Posts Tagged ‘anak-anak’

Tukar Nursery

Salam,

Alhamdulillah, Qaisara dah recover daripada Broncholitis. Rabu minggu lepas buat follow up dan Doktor Yasmin dah confirmkan yang dia dah recover. Saya juga mengambil kesempatan untuk jap imunisasi Qaisara. Lambat jap sebab Qaisara asyik selesama dan batuk sejak berumur setahun dan tambah dengan ke’bz’an saya n hubby.

Minggu ni saya n family berulang alik daripada Putrajaya – KL – Klang selama seminggu. Anak-anak dijaga oleh Mama &  Papa yang tinggal dengan Angah di Putrajaya. Ini disebabkan Taska anak saya tutup lagi. Nak cuti-cuti malaysia katanya. Tak apa ler..Tak jumpa lagi la nampaknya..

Tahun depan, anak-anak saya bertukar nursery. Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor-faktor ini :

1. Taska itu sekarang ada perbezaan bayaran mengikut pendapatan ibubapa. Kalau household punya gaji melebihi RM2K, boleh bayo murah. kalau melebihi RM2K kena bayo mahal. Tak apa ler tapi macam mana layanan, makanan dan kualiti jagaan serta adakah orang yang mengasuh anak saya akan bercakap dalam bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di Taska tersebut? Rasanya tak kot.. Layanan yang bayo mahal dengan yang bayo murah  , samerrrrrrrrrrr ajerrr..

namun begitu, saya masih boleh terima perbezaan bayaran ini kerana memahami apa yang mereka cuba buat. Tolong orang yang kurang berkemampuan. Masalahnya saya tengok rata-rata mak pak yang anto anak kat situ sumernya kete beso-beso dan ada 2 kereta. Ada ker yang household kurang RM2K? So secara tak langsung, Taska ini telah membantu Mak pak yang anto kat situ untuk belajar menipu..Tipu slip gaji lerrr..adjust sana sini agar nampak gaji kureng daripada RM2K..Tambah lagi satu ‘pahala’

2. Taska tutup hari Sabtu mulai tahun depan. Ini memang saya tak boleh nak tolerate sebabnya saya dan suami bekerja pada hari Sabtu. Kalau tutup, mana saya nak letak anak saya masa hari Sabtu? Takkan nak bawa ke opis? Opis saya pada hari sabtu, sama sibuknya dengan hari hari lain. Kalah pejabat YB atau kaunter SSM.

Atas alasan itu, saya dn hubby memutuskan utk bertukar nursey. dah rikki dah. dah daftar dah..Nanti saya cerita Taska mana yer..

namun begitu, saya nak ucap terima kasih kepada semua pengasuh anak-anak saya especially pada Kak Midah (kak, Perdana Menteri saya kata kena pindah juga la) , kerana mengasuh dan menjaga anak-anak saya selama 3 tahun saya menggunakan khidmat taska ini. kak midah ni antara orang yang terlama bekerja di taska ini dan dia juga antara pengasuh yang dapat dan berkesempatan menjaga kedua-dua anak saya. Anak-anak saya pun sangat senang dengan dia dan panggil dia MAMA. Sedih hati saya melihat kak midah menangis masa hari terakhir anak-anak saya di taska. “Kak midah, cecepat sikit bukak taska sendiri yer. Nanti saya hantar bebudak kat Taska akak.”

Juga terima kasih kepada yang lain-lain. ada la perkembangan yang saya suka lihat pada anak-anak saya semasa dia orang kat sana. Qistina terutamanya kerana dia yang dah 3 tahun kat sana. Dia dah pandai baca  alif ba ta sampai habis, baca fatihah, baca doa makan, nyanyi lagu-lagu rakyat lama, nyayi lagu-lagu berkenaan keagamaan, lagu nabi muhammad dan etc.

Juga terima kasih kerana sudi melayan Qistina yang suka bercakap dalam bahasa inggeris walaupun pengasuh-pengasuhnya tak fasih berbahasa inggeris.

Jangan ambil hati dengan teguran dan komplen saya selama ini. Komplen dan teguran saya adalah untuk kebaikan bersama dan secara tak langsung, pihak Taska akan dapat memperbaiki kelemahan yang ado, kan..

So, saya akan mula menghantar anak saya ke taska baru pada 31 Disember ini kerana pada hari tersebut Mama & Papa tak dapat jaga anak-anak saya kerana perlu ke Seremban pada hari tersebut.

nanti kita tengoklah macam mana anak-anak saya cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini..harap semua ok la

Salam,

logo
BERENDOI /CUKUR JAMBUL
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2014
M T W T F S S
« Dec    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.