Bagaimana Jika Anak Saya Tidak Mahu Minum Susu?

Salam,

Ini adalah jawapan daripada Pn. Kamariah Alwi,IBCLC , Konsultan Laktasi kepada soalan seorang ibu yang risau tentang anaknya yang berusia 2 tahun yang tidak mahu minum sebarang susu lagi (susu badan, susu tepung dan fresh milk):

Baca yer…

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!”

Semoga kita mendapat manfaat daripada tulisan beliau ini.

Salam Kasih,

51 Responses to “Bagaimana Jika Anak Saya Tidak Mahu Minum Susu?”

  • fiza says:

    Salam,
    sy rasa, ramai ibu2 merasakan kelangsungan minum susu ini penting kerana bayak faktor. Antaranya ialah:
    1. doktor n nurses beritahu susu adalah pilihan makanan berkhasiat selain sayuran dan buah-buahan
    2. anak2 sukar dididik untuk makan sayuran dan buahan
    3. junkies ada byk di luar sana, dan kadang2 dijual di sekolah, so parent dlm memastikan anak2 dpt makan berkhasiat akan melatih anaknya minum susu..ia senang didapati..Sayuran perlu dimasak dahulu, buah2 pula sukar untuk diperoleh yg fresh..

    ntahlah..sememangnya serupa dgn cabaran PC dlm kempen penyusuan susu ibu secara alami ini, seseorang ibu pasti akan tanya brand pump mana yg terbaik dan akan dpt hasilkan perahan yg banyak..milk booster mana yg terbaik..

    sekadar luahan..
    wassalam

  • Bonda Q says:

    Salam Fiza,

    Saya sangat setuju dengan pendapat u..
    Inilah cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh sesiapa pun dalam usaha nak educate masyarakat mengenai pemakanan berkhasiat yang betul. Apatah lagi breastfeeding yang boleh dikira agak baru dalam masyarakat kita walaupun sebenarnya ianya adalah amalan alami.

    Buat PCs, semoga tabah dalam usaha untuk marketing breastfeeding kepada masyarakat sekeliling anda.

  • murn!e says:

    salam,

    tapi macam mana pula kalo anak yang baru nak masuk 8 bulan tapi takmahu/susah minum susu. EBM/formula (kerana saya bekerja).anak saya hanya mahu minum susu direct dengan saya.itupun di siang hari, dia akan kurang minum.malam baru banyak minum.

    tapi saya sudah start solid pada ank saya. saya dah taktahu nk buat macam ne.

  • Bonda Q says:

    salam, berkemungkinan baby u mengalami growth spurt atau orang kata beralih bulan.. Juga ada kemungkinan anak u dah beralih menjadi reverse cycling baby ( baby hanya minum sikit pada waktu siang tapi pada waktu malam dia pulun habis). Pantau berat badan dan pembuangan najis dia. tengok aktif atau tidak baby you. Jika ada yang tak kena cepat bawa jumpa pead/ LC.

  • maslina says:

    anak saya sudah masuk 1 thn pd waktu siang tidak mahu minum susu direct by botol, harapkan malam sahaja bf full.saya bekerja. risau juga sbb tidak mahu susu yg saya bekalkan dan susu formula lain. makan dia o.k berselera. macamana yer..saya sudah tukar poteng, botol dll..

  • [...] menerima komen daripada post saya Bagaimana Jika anak saya tidak mahu minum susu? Soalannya berbentuk begini [...]

  • Bonda Q says:

    assalamualaikum,

    saya telah jawab di http://www.babynme.com.my/blog/?p=2196

  • aju says:

    saya ada masalah kerana anak saya lately ni hanya suka minum air putih. susu n cereal dia minum pun bila dah lapar sangat-sangat. umur baru 5 bulan.

  • Bonda Q says:

    Puan Aju, saya rasa bayi Puan Aju mungkin mengalami nursing strike. Jangan putus asa untuk menyusu semula. Ini hanya sementara. Cuba pujuk perlahan-lahan supaya dia kembali menyusu.

  • CHINTA says:

    saya mempunyai masalah anak sy skrg nie berusia 2 tahun 1 bulan, dua tiga hari baru nie dia mcm x nak minum susu.susu yg sy bagi nie susu formula jenama Dutch lady 123,dia da mula mcm geli dgn perisa susu tue.agak lama jugak la sy bagi susu dutch lady nie.erm..bebaru nie sy ade dpt sample susu formula jenama Sustagen.sy try guna.akhirnya dia minum jugak.mungkin budak2 usia sebegini mahukan kelainan dari segi perisa dan sebagainya.

  • Bonda Q says:

    Mungkin juga. Umur 2 tahun dah pandai demand juga tau..

  • jue says:

    SALAM,SY MEMPUNYAI ANAK YAG BERUMUR 6 BLN DIA MENGALAMI SEMBELIT BILA MINUM SUSU ISOMIL.WAK2 UMURNYA SBLN SY DE BG DIA MNUM SUSU FRISOLAC TP DIA BERKAHAK N SUSAH NK BERNAFAS SEHINGGA UMURNYA 3 BLN.SY BWK DIA B’JMPA DGN DOKTOR PKAR N DIA SYORKAN SY SUPAYA GUNAKAN SUSU BERASASKAN SOYA COZ ANAK SY TIDAK BOLEH MNUM SUSU LEMBU..SUSU APA YG SESUAI UNTUK ANK SY MNUM

  • sofie says:

    sy de mslh..bby sy baru 4bulan,tp dah 2,3 ari xnk minum susu..die mmg minum susu formula je..nape ye…nler bg susu,die geleng2..pastu wek blek..kalu air..1botl pun abih…cm ne nk buat ye?

  • effi says:

    anak effi skrg umur 10 bln…skrg ngah kena campak,,,mslhnye langsung xnk mimum susu tp bubur habis dia makan…cmne ye,,,

  • Bonda Q says:

    Puan, kalau dia tak mahu minum susu, cuba campur susu dalam bubur dia.

  • Bonda Q says:

    Cuba pujuk dia semula dan jangan beri air masak jika dia tidak minum susu. Bayi di bawah 1 tahun masih memerlukan susu sebagai nutrisi utama dalam diet mereka. Jika anak Puan telah mula makan makanan pejal, susu boleh diletakkan ke dalam bubur atau nestum.

  • Bonda Q says:

    Untuk makluman, susu formula apa yang sesuai diminum oleh anak Puan, adala sangat subjektif untuk saya jawab. Puan kena ‘try & error’ sehingga jumpa susu yang sesuai dengan anak Puan. Sebagai makluman tambahan susu soya tidak sesuai digunakan dalam tempoh yang panjang kerana nutrisi yang dibekalkan oleh susu berasaskan soya tidak sama dengan susu yang berasaskan haiwan.

  • mama vee says:

    hi…

    anak sulung saya sekarang berumur 2thn 6 bulan. dia ni stop menyusu since umur 8 bulan…i mean, semua jenis susu dia tolak…try beli FM yang tanpa laktosa, susu berasaskan soya, susu kambing…semua dia tak nak termasuk apa2 jenis makanan yg berunsurkan susu. sy jumpa paed. memandangkan memang dia termuntah bila cium bau susu, paed kata kena bagi makanan yg seimbang… sampai sekaran sy masih try berikan dia susu perisa coklat, sustagen, vitagen, yogurt, dan bermacam-macam lagi… mmg dia nangis2 tak nak minum. risau….

  • mama vee says:

    hi…

    anak sulung saya sekarang berumur 2thn 6 bulan. dia ni stop menyusu since umur 8 bulan…i mean, semua jenis susu dia tolak…try beli FM yang tanpa laktosa, susu berasaskan soya, susu kambing…semua dia tak nak termasuk apa2 jenis makanan yg berunsurkan susu. sy jumpa paed. memandangkan memang dia termuntah bila cium bau susu, paed kata kena bagi makanan yg seimbang… sampai sekaran sy masih try berikan dia susu perisa coklat, sustagen, vitagen, yogurt, dan bermacam-macam lagi… mmg dia nangis2 tak nak minum. tapi kalu bab makan, memang dia ok jer… especially sayur, mmg dia takda masalah. tapi saya risau….ada ke yang mengalami masalah sama dengan saya?

  • Bonda Q says:

    Umur anak dah 2 tahun 6 bulan, jadi keperluan nutrisi bukan hanya datang daripada susu tetapi makanan pejal yang lain. Selagi dia mahu makan, maka hidangkanlah dengan makanan yang seimbang. Insya Allah dengan pengambilan makanan yang seimbang, anak Puan akan dapat cukup nutrisi.

  • zila says:

    salam..anak saya berumur 1 1/2 thun dlam 2 hari ni dia dh tk mahu minum ssu…untuk makluman ssu enfagrow. sejak 2 hari lepas dia mcm nk muntah bila minum ssu..so asyik mintak air kosong je..saya risau sebab dia baru berumur 1 1/2 thun tpi dh tk mahu ssu

  • que says:

    salam..
    my son umur 1 thn 1/2 pun kurang nak susu..sy risau jugak..mmg kadang2 sy paks ajugak dia minum smpi nangis2 dia…sekarang mmg dia byk makan makanan lain seperti nasi, mee hoon, sup, buah2..air calciyum, air teh dan sebagainyer…cuma satu jer masalahnyer, dia kurang menyusu…berbeza pulak dgn abgnyer…masa abgnyer umur 1thn 1/2 sehingga 4 thn, mmg kuat menyusu botol…1.7kg susulbh kurang seminggu habis…tp, apabila dia stop susu botol, badannyer terus susut..skrg sy beri dia susu dutch lady full cream setiap hari…

  • Bonda Q says:

    dia makan banyak yer? jadi tak yah risau sebab sumber kalsium bukan hanya datang dari susu sahaja.

  • mas says:

    salam,
    anak saya baru umur 4bln, tp masalah skrg ni siang lgsung xnk minum susu formula..saya jadi buntu dan sangat2 risau la…macam mana nak selesaikan ekk.. buat pengetahuan, saya blk keje dlm pukul 5…530 dh smp uma.. so dr jam 530 smp la malam anak saya minum susu badan jek…jadi time siang dia langsung xnk minum susu formula.. tolong la saya…betul2 buntu ni.

  • Norhaslina says:

    Salam,
    Anak saya baru 3 bulan dan minggu depan masuk 4 bulan. dia mmg tak nak susu. Kalau bg pun masa curi2.. waktu dia tidor.. kalau dia mamai2 dia hisap tapi kalau dia sedar dia mesti tolok susu dgn lidah dia dan lagi best dia tepis je botol susu tu. Sy mmg risau sgt.. dan pernah jumpa doktor. Doktor kata mmg 5 atau 6 org ibu pernah datang jumpa kata anak tak nak menyusu.. doktor dah cek baby tu everything ok..tp sy sebagai ibu rasa amat risau bila baby sy tak nak menyusu… sbb dia pun baru 3 bulankan…. sekarang berat dia 5.7kg. Ada tips tak? minta tolong….

  • ainn says:

    salam..
    Ank saya 7 bln skrg.. Dia myusu formula sejak umo”4bln… Skrg dia kurang myusu kdg2 7jam pn bru 1 oz pling byk 3oz.. Beratny pling tinggi naik400gm. Bru2 ni sy bwa ank pg klinik utk check berat stiap bln dan berat hnya btmbh 100gm… Sy xtahu apa lg yg prrlu dilakukn… Bmcm2 susu tlh sy cuba ttp tiada prubahan. Sy cuba bwa jpe pkar ttp pakar mgatakn itu adlh naluri bayi n normal… Mcm mna ya

  • ummuthaqif says:

    As salam,
    baby saya sgt kurang dan susah minum susu since last week. Umur baru 4m 3w. saya akan bekalkan ke nursery 6 botol ebm (5oz/bottle) tapi biasanya akan habis 3-4 botol je.bl smpi rumah,die akan menyusu sekali or 2x, tu pn susah gak. bl tdo malam plak, lgsg tak bangun. Kalau saya kejut utk minum susu, takmoh buka mulut. sebelum ni die mmg kuat minum susu. weight 7kg++..
    kenapa ye? risau plak saya

  • Shida mohd says:

    Salam..
    Anak saya baru masuk 1thn. Masalah yer skg, anak saya langsung tidak mahu minum susu. Hanya juice anggur yg dicampur air shj. Dia juga telah mgambil nasi, cheese, potato n buahan dan sebagainya. Tp hanya dlm kuantiti sikit. Sblm ini anak saya minum S26. lama kelamaan dlm usianya meningkat 9-10bln dia semakin kurang myusu. Kemudian saya tukar kpd dugro yg ada tmbahan gandum. Mula2 ok kmudian semakin bkurangan hanya mgambil 1kali sekali shj. Baru2 ni saya tukar kpd sustagen lgsg xnak.

  • zura zuri says:

    Hmmm…bile sye bce mngenai maslah2 yg ibu2 tanggung nie..sye pikirkn..hnye sye sje yg mngalaminye..tpi…betul..ibu mane yg x risau bile ank x mau minum susu..da pndai tolak susu..n pandai nk minum minuman lain..ank sye umo 1 thn 5 bulan..sye seorang yg bekerja..so 5 hari dengan mak mertua saya..2 hari sje dengan sye..memang die da xnk minum susu..dlm botol die pon mak mertua sye tarok vitagen x pon air oren..ape boleh sye ktekan..sye trpakse trima..smpai skrang..sye cube tukar susu dugro asli ke coklat..pon die xnk…tp stakat ni ape yg sye makan…ank sye makan..die makan ape sje..febret die..pisang..klu dpt pisang smpai 4 biji mak mertua sye bg..tu pon sye risau jgk…tp klu ini normal..sye x perlu risau lg..trima ksih ats info yg diberi..:)

  • effa says:

    saya ade masalah ni..ank saya demam skrg ni then saya bg bf dia x nak langsung x tau knp.bile perah bagi kat nursery pn sm dia x nk mnum.. dia mnum susu formula je. umor dia baru 4 bulan. saya sangat risau,. apa perlu saya buat?

  • fara says:

    lega hati saya bila baca penerangan tentang masalah ni. anak saya pun baru berusia 2 tahun dah tak nak minum susu formula. sangat risau. terima kasih.

  • Bonda Q says:

    Sama sama. Anak anak saya juga banyak makan makanan berkhasiat dan tidak minum susu.

  • Bonda Q says:

    Assalamualaikum, Bayi yang jatuh sakit selalunya akan menolak untuk menyusu tetapi Puan boleh menyusukan bayi Puan dalam kuantiti yang sedikit dalam setiap penyusuan dan bukan seperti kuantiti rutin. Berikan dengan kerap supaya bayi tidak dehydrate. Tanya pendapat dan pandangan doktor berhubung pemberian susu formula kepada baby Puan. Terima kasih. Semoga anak Puan cepat sembuh.

  • Bonda Q says:

    Puan, boleh hubungi 016-3855189 untuk konsultasi. TQ

  • Bonda Q says:

    Ada bayi yang memang sanggup berlapar siang hari dan hanya menyusu susu ibu sepanjang malam . Baby ini dikategorikan reverse cycling baby dan selagi baby namapak sihat, aktif dan masih menysuu pada waktu malam, insya Allah tiada apa yg perlu dibimbangkan.

  • ibu miqael says:

    Assalammualaikum, camne ye baby sy baru 3bln 16ari dah xnak susu..bila bg dia suke tolak ngn lidah dia..puas pujuk nak habiskan sebotol (4oz)..biasanye 2-3jam sekali dia akan minum susu,tp skng 3-4 jam pon kdng tepaksa bg susu..itu pon kdng2 x habis minum..runsing sy..

  • hasniza says:

    As’salam, anak sy berumur 1thun sebulan dan masih menyusu badan. Setiap hari sy bekalkan hanya 3 botol BM sejak umur 2 bulan dan kdg2 abis, kdg2 tidak. Tp sy x risau sgt sbb mlm mmg dia akan menyusu byk.
    Cumanya kini sy risau bab pemakanannya, anak sy hanya suka makan kentang, nugget,hotdog, biskut iaitu mknn selain nasi. Sy juga ada cuba beberapa resipi utk menarik minat die tetap gagal. Sy risau sbb mkn yg disukainya kebanyakkanya kurang berkhasiat.
    Mohon pandangan dari puan. Terima kasih

  • Bonda Q says:

    Kena kreatif dalam penyediaan makanan. Cuba beri dia pegang sendiri makanan dan bawa dia sekali ke meja makana bila ahli keluarga makan.

  • ashikin says:

    Tlg ekin pls…ank ekin baru setahun….tp xnk mnyusu….perut dia xbleh trime ssusu…mang ade mslh alergic susu….xleh minum susu lembu..da tukar ke susu formula soya…tp still muntah2….dn ank ekin susah mkn…mcm mne ni…bleh ke stop susu??

  • Bonda Q says:

    Salam ekin, better bawa ke doktor untuk further check up.

  • norhayati says:

    salam sy nk btnya ank sy baru bumor 2thn.mula2 dia demam lepas dia baik dr demam terus dia xnk minum susu lg…klu minum pun 1hari adalah 2botol…tp alhamdullilah mkn nasi smua ok xada maslh…bila nmpk susu aje dia trasa nk muntah…dah cuba tkr susu lain tp tetap sama juga…klu sblm2 nie dia mmg kuat minum susu dlm 1bln 6kg susu dia…jd ape yg perlu sy lakukan skrg nie…

  • rahayu says:

    salam, anak sy berusia 1thn 4bln dan sy mmpunyai masalah anak tidak mahukan susu formula. Pelbagai jenis yg telah sy berikan..dia tetap menolak. Pemakanan jg dia kurang, sy telah memberi dia mkn nasi n sup ayam ttp jumlahnya hanye sedikit yg dia makan. anak sy jg hanya memakan sedikit roti n biskut. berat badan anak sy hanye 7.5kg. sedih betul sy..betul ke kata org jika ank tidak mahu minum susu formula tumbesaran nya akan terbantut, utk pengetahuan ank sy masih Bfeeding. dan malam full bfeeding. sekian terima kasih

  • sarah says:

    ank sy baru 3bulan setengah. dia skrg susah nk minum susu. tolong saya. bila bg susu,biasanya 3 jam sekali siap nangeh2 pdhal sebelum ni ok je dia habiskan 3oz. sy sgt2 risau… sy salu xtahan hati tgk dia xnk makan.

  • Ajani says:

    Assalam mohon dibantu..

    Ank sy baru setahun 5bulan masih menyusu badan dn sy pula skang mengandung hampir 8minggu…susu badan mmg makin makin drop dan stok ebm pun hampir habis…sy cuba ganti susu dgn susu badam, fresh milk tp anak sy tetap reject…anak sy sorg yg pemakan sayur buah nasi semua die ok…bile sy xbkerja sajalah time die dpt menyusu bila sy bekerja if ade stock die minum if xde die lebih rela minum air masak…patut kah sy bg je frsh milk coklat walaupun trdpt kandungan gula atau ade alternatif lain..mohon pencerhan terima kasih

  • lina says:

    Assalamualaikum. Lepas baca entry di sini sebenarnya ramai gak yang mengalami masalah sama mcm saya. Baby saya berusia 5 bulan lebih. Dia juga sukar menyusu. Bermacam cara saya lakukan sperti tukar susu dan tukar puting susu. Bila menyusu badan hanya ambil masa 5 minit sahaja. Semasa jumpa doktor berat badannya naik sikit shaja. Doktor sarankan top up dengan susu formula. Saya agar risau kerana dia kurang menyusu. Saya ada satu cadangan. Ini ape yang saya lakukan bila anak tolak botol susu dengan lidah. Saya gunakan syringe untuk bagi dia susu. Memang kena sabar….

  • bibie says:

    slm..anak sy bru 2bulan 10hr..mslhnya,anak sya lurang nak minum susu..kdg tu nak kasi susu pun dia akan menangis2 tolak2 tk nak susu..stiap kali susu pn hnya 1oz sja..kbiasaannya stiap 1jam dia akan susu 1oz.tp kdg tu lgsung tak nak smpai la 4jam.tlg sya

  • Bonda Q says:

    Puan Sarah, keadaan anak Puan sarah mungkin adalah fasa nursing strike (mogok menyusu). Adakah sebarang pertukaran minyak wangi/losyen/sabun/etc. Cari lah puncanya. Atau mungin juga kerana ingin tumbuh gigi. keadaan ini selalunya hanya sementara dan bukannya berlarutan. pujuk bayi perlahan -lahan dan ambil masa. Insya Allah, bayi akan kembali menyusu semula

  • Bonda Q says:

    Puan Rahayu, tidak mengapa jika dia tak mahu susu formula. memnadangkan Puan masih menyusukan bayi Puan dan dia juga ada mengambil makanan pejal.

  • Bonda Q says:

    Puan norhayati, anak Puan telahpun berumur 2 tahun, jadi susu bukan lagi menjadi keutamaan dalam dietnya. Lebihkan makanan pejal dan snek yang berkhasiat. Insya Allah.

  • Aien says:

    anak saya baru nak masuk 5bulan..tapi dari usia 3bulan kurang menyusu..kadang2 sampai 12 jam..ape patut saya buat..

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
August 2014
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.