Posts Tagged ‘Natural Parenting’
Acara The Great Cloth Diaper Change (Guiness™ World Record Diaper Changing Challenge)
Assalamualaikum,
Kepada Cloth Diaper practicioner, satu acara yang dinamakan The Great Cloth Diaper Change (Guiness™ World Record Diaper Changing Challenge) akan diadakan pada 23 April 2011 di Sriptory Box, Level 1, Wisma Bling Lustre, Taman Meranti Jaya, Puchong.
Pada sebelah pagi ada talk & banyak booth yang dibuka dan anda dijemput hadir.
Pada sebelah malam pula akan diadakan Great Cloth Diaper Change World Record breaking Event akan diadakan mulai jam 10 malam – 1 pagi. Untuk acara ini, kepada yang berminat nak pecahkan rekod dunia, boleh la register di gcdcmalaysia@gmail.com.
Untuk acara ini juga, Alhamdulillah, saya telah dijemput oleh pihak penganjur sebagai one of the witnesses. Oh ya, pagi tadi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur yang saya akan berkolaborasi bersama pelakon terkenal yang juga pro breastfeeding mother, Dynaz Mokhtar sebagai saksi acara ini.
emm, saya juga dimaklumkan oleh pihak penganjur yang sebelah siang Dynaz juga akan memberi talk berkenaan Breastfeeding in Public.
Acara ini kalau tak silap saya mendapat liputan media electronic seperti rancangan Si Kecil Ku Chak (TV3) dan Wanita Hari Ini (WHI) dan juga liputan melalui media cetak iaitu, Harian Metro.
So ibu dan ayah yang berminat, maklumat lanjut boleh bertanya kepada ClothDiaperMsia@gmail.com.
Jumpa disana.
Salam kasih,
