Salam Ramadhan
Asslamualaikum,
Apa khabar? Macam mana menempuh puasa pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Ada ke yang seperti anak-anak kecil? hehehe..
Semoga kita bertambah bahagia menjalani ibadah Puasa dan amalan-amalan yang diperintahkan olehNYA.
Qistina juga sudah mula belajar berpuasa sekerat hari mulai hari ini. Cukup pukul 12 tgh, dia dah minta berbuka. “Laparlah Ummi”, kata Qistina. Tak mengapalah. Setengah hari tu dah kira cukup untuk dia belajar berpuasa sebagai permulaan.
Emm..En. Hubby dah sms tadi, bertanyakan nak makan lauk apa berbuka ni. Agaknya selepas waktu kerja, dia nak pergi ke pasar Ramadhan kot sebab kami berbuka di Shah Alam, rumah yang didiami oleh Scha bersama mama dan papa. Kemudian, Insya Allah, jika ada rezeki, saya akan ikut hubby bersolat Tarawikh di Masjid Shah Alam. Rindu nak bersolat Tarawikh. Semalam dah terlepas sebab Qaisara kurang sihat. Kena cirit-birit.
Oklah. Selamat menjalani ibadah puasa. Kepada yang nak membaca Al-Quran secara electronic, bolehlah ke Quran.com .Selamat membaca Al-Quran dan selamat sempat khatam dalam bulan Ramadhan ini. Insya Allah, kita boleh!
Salam kasih,
