Archive for the ‘General’ Category
Wholesale
Salam,
Kali ini saya nak war-warkan kepada yang berminat untuk menjadi retailer & membuat pembelian secara wholesale barang-barang yang ada dijual di Baby N Me.
Sangat sesuai bagi yang baru nak mula berniaga. kalau ada yang berminat boleh email ke admin@babynme.com.my atau boleh call saya di 016-3855189.
Biar ramai lagi wanita yang berniaga.
Kelebihan menjadi retailer ialah url & contact no anda akan saya paparkan di website dan blog ini.
Meh ramai-ramai jadi usahawan.
P/s: biar mula dari kecil utk ambil pengalaman dan selok-belok berniaga..
Salam Bisnes,

BAHAGIAKAH KITA
Salam,
Saya menulis untuk tajuk ini kerana satu topik di forum di website yang membincangkan tajuk bahagiakah kita. Pada saya bahagia atau tidak rumahtangga kita bergantung kepada expectation kita dan cara kita membantu suami mengemudikan bahtera rumahtangga. Kalau terlalu tinggi expectation kita tapi realitinya tidak mencapai standard expectation itu, maka akan kecewalah kita. Kalau sederhana saja expectation kita, maka kuranglah rasa kecewa yang kita alami atau kita akan berasa senang dan selesa dengan keadaan yang kita alami.
Kalau di katakan perubahan perangai pasangan, saya rasa itu telah menjadi lumrah seagai manusia. Manusia mana yang tidak berubah? Kalau tidak berubah mungkin ianya bukan dinamakan manusia, kan?
Ini adalah komen saya terhadap apa yang dibincangkan dalam forum tersebut. Situasinya si isteri mempunyai pandangan dan pendapat yang bertentangan dengan si suami..maka pesoalan-persoalan dibawah ini selalunya menjadi sebab ketidakpuasan hati masing-masing.
Salam,
entah kenapa saya terpanggil nak memberi komen utk cerita dot dot dot ini.
Pendekatan saya ialah
politik :
walaupun tidak selalunya sependapat, cuba tunjukkan sokongan kepada pendapat dia mengenai politik. Tak apa la kita pura-pura sikit asalkan bila kita mengundi, kita tahu siapa yang kita undi dan rumahtangga kita tak goyang hanya kerana politik.
Pakai tudung & tudung mesti labuh sampai dada:
yer dalam agama Islam juga memang disuruh labuhkan tudung sehingga menutup dada. Jadi ini tak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan kerana memang hukum Allah. (Harap jangan salah faham yer, bukan kondem yang tak bertudung. Saya juga dahulunya tidak bertudung kepala)
tak suka saya berhias lebih sikit:
ok, tak apa saya turutkan..tapi lama-lama dia sendiri komplen yang kita tak pandai berhias dan suruh berhias cantik-cantik semula , so saya mula la balik berhias dengan niat untuk senangkan hati suami tanpa ada sebarang komen atau pulang paku buah keras tentang permintaan dia yang awal dulu (suh saya jangan berhias sangat)..Janji suami senang dengan kita, kan?..
Suka bawa balik kerja pejabat ke rumah:
alahai, sikit punya hal kecik pada saya.Boleh negotiate dengan kata-kata begini, ok boleh buat kerja opis di rumah tetapi hanya boleh buat selepas saya dan anak-anak tido sebab sebelum tu adalah masa yang perlu diperuntukkan dengan anak isteri.
Strict dalam berkata-kata:
kadang kala, kita sebagai isteri, rasanya kena belajar supaya tidak terlalu ter’sentap’ dengan kata-kata tegas suami kalau apa yang dikatakannya betul dan tak melanggar hukum Allah. Tetapi andai kata isteri ‘tersentap’ dengan kata-kata atau perbuatan suami, seperti yang lain-lain dah kata dan beritahu, adalah lebih baik diluahkan melalui kertas/surat/ataupun puisi. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertengkaran jika suasana menjadi tegang bila berbincang. Saya selalunya lebih suka memilih puisi kerana maksud puisi amat dalam dan tak perlu kata-kata yang panjang lebar untuk sampaikan maksud. Lepas tulis, letakkan buku nota tu ditepi bantal atau dada anda dan pura-pura la tidur serta biar lampu terpasang agar suami perasan dengan puisi tersebut.
Perangai dah tak macam dulu:
Saya rasa kita sebagai isteri selalu kata perangai suami kita tak seperti dulu. Tapi adakah kita perasan dan tahu yang perangai kita juga dah tak seperti masa mula-mula kawin atau masa berkawan-kawan dulu? emmm..kena kaji juga faktor tu..
Kalau hati kita terlalu sakit dan geram pada suami, mungkin kita boleh tenung-tenung dan ingat-ingat kembali pada bright side suami plak. meaning yang perangai dan perkara-perkara yang baik yang suami ada.
Oh ya, satu pendekatan yang saya selalu amalkan ialah selalu menghantar sms yang romatik pada suami dan selalu cium pipi dia tak kira waktu (jgn la depan orang pulak kan). Biarpun dia tak balas semula sms atau ciuman saya, saya tak kisah.. Biar dia dah hilang sifat romatik asalkan jangan saya..Dan saya setuju dengan Liyana (kawan forum saya), kalau hubby boleh tahan melawak, sila la melawak.. kalau hubby bukan jenis tu, lupakan saja la..nanti lagi sakit hati bila dia balas lawak tu…kekeke.. - edited atas permintaan-
Reaksi suami bila baca sms saya ni ialah baca dan tiada sms balasan kepada saya. Simpan satu hari dan kemudian delete. Adakah saya marah bila dia delete? tidak sebab saya tahu yang dia dah baca apa yang saya cuba sampaikan..
P/s: betul la, nak capai 5 tahun bukan senang, apatah lagii 10 tahun dan seumur hidup. Oleh itu, kita sebagai isteri kena banyak bersabar dan menerima dengan redha perangai suami selagi suami masih menjalankan tanggungjawab dan tak dera fizikal dan mental (maki hamun) kita.
Salam Kasih,

Video Perjalanan 9 bulan
Hari ini, ibu saudara saya telah menunjukkan satu video yang sangat menyentuh hati, naluri dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Tatkala melihat video ini, saya terkenangkan kedua anak saya yang berada di taska..Ahh..Rindunya..Rasa nak cepat-cepat peluk mereka.. Video ini adalah video asal. Yang saya lihat sebelum ini telah diedit dan lebih pendek. So ibu-ibu mahupun ayah-ayah diluar sana, lihatlah perjalanan kita sebelum dilahirkan ke dunia ini…SAYA SANGAT SANGAT SUKA VIDEO INI. Terima kasih kepada yang membuatnya…
ini pulak versi yg telah diedit:
Touching sangat kan? Meleleh air mata bila menonton video ini…To my mama, “MAMA, I Love U So Much!” & To both of my Girls, “Ummi Loves You Both Too..Loves U so Much!!”
Qistina di hari pertamanya
Qaisara di hari pertamanya di Dunia
Salam Kasih,

Jangan abai Anak yang lebih tua
Cerita Hari Raya & Majlis Harijadi Qaisara Madihah
Salam,
Alhamdulillah, saya sekeluarga menyambut kegembiraan berganda pada 1 SYAWAL yang lalu dengan perayaan hari raya Aidilfitri dan juga Hari lahir Qaisara. Tak sangka diam tak diam dah 1 tahun dah Qaisara..dah besar tapi body Qaisara maintain cute gitu..kecik molek jer..Kalau tengok live memang tak sangka dia dah 1 tahun sebab kecik bangat..Kata Pead, jangan risau sangat pasal size dia sebab ummi & abah pun saiz ala-ala comey gitu (perasan betul kan hehehe). Ala janji sihat, kan adik..
So masa 1 syawal tu, kami buat la sikit majlis potong kek untuk Sara kat umah atuk Sara kat Kampung Melayu, Kolumpo..ala hari rayakan, so yang ada dalam majlis tu sepupu-sepupu Qaisara & Qistina la..
Kami bertema biru di pagi 1 SYAWAL
Keluarga mertua yang balik raya tahun ni..
Seronok sambut satu Syawal kat KL ni. Still rasa cam kat kampung.. Still ada takbir dari rumah ke rumah, stil ada kunjung mengunjung, still ada dengar mercun berdentum pada sepanjang malam raya & raya pertama.. Bebudak pun ramai yang datang raya..Ntah la, may be sebab sedara-mara hubby terchenta kebanyakkannya kat KL dan dia memang orang jati KL so kemeriahan tu tetap terasa macam raya kat kg.
Sedara mara hubby yg datang.. Reramai duduk kat dapur.
2 Syawal, kami bergerak ke Seremban dahulu untuk konvoi bersama mama & papa serta adik-beradik saya ke Johor Bahru. Singgah umah Pak Ngah saya kat Senawang dulu sebelum tu..beraya dulu..Makan nasi la..lauk ayam masak cili api..pehhh..tambah samapai 2 pinggan bila makan lauk ni..Jilat pinggan seh..
Tema pink pada 2 SYAWAL..kaler busan sebab every year kaler ni..
Lepas kenyang makan kat Senawang, bergerak plak ke Johor Bahru, rumah nenek saya..ada yang tau Bakar Batu? ala dekat dengan kem Majidee tu..ha, umah nenek saya kat sana la..lagi terasa meriahnya kat sana sebab sedara sumer balik sampai tak muat umah dah..
Kemudian pada 3 Syawal, kami adakan lagi majlis potong kek harijadi Qaisara + Qistina di Johor Bahru di rumah ibu saudara saya..Meriah beb sebab sedara mara ramai masa tu..Mak Eton, mekasihhh..
Raya ke 4 tu round JB umah sedara mara yang buat open house..pas tu terus gerak pi umah kakak ipar kat Seremban 2. Letih beb..tido 2 malam kat sana pas tu balik Klang semula..
yang sedihnya, bila nak balik Klang tu, ada my good friend, Ida Murni panggil datang umah parents dia petang tu tapi tak sempat nak pergi sebab dalam perjalanan lagi…Jeles tengok gambar derang bergather-gather (hahaha, bahasa inggeris di melayukan la ni) kat TTDI, KL..Girls (ida, zarina & ila), I miss you all la..bila nak datang umah aku?
Aidilfitri kali ini sesungguhnya memberikan pelbagai kenangan manis buat saya dan family. Semoga tahun depan masih begini dan masih dapat saya temui Ramadhan dan Syawal lagi bersama-sama keluarga saya.. Aminnn..
SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!!
Salam Kasih,

Majlis Berbuka Puasa
Salam,
Tahun ni rasanya minggu lepas baru ni baru la saya ada feel nak berbuka di luar. Itu pun kerana memenuhi undangan rakan dan mentor-mentor saya.
Jumaat lepas saya telah ke majlis berbuka puasa di Bangi kerana memenuhi undangan daripada pemilik-pemilik Nuturing Concept Sdn. Bhd. yang juga pengasas SUSUIBU.COM & MOMS LITTLE ONES (MLO) di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Jumpa la ramai rakan seperjuangan. Sedap juadahnya.. Namun begitu hanya dapat meluangkan masa seketika sahaja di sana kerana mengejar masa untuk pulang kerana jarak Bangi & Klang bukannya dekat..Anak-anak pula dah mengantuk especially Qaisara. Dalam perjalanan pulang akhirnya kedua buah hati saya lelap dan terus lena hingga ke pagi
Kepad Tuan Rumah yang berdua tu, Terima Kasih daun keladi kerana menjemput saya sekeluarga..Tahun depan jemput lagi yer…
Pada hari Sabtu pula, saya berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabat di Hotel Concorde, Shah Alam.. Kami masing-masing datang bawa keluarga demi untuk mengeratkan siraturrahim antara kami..
Wahhh..makananannya memang sedap-sedap belaka..ada persembahan nyanyian yang membuat Qistina terpegun dan melihat dengan penuh minat…
Errr..apa pun saya tetap voted PJ Hilton kerana memang tiada yang dapat menandingi kesedapan makanan-makanan yang ada di sana…waaa..saper nak belanja makan kat PJ Hilton ni?

Artikel Saya & ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah MAMI & BABY
Assalamualaikum & salam ceria,
Akhirnya keluar lah sudah artikel yang telah saya submit pada awal June yang lalu di majalah Mami & Baby. Juga ruangan Soal jawab Laktasi yang akan dijawab oleh saya sendiri di majalah tersebut. Sebenarnya, persetujuan untuk bekerjasama dengan majalah ini terjadi sejak pada akhir bulan April 2009 yang lalu. Sepatutnya artikel & ruangan soaljawab tersebut akan keluar pada bulan Julai namun begitu, pihak majalah memindanya pada Ogos kerana bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu ibu pada 1 – 9 Ogos ini. Maka ini lah hasilnya..Anda akan nampak nama saya berada di cover majalah tersebut. Oh ya, isu kali ini cover modelnya ialah Puan Linda Jasmine yang sedang sarat mengandung.
Insya Allah, kerjasama saya dengan majalah Mami & Baby ini akan berterusan pada setiap isu & bulan. So anda akan melihat saya di majalah Mami & Baby untuk berapa lama yer? Harapnya selama yang boleh la, kan..Niat saya hanya satu, iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana untuk berjaya menyusukan si manja tersayang..Sejujurnya saya katakan, saya juga seperti ibu-ibu yang lain, masih lagi belajar dan belajar mengenai breastfeeding. Terlalu banyak yang perlu di cover bila menyebut mengenai breastfeeding. Terlalu luas.. Terlalu banyak keadaan & kemungkinan dalam menyelesaikan masalah berkaitan breastfeeding. Saya amat susah hati & tak senang duduk jika ada ibu yang bertanyakan soalan dan saya tidak dapat memberikan jawapan dengan segera… Bukan mudah untuk memberikan jawapan yang segera kerana jika tersalah beri jawapan, masalah ibu tersebut akan bertambah teruk. Begitu juga jika maklumat berkaitan ibu dan bayi tidak kita ketahui dengan lengkap..Jadi saya amat menghargai & mengalu-alukan soalan daripada anda, agar ilmu yang ada akan bertambah & dapat kita kongsi & gunakan bersama nanti.
Oh ya, jangan lupa yer dapatkan Mami & Baby Isu Ogos 2009 ni..banyak info berguna..dan juga jangan lupa berkunjung ke Mini Karnival KLfm di Angkasapuri pada 1 ogos 2009 ni dari 8.30 pagi – 5 petang..saya berundur dulu buat kali ini yer…
More info boleh rujuk www.mamibaby.com.my
Salam kasih.
Shopping kat JUSCo, Bukit Tinggi, Klang
Assalamualaikum,
Saja nak cerita pasal ahad lepas.. hahahaha.. dah nak cecah Ahad baru dah, baru nak cerita pasal Ahad lepas ekk..Al-kisah malam pada hari saya memberi breastfeeding talk di Kolej Komuniti (nantyi saya cerita kemudian yer pasal event tu), Mama, Papa & siblings dating ke rumah saya. Datang ziarah nak jumpa cucu dan nak jalan-jalan.
So Ahad tu saya bawa la Mama & Adik-adik + Anak-anak ke JUSCO Bukit Tinggi Klang. JUSCO ni dengan umah saya tak la jauh.. dalam lebih kurang 7 KM jer..Cari la baju kecik, baju besar, dalam, luar, kasut, bantal, comforter set + segala macam yang boleh dibeli bagi mengabihkan duit adik saya (hahaha, Angah orang kaya). Sampai nipis la duit adik saya membelanja kami semua. Kesian Angah, sebab dapat kita orang as siblings..Asyik nak perabih boreh kau jer kan..Tapi Thank You very much sebab belikan bebudak tu baju raya (puasa belum lagi tapi baju raya dah beli)..
Bila dalam syok shopping kat JUSCO tu tetiba Qistina plak buat hal..menangis nak tanggal baju..Nak pakai pampers jer…sabo jer laaa..Memula we all tak layan tapi huh, tak larat nak layan tangisan dia, so terpaksa la buka juga.. Jadi kalau anda terlihat adegan kat bawah ni pada hari tersebut, jangan pelik la yer..Itu anak saya yang sedang dilayan oleh Mama saya.Sedang nak membolenkan diri sebab dah rimas. Saya? Saya jadi Photographer .
Bila disiasat rupa-rupanya anak saya nak poo poo..hahahaha..patut la gelabah puyuh nak bukak baju & seluar…Saboo jer..
Salam Kasih
Salam Permulaan..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini pertama kali saya menulis di blog BABY & Me. Rasa baru dan bersemangat untuk menulis dan memperkenalkan kedai baru ini. Semoga bersama Baby N Me ini, bintang saya akan lebih bersinar dan bergemerlapan. Saya akan cuba update perkara terkini di sini sekerap yang boleh dan di saya akan cuba memberi input dan artikel mengenai penyusuan susu ibu dan dunia keibubapaan sebanyak yang boleh untuk bonda dan ayahanda di luar sana.
Kepada yang menyokong, memberi semangat dan memberi komen yang membina sepanjang saya berusaha untuk ke arah yang lebih baik, jasa anda tak terbalas oleh saya. Hanya ucapan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang sejati..Semoga kita sama-sama akan lebih maju dalam hidup ini.