TUNGKU MODEN UNTUK MEMUDAHKAN IBU-IBU DI DALAM TEMPOH BERPANTANG. TAK PERLU DIBAKAR, TAK PERLU DIBALUT. SAMA BERAT DAN SAMA BERKESAN SPERTI TUNGKU BATU SUNGAI. HANYA PERLU DIPANASKAN SELAMA BEBERAPA MINIT (KEPANASAN MENGIKUT KESESUAIAN IBU-IBU DAN SEDIA UNTUK DIGUNAKAN).
Bagi ibu-ibu yang didalam pantang selepas bersalin, anda boleh juga masukkan daun wangi seperti daun pandan / daun serai wangi sebagai aromaterapi ke dalam beg Tungku Moden. Bau harum dari daun akan membantu anda agar terasa lebih segar :)
Juga dikenali sebagai warmer beg.Tungku moden ini boleh digunakan dirumah atau di pejabat kerana saiznya yang kecil dan tidak menonjol. Lampu pada Tungku Moden/Warmer beg ini akan menyala semasa dicharge atau dipanaskan. Cuma tunggu dalam masa 2 atau 3 minit mengikut tahap panas yang diingini. Kemudian tutup suis dan cabut wayar charger. WARMER BAG sudah boleh digunakan. Sangat sesuai dan mudah untuk ibu-ibu yang didalam pantang dan ingin mengamalkan amalan bertungku. Tidak perlu lagi mencari batu sungai kerana tungku moden ini mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. Juga sebagai penyelesaian untuk kelegaan sakit pinggang, sakit belakang, lenguh badan dan kaki, sendi-sendi, senggugut dan lain-lain lagi.
Proses charge amat mudah, hanya 3 langkah 1-Sambungkan wayar charger pada WARMER BAG 2-Sambungkan plug 3-Tekan/On suis plug
Mudah di guna -Menggunakan high quality fabric -ISO9001-2000 -overheated protection device -heat up to 2-5 hours/panas hingga 2-5 jam -masa charge hanya 3-8 minit mengikut kesesuaian
Produk ini sesuai digunakan oleh lelaki & perempuan. |