Menyusukan Anak Angkat

Salam,

Semalam saya dan Dr. Ning ada melawat seorang ibu baru yang baru mengambil anak angkat. Comey babynya..geram saya tengok baby tu..cam nak bawak balik jer..hehehehe

Tapi yang saya nak cerita disini ialah mengenai azam ibu tersebut untuk susu kan babynya..Semangat ibu tu sangat kuat dan dia yakin dengan apa yang dia buat..

Menyusukan anak angkat ni sebenarnya kalau kita tengok skop yang lebih luas, ianya bukan setakat untuk menghalalkan hubungan sahaja tetapi perlu dilihat sebagai salah satu cara untuk mengikat kasih sayang dan merapatkan connection perasaan antara ibu dan anak. Juga sebagai memenuhi tuntutan dan keperluan bayi tadi dan juga sebagai cara untuk membantu ibu berasa lebih yakin dengan dirinya sendiri dan juga kepuasan bagi naluri seorang ibu.

Apa yang patut kita buat kalau kita ambil anak angkat dan kita nak susukan anak tu?

Pertama sekali kalau kita telah bersedia dan tahu yang kita akan menerima atau mengambil baby, ialah persediaan dari segi emosi dan kemahuan untuk menyusukan baby. Kemudian mungkin kita boleh mengambil pil hormon untuk menyediakan breast kita seperti dalam keadaan breast wanita yang mengandung untuk persediaan penghasilan susu. Untuk pengambilan pil hormon ini, adalah dicadangkan anda mendapat nasihat dan rujuklah kepada mereka yang pakar iaitu doktor agar tiada sebarang masalah dan komplikasi yang berlaku kerana bukan semua ibu sesuai untuk mengambil pil hormon ini. Ditegaskan sekali lagi bahawa bukan semua ibu sesuai untuk mengambil pil hormon ini. Jangan ambil keputusan terburu-buru yang boleh menyebabkan masalah lain pula yang hadir dalam diri dan kehidupan kita, ok?

Kemudian bila baby sudah ada dengan kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah cuba untuk meletakkan di dada kita ( both mama & baby must topless ya. This is to encourage skin to skin method) dan cuba melekapkan (menyusukan) mulut bayi pada breast ibu. Ini untuk membiasakan dan mengajar baby dan ibu dengan lekapan yang betul dan bukan setakat baby menghisap puting payudara ibu sahaja. Ianya juga bertujuan sebagai stimulasi kepada breast ibu untuk proses pengeluaran susu badan tadi. Seperti biasa hormon prolaktin akan melakukan tugas semasa proses ini berlangsung..

Pastikan posisi bayi/ ibu dan pegangan betul dan selesa agar proses penyusuan berlangsung dengan lancar.

Bila baby sudah melekap, cuba masukkan tiub alat SNS untuk bekalkan susu. Susu formula digunakan buat sementara waktu sebelum susu ibu mula terhasil.

Proses ini dapat merangsang (stimulate) breast ibu dan dalam masa yang sama baby tetap dapat susu aka makanannya. Bila susu ibu mula terhasil nanti, alat sns ini sudah tidak diperlukan lagi.

oh ya, sekiranya baby sudah biasa menggunakan botol sejak lahir, maka kita perlu juga mengajar baby untuk menggunakan puting botol dengan cara seperti baby yang menyusu susu ibu secara terus. Lidah baby perlu dipastikan berada dihadapan (mimik bayi yang menyusu badan) dan bukan di belakang. Atau ibu boleh menggunakan cara menyusukan baby menggunakan kaedah cawan.

Proses untuk menyusukan anak angkat ini bukanlah satu proses yang mudah dan perlu dilakukan dengan penuh sabar dan ibu perlu mempunyai semangat yang kuat untuk melaksanakannya. Sokongan padu dan kata-kata perangsang daripada ayah pula sangat diperlukan sepanjang proses ini dijalankan..

Perlu saya ingatkan bahawa proses ini mungkin akan memakan masa yang lama. Jadi ibu perlu banyak bersabar. Berdoalah pada ALLAH agar usaha ibu dan ayah akan berhasil dan baby dapat disusukan.

Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan kerana anda sememangnya sangat-sangat memerlukannya.

Bila anda berjaya, satu kepuasan akan terpancar. Bukan sahaja ianya menjadi satu kepuasan pada ibu, tetapi ayah, keluarga, kumpulan sokongan yang membantu anda serta sesiapa sahaja yang menyokong usaha anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak meneruskan usaha ini, ianya terpulang kepada anda dan pasangan. Tiada paksaaan dan tiada siapa yang akan marah dengan keputusan yang anda buat. Apa yang penting ialah anda mendapat maklumat yang betul dan melakukkannya dengan cara yang betul.

Yakin, tawakal dan banyakkan berdoa supaya ianya berjaya dilaksanakan.

Insya Allah.

Salam Kasih,

40 Responses to “Menyusukan Anak Angkat”

  • syarimah says:

    sy ada ambik ank angkat ni br umr 40 ari..dah mkn pil hormon tp xkeluar susu pun..kt mn nk dpt alat sns tu..

  • Bonda Q says:

    Salam Syarimahsya83,

    Alat SNS tu ada jual dibutik penyusuan dan juga online. Jika awak nak alat tu, akak boleh tolong orderkan untuk awak. email akak jika awak nak.

  • ikeen says:

    salam,

    dimana boleh kita dapatkan hormon untuk menghasilkan susu (prolaktin)? adkah gynea dapat membantu kita?

  • Bonda Q says:

    salam,

    boleh ke klinik Dr. Koe swee Lee (Paediatrician & IBCLC) di OUG, Jalan Klang Lama untuk konsultasi dan advise mengenai pengambilan hormon. Kalau kat PPUM, HKL, PUSRAWI, Azzahra dll juga boleh. Kalau di Segamat/Batu Pahat, kita juga dah ada Pead/IBCLC disana. Dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mulakan rawatan. Banyak perkara perlu dilihat dan diberitahu sebelum memulakan pengambilan hormon.

    Awak di mana? kalau tahu dimana, senang saya rujuk terus pada doktor atau Lactation Counselor/Consultant yang berdekatan.

  • Renna says:

    Assalamualaikum…saya ada pelihara anak angkat lelaki berusia 10 bulan lebih. Saya ingin menyusukan anak ini apa yang perlu saya lakukan dan saya punyai perasaan takut untuk menyusukan anak ini. Bantu saya untuk menyelesaikan masalah ini. Terima Kasih

  • Bonda Q says:

    Renna, boleh call saya untuk kaunseling. kaunseling di sini agak terbatas meklumatnya

  • masjulia says:

    assalamualaikum

  • masjulia says:

    assalamualaikum dmana kita boleh beli alat sns tu

  • summersheree says:

    Kalau menurut pendapat saya,jika kita sudah mau dan siap untuk punya anak angkat (terlebih bayi) maka kita juga harus sudah siap dan bisa untuk menanggapnya seperti anak kandung kita sendiri, dan tidak ada salah nya jika kita menyusuinya. Dan jika kita tidak atau belum bisa menghasilkan iair susu sendiri, kita bisa meminta bantuan dari ahlinya dan tentu saja tidak lupa berdoa kepada Allah.

  • Bonda Q says:

    summersheree,

    point yang sangat bagus gitu. Mekasih ya.

  • Bonda Q says:

    Ada jual di kedai online. Kalau mahu, boleh order melalui Baby N Me. Sebelum tu, boleh saya tahu, mengapa Puan memerlukan alat SNS yer?

  • jula aznan says:

    saya memerlukan alat sns tu siape boleh bantu

  • jula aznan says:

    saya memerlukan alat sns tu siape boleh bantuemmmmmmmmm

  • masjulia aznan says:

    saya memerlukan sebab insyallah saya akak mengmbil anak angkat x lame lg jd saye memerlukn untuk membiasakn bayi dngn penyusuan badan,,,,boleh bantu saya

  • masjulia aznan says:

    saya memerlukan sebab insyallah saya akak mengmbil anak angkat x lame lg jd saye memerlukn untuk membiasakn bayi dngn penyusuan badan,,,,boleh bantu saya
    ,,,,

  • ade sesiapa bolehh bantu amat memerlukn,,,,

  • Bonda Q says:

    masjulia, insya allah akak akan bantu. Kita dah bercakap dah pun kan? semoga awak berjaya. ikut saya panduan yang seperti akak maklumkan dalam perbualan telefon kita dan juga video yng diberi. perlu bantuan lanjut, maklumkan dan akak akan minta kawan-kawan yang berdekatan untuk bantu awak

  • zaiti daud says:

    saya bakal mengambil anak angkat tidak lama lagi…saya memerlukan panduan untuk menyusukan bayi tersebut…untuk pil hormon saya boleh dapatkan dari hospital tempat saya bekerja..cuma alat sns tu saya perlukan untuk lancarkan lagi penyususan saya..boleh saya ddapatkan dari pihak anda…tq

  • Bonda Q says:

    Boleh, sila lihat di webstore Baby N me. click banner yang ada di atas sebalah kanan blog ini.

  • solusi sehat says:

    sangat membantu infonya

  • ika says:

    sy akan mengambil anak angkat tak lama lagi. kat mana sy nk dptkan sns tu? sy perlu jmpa pakar laktasi kat mana? sy area kedah.

  • ika says:

    kat mana sy nk dptkan sns tu? sy perlu jmpa pakar laktasi kat mana? sy area kedah.

  • Bonda Q says:

    Di MLO Penang ada LC. Buat appointment dulu

  • Bonda Q says:

    Puan di area mana yer? Baby N Me ada juga menjual alat sns ini. Boleh tengok di online store

  • wa zura says:

    salam..

    akak, saya nak tanya n kalau boleh nak sgt tahu pasal penyusuan susu badan ni..harap akak dpt bantu.cam ni, saya baru lepas melahirkan anak kembar 4 bulan lepas..sekarang baby2 saya dh berusia 4 bulan..tetapi saya x dpt menyusu bdn.sekarang anak2 hanya bergantung kepada susu tepung shj.
    saya nak sgt susukan mereka.tetapi susu dh kering..anak2 x mahu hisap.mungkin sbb punting saya tenggelam n anak x mahu..anak2 hanya dpt sedikit shj susu bdn saya hasil drpd perahan..tp hanya sedikit n lama2 kering..
    bagaimana saya nk kembalikan susu badan dan sekurang2nya anak2 saya dpt menikmati susu ibunya..

    tq

  • Bonda Q says:

    Puan, tahniah kerana dapat bayi kembar. Baby dah 4 bulan ye? Boleh Puan hubungi saya di talian 016-3855189 utk saya dapatkan maklumat tambahan?

  • roses says:

    kalau di area jb di manakah saya bole dptkan SNS tu

  • zila says:

    as’kum..

    saya juga dlm proses nk mngambil anak angkat dn berhasrat untuk menyusukan baby.. nk tnya mcmana sy nk dptkn SNS tu dn berapa kos nyer…

  • Bonda Q says:

    Alat sns banyak dijual di online store dan harganya RM189.00/unit.

  • naira says:

    assalamualaikum. saya nak beli sns rm189 tu.tp saya tak jumpa dekat online store akak.mcmn saya nak contact akak ye

  • iza says:

    asslam….
    saya ada anak angkat yang berumur hampir setahun. saya dh makan pil hormon dah sebulan tapi belum ade hasil..ape yang perlu saya buat. kalau area shah alam dimana saya boleh dapat consultation ?
    tq

  • zilla says:

    Salam…..

    Di area seremban di mana saya boleh dapatkan pil hormon tu dan khidmat kaunseling? Dan dlm tempoh berapa lama untuk hasilkan susu itu?

    Terima Kasih

  • ifa says:

    salam…
    saya ada anak angkat boy sekarang dah berusia 1tahun4bulan tapi saya xberjaya susukan dia…so apa yang patut saya buat untuk susukan dia kembali sebab dia dah besar, cukup ke 3x kenyang???

  • shuhada says:

    assalamualikum puan ,sy shuhada, boleh saya tahu dimana saya boleh dapatkan suntikan hormone utk penghasilan susu.. adakah perlu sy berjumpa dengan pakar ONG n paeds dhulu.. boleh puan suggest the place.. sy di area kuala lumpur.. terima kasih puan.

  • Bonda Q says:

    Boleh jumpa dengan O&G

  • Bonda Q says:

    Assalamualaikum Puan Ifa. Selagi belum cukup umur 2 tahun qmariah (tahun islam), boleh lagi cuba untuk menyusukan. Puan juga boleh saudara sebelah Puan untuk susukan anak Puan. Ianya oeru 5 kali kenyang.

  • Bonda Q says:

    Kalau diSeremban, Ada 2 pakar Laktasi disana, Dr. Faridah dan Puan Suria Idayu. Dua-duanya di Senawang.

  • farah says:

    Assalam farah dari jb lg 3weeks saya akan ambil anak angkat saya duk area jb boleh tahu klinik mana yg ada buat suntikan hormon utk penyusuan

  • Zatul Ramzi says:

    Assalamualaikum,

    Saya kurang pasti klinik mana di JB. atau lebih tepat saya tiada maklumat mengenai klinik yang memberi servis yg Puan mahu di JB.

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
January 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.