengajar yg menerapkan hebatnya Islam pd kanak2.Dia pun x kekok dengen English. Kanak2 x blh diberi pressure dgn study sbb alam dia masih kanak2 dan main adalah sebahagian dr kehidupan dia..so jgn terlalu memaksa..
CIC ada di seksyen 20 shah alam, nama dia CIC Suri Puteri alamat tak ingatla tp seksyen 20 bangunan baru tepi roundboard ke JVC
Salam..ibu pm tengah mencari2 Sekolah utk Ank ni.cic area Muar/Tangkak/Melaka ada ke
Tahun ni saya nak cuba hantar anak 5 tahun ke tadika baru, Mahir Dhuha International Islamic Preschool kat Kota Damansara. Tengok silibusnya memang English habis, principlenya pengalaman guru dari uk. Saya rasa feesnya pun lebih kurang sama je dgn preschool ‘branded’ lain. Tadi baru je daftar nampak cam anak suke sekolah baru dia:) hopefully dia enjoy new school