Anak saya tidak mahu minum susu?

Assalamualaikum,

Saya menerima komen daripada post saya Bagaimana Jika anak saya tidak mahu minum susu? Soalannya berbentuk begini :

Soalan

Anak saya sudah masuk 1 thn pd waktu siang tidak mahu minum susu direct by botol, harapkan malam sahaja bf full.saya bekerja. risau juga sbb tidak mahu susu yg saya bekalkan dan susu formula lain. makan dia o.k berselera. macamana yer..saya sudah tukar poteng, botol dll..

Jawapan

Assalamualaikum Puan. Tahniah kerana masih menyusukan dan masih bersemangat  untuk menyusukan bayi Puan.

Mengenai soalan Puan, anak Puan kini telah berusia 1 tahun dan daripada penerangan Puan, saya kira selera makan anak Puan adalah sangat bagus. Teruskan pengambilan makanan yang seimbang  dalam diet anak Puan.

Oleh itu, Puan tidak perlu bimbang mengenai kurangnya pengambilan susu oleh anak Puan  pada siang hari kerana anak Puan akan mendapat khasiat yang mencukupi jika dia mengambil makanan seimbang. Oleh kerana anak Puan tidak mengambil susu pada siang hari, saya sarankan agar Puan membekalkan makanan pepejal sebagai ganti susu tadi . Teruskan menyusu pada sebelah malam dan selagi bayi Puan masih mahu menyusu (juga  selagi Puan masih mahu menyusukan bayi Puan).

Bersama-sama ini saya sertakan gambarajah pengambilan makanan pepejal yang diambil daripada http://infantfeeding.blogspot.com/.

Salam Kasih,

14 Responses to “Anak saya tidak mahu minum susu?”

  • mama mu'az says:

    puan,

    ank saya mmg sudah lama tidak menyusu badan kerana telah kering dan ianya jd susah untuk dia meneruskan . jadi saya telah bertukar kpd susu formula. dan sekarang umur sudah menjangkau 6bulan kurang minum susu formula. boleh kan saya mulakan dgn makanan pejal . kerana jururawat desa bnyk mengatakan jgn beri makanan seandainya umur belum menjangkau 6bulan. sy bimbang la puan.

  • Bonda Q says:

    Puan mama mu’az ,

    Tak mengapa jika tidak dapat meneruskan penyusuan ibu. jangan berasa sedikit pun kekurangan atau rasa rendah diri kerana tidak dapat menyusukan bayi Puan. Puan patut berbangga kerana Puan telah berusaha dengan sebaiknya untuk memberikan apa yang dirasakan baik dan sesuai untuk bayi Puan.

    Jika bayi Puan sudah berumur 6 bulan, Puan boleh memcuba untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi Puan. Mulakan dengan memperkenalkan makanan ruji kita kepada mereka seperti bubur nasi (tanpa garam dan gula). Jika bayi hanya mengambil sesudu makanan pejal, tidak mengapa sebab ianya masih dalam fasa pengenalan. Ianya akan bertambah setelah beberapa kali diperkenalkan. Cuba cari resepi yang sesuai untuk bayi Puan. Kementerian kesihatan ada mengeluarkan buku resepi makanan pejal untuk bayi. Harag buku tersebut hanya RM20.00 sahaja. Resepi yang ada adalah dicadangkan oleh Pakar Pemakanan/Nutrisi yang bertauliah di Malaysia.

  • ina says:

    Salam

    Puan,anak saya kalau di taska minum guna EBM guna botol.
    Tapi bila di rumah,dia tak mau.saya risau dan husben saya
    juga sudah mula merungut ank tidak mahu minum guna botol.
    Saya risau jika saya outstation,dia taknak minum guna botol.
    lapar lak dia nnt.anak saya umur 9 bln,dan saya fully breastfeed.

    mcm mana ya saya nak buat?

  • Bonda Q says:

    Puan, mohon Puan untuk menghubungi saya terus untuk konsultasi. Kaunseling diblog agak membataskan maklumat yang perlu diketahui dan yang perlu disampaikan.

  • Kelly says:

    Puan, anak saya baru menjangkau 9 bulan..selepas mengalami batuk selasema yang agak teruk saya telah mendapatkan rawatan nebuliser diklinik.selepas rawatan anak saya langsung tidak mahu minum susu..hanya minum air kosong sahaja.bubur pun dia makan.cuma langsung tidak mahu minum susu.nampak je btl susu dah geleng2 kepala..saya agak risau dengan tumbesaran anak saya,

  • Bonda Q says:

    Jika dia tak mahu minum guna botol, cuba offer guna cawan

  • dina says:

    Assalamualaikum,

    Puan, anak saya 1 tahun.seminggu lepas demam campak,,sekarang dh sihat,tp lepas demam dia dah tak nak minum susu langsung,susu formula/ebm jgk.Tapi dia makan nasi, buah, sayur mcm biasa,cuma susu je tak nak.

  • Bonda Q says:

    emm, as long dia nak makan makanan yang lain sperti yang Puan cakapkan, rasanya tak mengapa jika dia tak mahu minum susu. kena pantau la pengambilan makanan dan minuman yang diambil agar memenuhi nutrisi yang diperlukan mengikut umur anak Puan.

  • Adela says:

    puan,

    saya turut mempunyai masalah yang sama dengan puan di atas. Alhamdulillah selepas membaca penerangan ringkas ni, lega sikit hati saya sebab anak saya hanya nak direct bfeed waktu malam (if weekend kalau siang pun hnya minum skjp shj tp kerap..)..

    cuma saya nak bertanya..jika anak saya mahu minum susu EBM waktu siang, dia hanya mahu yang sejuk sahaja..kita semua tahu susu kita perlu dicairkan melalui air suam..tetapi anak saya mahu minum susu tersebut setelah susu tersebut sejuk seperti air dalam peti ais..ada apa2 effects tak kalau die berterusan macam ini.susu yang dia minum pun daripada cawan. bkn dari botol lagi..corak peminuman dia mula berubah sejak dia masuk 12 bulan.

  • Bonda Q says:

    Rasanya kalau minum susu sejuk ni kebanyakan daripada kita takut baby kembung tapi kalau anak you tak ada masalah bila minum ebm sejuk, mungkin tiada apa yang perlu dibimbangkan.

  • mama iris says:

    Salam,
    saya fullbreastfeed baby yg berusia 3 bln. situasinya sejak 2 minggu ni dia langsung xnak minum driect dr badan, hanya minum dr botol. if try bagi juga dia menangis jerit2. dah cuba mcm2 cara, bagi masa mamai, skin to skin ctc, pujuk, ckp dgn dia..x jalan lah..buntudah, x tahu nak buat apa, saya ni full time di rumah sementara nak dpt maid. sedih sgt, peluang bf ada tp bby taknak, so skrg ni gigih mengepam. mohon bantuan idea dan pendapat

  • niera heri says:

    anak sya berusia 1 thun 7 bln,slepas dmam ( slesma n batuk doc juga ckp kerngkong merah ) anak sya langsung tak myusu( susu formula) adakah kerana dia mhidap tonsil atau liur mash pahit atau mau tukar susu jenis lain?atau ada masalah lain?

  • Bonda Q says:

    Berkemungkinan sebab tnsil dan rasa tidak selesa. Juga selsema dan batuk yang mengganggu pernafasan menyebabkan anak Puan rasa tidak selesa untuk menyusu.

  • Nurul says:

    Anak saya dh 1thun 5bulan…xnak mnum susu langsung…dia start mnum susu formula masa umur 5bulan…sbb susu dh kering…tap skrng dh xnk mnum susu..ssah hati sangt sya…sya ada suapkn nestum 3 kali sehari…dn ada mkn nasi kuantiti dlm suku cwan…adalah ia normal…kalo minum pon nk air sunquick or air ksong…jnji sejuk…

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
January 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.