Archive for the ‘Product’ Category

Supple Cups™- Alat Bantuan Bagi Puting Tenggelam & Leper

This is sticky post. For latest sweet story from ZHR & BABY N ME, please scroll down.

Thank you!

Assalamualaikum dan Selamat Hari Malaysia,

Hari ni saya nak perkenalkan satu produk baru yang juga alat bantuan penyusuan yang diimport oleh Bonda Q Enterprise daripada Amerika Syarikat aka USA. Produk ini adalah produk yang direka khas untuk membantu masalah puting tenggelam atau puting leper. Ianya boleh dipakai sejurus sebelum menyusukan bayi bagi mengeluarkan puting ibu yang leper atau tenggelam dan ianya juga  boleh berfungsi bagi membetulkan masalah puting leper dan puting tenggelam.

Nama produk ini adalah Supple Cups™.

Bonda Q Enterprise adalah pengimport dan pembekal yang telah dilantik bagi memasarkan produk ini di Malaysia.

Setakat ini, Supple Cups™ ini telah digunakan oleh Pakar Laktasi, IBCLC di dalam negara dan luar negara dan mendapat pujian kerana ianya ternyata sememangnya membantu ibu-ibu mengatasi masalah yang ada dan ibu dapat meneruskan penyusuan.

Type of Nipple

         Dengan bantuan supple cups, puting tenggelam atau rata akan dapat dikeluarkan dan penyusuan akan jadi lebih mudah.

Kalau kat Malaysia ni,  Dr. Hairin Anisa, Pediatrician & IBCLC  yang juga saya anggap sebagai Mentor saya dalam bidang penyusuan, juga memuji produk ini kerana keberkesanannya apabila pesakit beliau menggunakannya. Dah banyak kali dah dia ulang pesanan utk produk ni.

Jangan silap faham yer. Produk ini bukanlah digunakan semasa menyusukan bayi tetapi digunakan sejurus sebelum menyusu bagi mengeluarkan puting yang tenggelam dan bila puting keluar, tanggalkan dan susukan bayi. Ianya juga boleh membantu mengeluarkan puting ibu secara kekal dengan penggunaan yang kerap seperti yang disyorkan dan ianya tidak menyakitkan malah selesa dan senang untuk dipakai. Jauh bezalah kalau guna picagari atau syringe utk keluarkan puting ibu. Selalu ibu jadi takut utk guna picagari sebab tekanan/pressure yang kuat dan menyakitkan tapi dengan Supple Cups™ anda tidak akan rasa sakit dan suctionnya sangat lembut dan selesa.

Harga di pasaran juga sangat murah dan jauh berbeza dengan produk yang seumpama dengannya yang dijual sehingga RM200.00++ utk satu dan bukan sepasang. Pada awal pengenalan harganya, Supple Cups™ hanya akan dijual pada harga RM79.90 sepasang untuk tempoh 1 bulan selepas ianya dilancarkan mulai 15 September 2011 (esok tu!). Kemudian, harga akan kembali kepada harga asal iaitu RM85.90 sepasang. Sepasang yer bukan satu macam produk sediada yang dijual dipasaran. Ianya juga didatangkan dengan pelbagai saiz yang sesuai dengan keunikan saiz puting payudara ibu yang berbeza-beza. Ada saiz 1 hingga saiz 4 namun begitu setelah mendapat maklumbalas daripada beberapa pengguna awal, buat masa ini hanya akan ada saiz 2, 3 dan 4.

Bagaimana nak anggarkan saiz puting? Selalunya saya akan kata tengok jari kita. Kalau puting besar jari kelingking, maka anda pengguna saiz 2.  kalau sebesar jari hantu, maka anda pengguna saiz 3. Dan kalau sebesar ibu jari pula, maka anda sesuai menggunakan saiz 4.

Ini ukuran dalam cm dan inch.

Pada yang berminat untuk mendapatkan produk ini atau ingin menjadi reseller, boleh hubungi saya melalui telefon ataupun melalui email admin@babynme.com.my (buat masa ini sebab website saya masih under construction sebab major renovation so tak boleh la nak beli melalui e-store).

Oh ya, Supple Cups™ juga ada diiklankan di dalam majalah PA & Ma isu Oktober 2011 ini dan ada peraduan juga.

Syaratnya ialah berdaftar dengan Baby N Me dan juga perlu like page Baby N Me di Facebook aka Muka Buku. Oleh kerana webstore Baby N Me masih dalam proses baikpulih, maka pendaftaran perlu dibuat dengan menghantar emailkan yang mengandungi nama, alamat, no telefon ke info@babynme.com.my dengan subject  Supple Cups @ PA & Ma atau disini.

Jangan lupa dapatkan PA & Ma isu Oktober 2011 ini. Mana tau anda antara orang-orang yang bertuah yang akan mendapat hadiah-hadiah yang bernilai RM2,000.00 dari BABY N ME!

(Nota: penyusuan ibu sepatutnya bukan hanya merangkumi puting payudara tapi areola)

Salam Kasih,

PAY PAL @ BABY N ME

Assalamualaikum,

Diumumkan bahawa selain pembayaran melalui bank transfer dan seumpama dengannya, BABY N ME  kini menerima pembayaran menggunakan

kad kredit

dan

 

PAY PAL

Kad kredit tu bayar guna pay pal la ya. Mesin kami belum ado. So lepas ni jangan segan-segan utk shopping kat Baby N Me lagi yer…

Salam Kasih,

 

SPECIAL PRICE : Baby Khalifah Learning Series

Salam,

Wah ini ada SPECIAL PRICE untuk mereka yang berminat untuk membeli Baby Khalifah Learning Series dan nak dapat diskaun.

Setiap pembelian 5 unit Baby Khalifah Leaning Series akan dapat 5% Diskaun utk daripada Baby N Me.

SO apa lagi, meh pakat-pakat dengan kawan-kawan untuk sama-sama beli Baby Khalifah Leaning Series. JOM!!!

Baby Khalifah Learning Series

Asslamualaikum,

Baby N Me dengan bangganya mengumumkan kini kami merupakan pengedar sah bagi product Baby Khalifah Learning Series. Apa itu Baby Khalifah Learning Series? Apa yang boleh anak-anak kita dapat daripada Baby Khalifah Learning Series?

Perasan tak kita selalu suka belikan anak-anak kita CD yang ada Character cam Barney, Upin Ipin, Mickey Mouse, Dora The Explorer, Word World, etc. Ha, Baby Khalifah Learning Series ni pun macam tu la. Dia ada character yang dinamakan Aishah tetapi ianya lebih memberikan penekanan kepada asas pendidikan Islam khusus untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan Bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris.

Pengisian modul ini adalah Islamik yang merangkumi 6 modul iaitu

1. MyFirst Arabic

 2. MyFirst Solat

3. MyFirst Iqra

4. MyFirst Kalimah

5. MyFirst Adab

6. MyFirst Family

MyFirst Arabic

Melalui modul ini, anak-anak kita akan dapat belajar mengenai warna, bentuk, nombor dan hari.

MyFirst Solat

Modul ini pula, anak-anak akan diajar cara berwudhuk, azan,waktu solat dan arah kiblat, etc.

MyFirst Iqra

30 huruf dalam bahasa Arab akan diajar dalam modul ini

MyFirst Kalimah

Ucapan Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah dan Bismillah ada diajar dalam modul ini.

MyFirst Adab

 Ha, dalam modul ni pulak, akan diajar tentang kejujuran, kebenaran, kesabaran ,etc.

MyFirst Family

Dalam modul ni pula akan diajar salasilah keluarga dan, tanggungjawab dan adab.

Ha nak anak pandai English dan sekaligus mempelajari asas agama Islam, elok la kita pasangkan CD- CD yang berteraskan agama. Selama ni, kalau kita kata CD-CD dan character daripada oversea dan kita kata banyak membantu anak-anak kita berbahasa Inggeris dan mengenal huruf/warna, etc, kini product dari Malaysia yakni Baby Khalifah Learning Series + Aishah dapat juga berbuat macam tu. Bangga saya dengan usaha orang Islam Malaysia ni.

Berapa harganya? Harganya tak mahal, hanya RM90 untuk satu set lengkap. Dengan RM90 anda akan dapat 6 CD interaktif, 6 buku kerja, satu set kad imbas (flash card), penanda buku, satu set pensil warna dan juga pelekat kereta.

Untuk demo boleh klik BABY KHALIFAH LEARNING SERIES. Best tau.

Orang kata, kalau kita pentingkan pendidikan agama, yang ilmu duniawi yang lain akan datang dengan sendiri. Tapi kalau kita pentingkan ilmu duniawi dahulu, yang ilmu agama ni belum tentu akan sampai dan datang dalam hidup anak-anak kita. Jadi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.

Semoga anak-anak kita akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah, aminnnnnnn!!

Sesiapa yang berminat boleh email ke admin@babynme.com.my atau sms ke 016-3855189. Siapa cepat dia dapat!

Salam Kasih,

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (June 2010)

Salam,

Kelas asas penyusuan susu ibu untuk bulan June 2010 akan diadakan pada tarikh , waktu dan tempat berikut:

Tarikh : 19  June 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat : Bandar Putera

Topik yang akan dibicarakan ialah:

1.Apa istimewanya susu ibu?

2. Bagaimana menjayakannya

3. Kemungkinan, Kekangan dan Mitos dalam penyusuan susu ibu

4. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu

Maklumat lengkat tengok posting kat atas mengenai kelas tu yer…

Mommies & daddies, minta tolong war-warkan yer..

Salam Kasih,

Dah BERALIH ARAH :: MUKTAMAD

Salam,

Saya rasa dah dekat sebulan saya kurang buat post untuk blog ni. Bukannya malas dan tiada idea tapi internet connection aka CELCOM Broadband saya , walaupun di bayar RM98/month utk speed yang paling terlaju di dalam perkhidmatannya, ianya masih terlalu teruk dan sangat perlahan walaupun ketika itu saya berada di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Penyudahnya saya bertukar kepada DIGI broadband.

Walaupun kawasan rumah saya ala-ala tak berapa best connectionnya tapi DIGI Broadband masih laju daripada CELCOM Broadband tapi bila berada di kawasan ala-ala kategori bandar, mak aiii, laju bangat servisenya. Maaf orang CELCOM tapi itulah kenyataannya. You all kena baiki servis yang ado supaya pelanggan tak beralih arah cam saya ni ha..

Maka dengan rasminya kini saya adalah pengguna DIGI Broadband & juga talian telefon saya juga daripada DIGI..

Ada orang tanya mengapa suka pakai DIGI? DIGI murahkah?

Jawapan saya, ya DIGI murah dan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan DIGI sepanjang saya menggunakannya sejak 7 tahun yang lalu dan saya juga sangat berpuashati dengan layanan customer service DIGI sejak 7 tahun yang lalu.

DIGI, cam ner you all train you all punya staff ya? Very polite n helpful walaupun ada ketikanya saya menelefon dalam keadaan yang agak emosi…

CELCOM, may be lain kali kita bersama lagi yer..I sayang you, tapi u lem sangat..nanti kita bersama lagi yer.. Apa pun terima kasih kerana bersama I sepanjang setahun lebih ni yer

Bye

Salam kasih,

Wholesale

Salam,

Kali ini saya nak war-warkan kepada yang berminat untuk menjadi retailer & membuat pembelian secara wholesale barang-barang yang ada dijual di Baby N Me.

Sangat sesuai bagi yang baru nak mula berniaga. kalau ada yang berminat boleh email ke admin@babynme.com.my atau boleh call saya di 016-3855189.

Biar ramai lagi wanita yang berniaga.

Kelebihan menjadi retailer ialah url & contact no anda akan saya paparkan di website dan blog ini.

Meh ramai-ramai jadi usahawan.

P/s: biar mula dari kecil utk ambil pengalaman dan selok-belok berniaga..

 

Salam Bisnes,

Produk terkini Baby N ME. JUBAH MENYUSU UNTUK HARI RAYA.

Hari raya kian tiba tentu ramai ibu2 yg menyusukan BB mereka tercari2 jubah yg menarik dan memudahkan untuk Menyusu….di butik Baby N Me. Stok terhad dapatkan dgn secepatnya. Harga offer hanya sehingga 12 September 2009 sahaja.

Material: sutera cina Mempunyai zip ditengah hingga paras pusat Memudahkan untuk menyusu hanya menyelak ditengah2 dan selak dikiri dan kanan Andai tidak menyusu lagie jubah ini juga sesuai digayakan kemana sahaja Mempunyai corak yg menarik Berlengan panjang Mempunyai hanya 4 size sahaja..

Nota : Jubah ini mempunyai sedikit masalah di mana bahagian dalamnya telah dijahit terbalik. Oeh itu, jubah ini telah didiskaunkan sebanyak 30% disebabkan oleh masalah tersebut.

Keterangan lanjut sila lihat di online store BABY N ME kat www.babynme.com.my

jubah

opening jauh

opening dekat

Ukuran: S Bahu: 37.5cm / 14.6′ Ukur lilit dada: 86.5cm / 33.9′ Ukur lilit punggung: 101.5cm / 39.8′ Labuh tangan: 53.5cm / 21′ Labuh baju: 129cm / 50.5′

Ukuran: M Bahu: 40.5cm / 15.8 Ukur lilit dada: 93.5cm / 36.6′ Ukur lilit punggung: 104.5cm / 41′ Labuh tangan: 55.5cm / 21.7′ Labuh baju: 130cm / 51′

 Ukuran: L Bahu: 42.5cm / 16.6′ Ukur lilit dada: 99.5cm / 39′ Ukur lilit punggung: 107.5cm / 42.1′ Labuh tangan: 57cm / 22.2′ Labuh baju: 131.5cm / 51.6′

Ukuran: XL Bahu: 45.5cm / 17.8′ Ukur lilit dada: 102.5cm / 40.2′ Ukur lilit punggung: 111cm / 43.5′ Labuh tangan: 58cm / 22.6′ Labuh baju: 132.5cm / 52′

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2021
M T W T F S S
« Mar    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.