Home School – Bahan Mengajar Percuma
Assalamualaikum,
Apa khabar pada hari cuti ni? Emm, lagi seminggu jer nak tahun baru kan? Apa cerita azam tahun ni? Tercapaikah? Harap-harap tercapailah.
Saya saja nak share satu cara paling mudah dan jimat untuk ajar anak kita dirumah mengenai barangan. Tak perlu beli buku mahal-mahal atau kena keluar duit untuk electricity atau paper. sebab cara ini percuma. Yang perlu ialah masa dan masa dan kasih sayang.
Pernah terima tak sebarang leaflet aka iklan (saya panggil surat jemputan untuk shopping) daripada mana-mana pasaraya besar atau mana-mana kedai? Cam gambar kat bawah ni
Ha nampak tak dalam tu ada ikan, bawang, sayur… Ha kita boleh guna leaflet ini sebagai bahan mengajar kita untuk anak mengenal rupa barang atau nama barang. Kalau yang ala-ala tahu little-little dalam bahasa inggeris tapi nak ajar dalam english pun boleh. sebabnya description dalam bahasa inggeris ada tertulis kat gambar.
selain gambar tu,
Ha, ada gambar meja, almari buku,etc la yang boleh juga kita guna dalam mengajar anak kat rumah secara 0 cost.
Kami suami isteri memang suka dengan leaflet begini. Selain teruja nak kira cost perbelanjaan mingguan melalui offer yang dibuat, kami juga teruja untuk bermain dan mengajar anak. Kami akan main game “siapa tahu mana satu….” menggunakan leaflet ini. Anak-anak pun suka juga.
Bila kami pergi shopping barang keperluan harian di pasaraya, kami akan tanya semula anak-anak “siapa tahu barang ni namanya apa?”
So Selamat mencuba!
Salam Kasih,

thax mam…. i ‘ll try…. mcm menyeronokkan jer…
U R Welcome. Kadang kadang anak anak pulak yang akan soal kita bila nampak leaflet ni. hehehe..dia plak yang soal kita “siapa tahu mana satu…ball?”
dah try ka?