Artikel Saya & ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah MAMI & BABY
Assalamualaikum & salam ceria,
Akhirnya keluar lah sudah artikel yang telah saya submit pada awal June yang lalu di majalah Mami & Baby. Juga ruangan Soal jawab Laktasi yang akan dijawab oleh saya sendiri di majalah tersebut. Sebenarnya, persetujuan untuk bekerjasama dengan majalah ini terjadi sejak pada akhir bulan April 2009 yang lalu. Sepatutnya artikel & ruangan soaljawab tersebut akan keluar pada bulan Julai namun begitu, pihak majalah memindanya pada Ogos kerana bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu ibu pada 1 – 9 Ogos ini. Maka ini lah hasilnya..Anda akan nampak nama saya berada di cover majalah tersebut. Oh ya, isu kali ini cover modelnya ialah Puan Linda Jasmine yang sedang sarat mengandung.
Insya Allah, kerjasama saya dengan majalah Mami & Baby ini akan berterusan pada setiap isu & bulan. So anda akan melihat saya di majalah Mami & Baby untuk berapa lama yer? Harapnya selama yang boleh la, kan..Niat saya hanya satu, iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana untuk berjaya menyusukan si manja tersayang..Sejujurnya saya katakan, saya juga seperti ibu-ibu yang lain, masih lagi belajar dan belajar mengenai breastfeeding. Terlalu banyak yang perlu di cover bila menyebut mengenai breastfeeding. Terlalu luas.. Terlalu banyak keadaan & kemungkinan dalam menyelesaikan masalah berkaitan breastfeeding. Saya amat susah hati & tak senang duduk jika ada ibu yang bertanyakan soalan dan saya tidak dapat memberikan jawapan dengan segera… Bukan mudah untuk memberikan jawapan yang segera kerana jika tersalah beri jawapan, masalah ibu tersebut akan bertambah teruk. Begitu juga jika maklumat berkaitan ibu dan bayi tidak kita ketahui dengan lengkap..Jadi saya amat menghargai & mengalu-alukan soalan daripada anda, agar ilmu yang ada akan bertambah & dapat kita kongsi & gunakan bersama nanti.
Oh ya, jangan lupa yer dapatkan Mami & Baby Isu Ogos 2009 ni..banyak info berguna..dan juga jangan lupa berkunjung ke Mini Karnival KLfm di Angkasapuri pada 1 ogos 2009 ni dari 8.30 pagi – 5 petang..saya berundur dulu buat kali ini yer…
More info boleh rujuk www.mamibaby.com.my
Salam kasih.
salam…
saya ingin bertanya puan tentang masalah baby yang agak sukar untuk menyusu badan apabila diberi secara langsung.Masalah yang saya hadapi ialah ketika baby saya menyusu badan,dia akan lepaskan puting secara tetiba,mengeraskan badan,menangis dan kadang-kadang seolah-olah seperti nak muntah.Perkara ini kerap terjadi tetapi bukan selalu.Saya sangat rungsing dengan masalah ini dan sangat berharap puan dapat menolong saya.Untuk pengetahuan puan,ini adalah anak pertama saya dan baru berusia 2bulan setengah.Terima Kasih.
Puan, saya cadangkan Puan untuk berjumpa dengan saya untuk sesi kaunseling. Terima kasih.
Saya ingin tanya masalah baby mengapa setiap selesai menyusu badan baby saya selalu muntah/mengeluarkannya kembali tetapi tidak banyak,padahal saya sudah buat dia sendawa.Terima kasih.
Sesetengah daripada kita mungkin mengalami masalah reflux. Susu keluar semula/muntah ada beberapa sebab pertama mungkin reflux , kedua mungkin susu Puan terlalu banyak masuk dalam perut. Jadi walaupun bila dah disendawakan, maka dia tetap muntah. Jika terlalu risau, boleh bawa jumpa Pead.
Saya ibu kepada 4 cahaya mata..masalah saya ialah ketika anak pertama saya lahir dia di berikan susu ibu selama 6bln..Lahir pula yg ke-2 anak lelaki saya, saya hanya sempat memberikan susu badan selama 1bln shj disebabkan, breast sebelah kanan saya membengkak serta puting berdarah dan terpaksa di bedah untuk membuang nanah yg ada dlm saluran susu. Tiba anak yg ke-3 dan ke-4 lahir mereka langsung tidak dapat menyusu badan kerana selama seminggu saya cuba memberi susu badan tetapi gagal kerana tiada susu yang keluar,tetapi breast saya tetap bengkak. Sekarang saya mengandung anak yg ke-5 dan saya amat berharap dapat menyusukan bayi saya seperti orang lain. Saya perlukan nasihat dari puan.
Puan, mohon hubungi 016-3855189 dan bercakap dengan Puan Zatul utk konsultasi