Archive for the ‘Qistina & Qaisara’ Category

Selamat Hari Lahir Qistina

Salam,

Sabtu lalu merupakan hari lahir Qistina yang ke 4 tahun. Alhamdulillah, dah besar anak ummi. Dah pandai bercakap dah..dah becok cam ummi gak..hahahaha..sendiri mengaku ni..

Kami sekeluarga tak ada buat sebarang majlis pada hari tersebut kerana saya agak sibuk bermesyuarat pada sebelah paginya. Qistina daripada jam 12 tengah malam pada 6 Mac 2010 hinggalah dia tertido pada 12 tengah malam 7 Mac 2010, asyik nyanyi lagu happy Birthday untuk diri dia sendiri. Siap minta basikal. Bila tunjuk basikal biasa tu, dia geleng kepala. Hahaha..dia mintak Basikal Barbie yang dia nampak kat Toy ‘R’ Us kat Mid Valley. Bapak mahal giler basikal tu.. Satu jer dah RM200++.. Tak per Qistina, nanti kita pau Mak Ngah Nosi yer..


ummi makin gemuk, kan? kena kurang makan junk food ni.

Qistina, Selamat Hari lahir. Ummi doakan semoga hidup kakak akan sentiasa bahagia, berjaya, sihat, penuh kasih sayang dan segala-galanya yang baik la. Sayang Kakak!

p/s: ummi sekali lagi dilantik menjadi ahli jawatankuasa Alumni PSA. Puas tolak, tapi kena juga. So kepada bekas pelajar PSA, sila daftar ke www.alumnipsa.net untuk menjadi ahli dan mendapat benefit daripada Alumni.

Salam Kasih Sayang,

Akhirnya diaperless

Salam,

Syukur alhamdulillah. Akhirnya Qistina dengan rela hatinya tidak mahu pakai diaper lagi. Sebelum ni memang dah tak pakai dah..Cuma time nak poo poo jer, dia mintak diaper..Time tido tu memang lama dah kami tak pakaikan. Memula tu memang terbabas gak sekali dua tapi lama-lama ok jer tido tanpa diaper sebabnya kami (saya n hubby)selalu terlupa nak pakaikan dia diaper time tido.Bila bangun pagi, tengok tak basah pun tilam so dah jimat la…

Sejak kemarin, kami belikan dia diaper yang termurah dipasaran sebab hanya nak pakai time poo poo. So petang semalam, bila dia minta diaper sebab nak poo poo, saya beri la diaper murah tu. Lepas tengok jer diaper tu, terus tak jadi nak poo poo. Bila dah jadi cam tu saya saja psyko Qistina, saya suruh dia poo poo kat toilet dia (beli lama dah..sejak blum ada Qaisara lagi), macam bila dia nak pee pee (pee pee boleh dalam toilet tapi poo poo tak leh sebab dia geli). Disebabkan dah tak tahan nak poo poo kot, dia terus setuju utk poo poo dalam toilet dia.
Yeayyy..akhirnya..dah tak perlulah kami beli lagi diaper untuk Qistina..Berjaya diaperless sebelum 4 tahun.. hehehe..beberapa hari jer lagi dia nak 4 tahun pun..Walaupun lambat,Tahniah tahniah ummi…Tahniah Qistina..

Sebagai reward kepada Qistina yang dah pandai guna toliet sepenuhnya, maka saya beri dia aiskrim strawberi dan juga mandi pink pool kecil kat depan umah.. Adik, apa lagi, tumpang sekaki la…

Qistina & Qaisara – 1st Time Jumpa Dr. Gigi aka Dentist

Salam,

Dalam saya tidak sihat dan tidak boleh mengangkat berat yang melebih 5 kg atas saranan Pakar Otopedik, Saya gagahkan juga untuk memandu dan membawa anak-anak saya ke dentist buat pertama kalinya. Bukan apa masa saya bercuti ni la yang ada masa untuk bawa jumpa Dentist. Seminggu yang lepas, saya asyik berulang ke hospital untuk buat fisio. So seminggu yang ada ni, saya akan cuba siapkan kerja-kerja saya yang belum selesai. Minggu hadapan dan mula kerja semula, takut tak sempat pulak.

Macam-macam ragam anak saya masa jumpa dentist. Qistina yang excited terlebih nak jumpa dentist, akhirnya jadi penakut bila tengok kerusi yang digunakan untuk rawatan. Memang tak mau duduk mulanya. terpaksa la Qaisara yang cinonet tu dulu naik kerusi untuk check up. Tapi masalah lain la pulak. Dia tak mau buka mulut. Jenuh la Dentist tu dan saya pujuk supaya dia buka mulut.. Dah dekat 5 minit baru nak buka sikit.. Sabar jer..

Bila sampai giliran Qistina sekali lagi, masih gak dia tak mahu naik duduk di kerusi rawatan. Terpaksa didukung dan diletakkan ke kerusi. Tapi cepat aja  Qistina buka mulut tanpa disuruh bila duduk di kerusi..hahaha. funny..

Kalau ikut saranan pergigian anak-anak kita disarankan untuk dibawa ke dentist sewal dia tumbuh gigi. tujuannya sebagai membiasakan diri mereka dengan rutin tu. Tapi tu la, saya ni, anak dah nak masuk 4 tahun, baru ada kesempatan..Selalunya saya bawa diri saya sendiri jer, curi-curi masa dalam waktu rehat pejabat. Kira Qaisara bernasib baik la sebab seawal setahun lebih umur dia, saya dah bawa ke berjumpa Dentist.

p/s: Dentist cakap gigi Qistina dah start ada lubang kecil di belakang gigi disebabkan minum susu sebelum tido.. Gigi Qaisara pulak, OK walaupun nampak besar skang ni sebab nanti bila saiz badan dia besar, gigi tu nampak ok. So kepada antie antie noti yang selalu ejek Qaisara, dah paham kenapa gigi dia nampak beso?

Salam Kasih,

Taska Baru

Salam,

dah masuk seminggu lebih dah anak-anak saya di Taska baru. Taska ni terletak di dalam kawasan Pantai Dalam (Pantai dalam ka? Ya kot.. :D ) dan berdekatan dengan Pantai Hill Park. Taska ni dulu kepunyaan arwah kawan sekelas dan seasrama dengan saya, Halimah Abas semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak. Namun Arwah lebih disayangi oleh Allah dan telah dijemput mengadapNYA kerana Kanser Limfoma. Kini taska ini diambil alih oleh suami arwah.

Pagi hari pertama anak-anak di Taska ini, kedua-duanya menangis tak hengat donia.. Punya kuat tangisannya. Tapi hati ‘mak’ dah keras dah skang ni. So ‘mak’ sampai hati gak la dan tinggalkan juga derang kat situ. Saya kena bekerja kan?

Hari kedua, sudah tiada tangisan daripada kedua-dua anak saya. Kira ok la tu ek.. Masuk seminggu saya lihat dah makin hepi dan saya juga bertanya dengan ‘teacher’ derang, macam mana perkembangan anak-anak saya. So jawapannya dah makin positif. Macam Qaisara, teacher dia kat dah mula nak main dan bergaul dengan bebudak yang lain. Tak la macam masa awal-awal dulu. Diam ajer dan kurang main. Qistina? huh, masuk hari ke 3 kat taska dah mula panjat susur tangga dan buat gelongsor. Terlebih suka namanya tu.. Kemarin tanya belajar apa hari ini dan dia jawab A besar a kecil. So kira ok la.

Oleh kerana saya terlebih excited untuk anto anak-anak ke Taska baru maka saya hadiahkan la beg BARBIE baru untuk keduanya. Maka gumbira tak terhingga la anak-anak.

Taska ni merupakan rumah teres 2 tingkat. So senang sikit saya nak ambil bebudak.  Parking je depan gate dan keluar terus bawa masuk dalam umah. kalau dulu, kena parking dulu. turun bukit sikit dan baru sampai taska. Lega la sikit skang ni kalau hujan sebab tak de ler saya lencun lagi.

Salam Kasih

p/s: Dah 2 hari anak-anak cuti ke Taska dan kami sekeluarga berkampung di Putrajaya di rumah Angah. Anak-anak saya dijaga oleh Mama & Papa yang memang tinggal dengan Angah. Ini kerana saya sedang berkursus untuk Breastfeeding Peer Counselor Program di Sri Kembangan selama 6 hari. Nanti saya cerita pulak pasal kursus ni yer..

 

Tukar Nursery

Salam,

Alhamdulillah, Qaisara dah recover daripada Broncholitis. Rabu minggu lepas buat follow up dan Doktor Yasmin dah confirmkan yang dia dah recover. Saya juga mengambil kesempatan untuk jap imunisasi Qaisara. Lambat jap sebab Qaisara asyik selesama dan batuk sejak berumur setahun dan tambah dengan ke’bz’an saya n hubby.

Minggu ni saya n family berulang alik daripada Putrajaya – KL – Klang selama seminggu. Anak-anak dijaga oleh Mama &  Papa yang tinggal dengan Angah di Putrajaya. Ini disebabkan Taska anak saya tutup lagi. Nak cuti-cuti malaysia katanya. Tak apa ler..Tak jumpa lagi la nampaknya..

Tahun depan, anak-anak saya bertukar nursery. Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor-faktor ini :

1. Taska itu sekarang ada perbezaan bayaran mengikut pendapatan ibubapa. Kalau household punya gaji melebihi RM2K, boleh bayo murah. kalau melebihi RM2K kena bayo mahal. Tak apa ler tapi macam mana layanan, makanan dan kualiti jagaan serta adakah orang yang mengasuh anak saya akan bercakap dalam bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di Taska tersebut? Rasanya tak kot.. Layanan yang bayo mahal dengan yang bayo murah  , samerrrrrrrrrrr ajerrr..

namun begitu, saya masih boleh terima perbezaan bayaran ini kerana memahami apa yang mereka cuba buat. Tolong orang yang kurang berkemampuan. Masalahnya saya tengok rata-rata mak pak yang anto anak kat situ sumernya kete beso-beso dan ada 2 kereta. Ada ker yang household kurang RM2K? So secara tak langsung, Taska ini telah membantu Mak pak yang anto kat situ untuk belajar menipu..Tipu slip gaji lerrr..adjust sana sini agar nampak gaji kureng daripada RM2K..Tambah lagi satu ‘pahala’

2. Taska tutup hari Sabtu mulai tahun depan. Ini memang saya tak boleh nak tolerate sebabnya saya dan suami bekerja pada hari Sabtu. Kalau tutup, mana saya nak letak anak saya masa hari Sabtu? Takkan nak bawa ke opis? Opis saya pada hari sabtu, sama sibuknya dengan hari hari lain. Kalah pejabat YB atau kaunter SSM.

Atas alasan itu, saya dn hubby memutuskan utk bertukar nursey. dah rikki dah. dah daftar dah..Nanti saya cerita Taska mana yer..

namun begitu, saya nak ucap terima kasih kepada semua pengasuh anak-anak saya especially pada Kak Midah (kak, Perdana Menteri saya kata kena pindah juga la) , kerana mengasuh dan menjaga anak-anak saya selama 3 tahun saya menggunakan khidmat taska ini. kak midah ni antara orang yang terlama bekerja di taska ini dan dia juga antara pengasuh yang dapat dan berkesempatan menjaga kedua-dua anak saya. Anak-anak saya pun sangat senang dengan dia dan panggil dia MAMA. Sedih hati saya melihat kak midah menangis masa hari terakhir anak-anak saya di taska. “Kak midah, cecepat sikit bukak taska sendiri yer. Nanti saya hantar bebudak kat Taska akak.”

Juga terima kasih kepada yang lain-lain. ada la perkembangan yang saya suka lihat pada anak-anak saya semasa dia orang kat sana. Qistina terutamanya kerana dia yang dah 3 tahun kat sana. Dia dah pandai baca  alif ba ta sampai habis, baca fatihah, baca doa makan, nyanyi lagu-lagu rakyat lama, nyayi lagu-lagu berkenaan keagamaan, lagu nabi muhammad dan etc.

Juga terima kasih kerana sudi melayan Qistina yang suka bercakap dalam bahasa inggeris walaupun pengasuh-pengasuhnya tak fasih berbahasa inggeris.

Jangan ambil hati dengan teguran dan komplen saya selama ini. Komplen dan teguran saya adalah untuk kebaikan bersama dan secara tak langsung, pihak Taska akan dapat memperbaiki kelemahan yang ado, kan..

So, saya akan mula menghantar anak saya ke taska baru pada 31 Disember ini kerana pada hari tersebut Mama & Papa tak dapat jaga anak-anak saya kerana perlu ke Seremban pada hari tersebut.

nanti kita tengoklah macam mana anak-anak saya cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini..harap semua ok la

Salam,

Hak Kanak-Kanak

Salam,

kali ni saya nak kongsi tentang hak kanak-kanak. rasanya ramai diantara kita yang kurang tahu mengenai hak atau akta berkaitan.Ini merupakan Artikel 12 Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang disiarkan didalam Utusan Malaysia pada Khamis 19 november 2009 yang lalu.

  1. Semua Kanak-kanak berhak menzahirkan pandangan. termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, minoriti, migran dan pelarian.
  2. Orang dewasa harus belajar mendengar. Sesetengah masyarak mendidik hanya untuk dilihat bukan untuk didengari. Tetapi kanak-kanak selalunya mempunyai maklumat dan pandangan penting
  3. Kanak-kanak berhak terlibat dalam keputusan membabitkan kehidupan mereka.Pandangan dan kebimbangan anak mesti diberi perhatian dan diambilkira.
  4. Lebih penting keputusan itu, lebih penting anak terlibat. kanak-kanak perlu dilibatkan dalam keputusan membabitkan pendidikan, penjagaan an dan keluarga.Apatah lagi perkara seperti penjagaan alternatif, proses anak angkat,imigresen dan perlindungan.
  5. Hak kanak-kanak terhadap sumber perlu dilindungi. anak yang menyara kehidupan sendiri berhak ke atas pendapatanya itu, begitu juga dengan mewarisi harta pusaka.

Oh ya, kalau ada yang tak tahu, Malaysia juga mempunyai akta berkaitan hak kanak-kanak iaitu Akta Kanak-Kanak 2001. Antara yang menarik perhatian saya ialah, hak yang ini :-

Jika anak tidak pernah didera secara fizikal tetapi asyik disuruh diam atau tutup mulut, kanak-kanak itu tergolong sebagai mangsa dera.

emm..lepas ni kena bagi anak bercakap jer la yer…So nursery yang asyik suh bebudak diam dan duduk diam tu, sila ambil maklum yang anda sebenarnya telah melanggar hak kanak-kanak dan mendera kanak-kanak tersebut. Ingat tau..

Hepi Besday Hubby! Surprise yang tak menjadi.

 

Salam,

Semalam besday hubby.
Kononnya saya nak wat suprise pada hubby dengan belikan kek dan masak masakan yang direquest untuk dimasak pada hujung minggu ni.
Kek dah beli dan disimpan dalam peti fridge. Tunggu hubby balik dan tunggu nak wat suprise jer masa dia tengok berita jam 8.
Tetiba masa maghrib tu, bila hubby balik, Qistina kecoh. Puas saya suruh dia diam dan kata ini suprise untuk Abah. Dia kata, ok, surprise ya ummi..

Lalu dia pi depan duduk depan tv. Senyap jer dia. Jam 8 lepas solat Maghrib, Hubby duduk tengok tv. Nak tengok berita.

Tiba-tiba ‘”Abah, ada surprise. ada kek dalam fridge. Abah, come and let see the cake, please.”

“Hahahahaha, pecah lubang” kata hubby..
Hampeh, terus amik kek, dan nyala lilin. kami (saya dan Qistina) nyanyi hepi besday utk hubby sambil bawak kek ke  hubby.                                     

Sampai jer depan hubby, Qistina jerit, “ABAH, SURPRISE!!!
hahaha..gelak saya dan hubby..nak surprise mende kalau hubby dah tau…

emmm..memang sah la Qistina belum tau apa makna surprise..Sabo jer la dengan Surprise yang tak menjadi tu..

kek abang

HEPI BESDAY, HUBBY! Luv u always.

Video Perjalanan 9 bulan

Hari ini, ibu saudara saya telah menunjukkan satu video yang sangat menyentuh hati, naluri dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Tatkala melihat video ini, saya terkenangkan kedua anak saya yang berada di taska..Ahh..Rindunya..Rasa nak cepat-cepat peluk mereka.. Video ini adalah video asal. Yang saya lihat sebelum ini telah diedit dan lebih pendek. So ibu-ibu mahupun ayah-ayah diluar sana, lihatlah perjalanan kita sebelum dilahirkan ke dunia ini…SAYA SANGAT SANGAT SUKA VIDEO INI. Terima kasih kepada yang membuatnya…

 ini pulak versi yg telah diedit:

 

Touching sangat kan? Meleleh air mata bila menonton video ini…To my mama, “MAMA, I Love U So Much!” & To both of my Girls, “Ummi Loves You Both Too..Loves U so Much!!”

Qistina - first day
Qistina di hari pertamanya

qaisara on her first day

Qaisara di hari pertamanya di Dunia

 

Salam Kasih,

Cerita Hari Raya & Majlis Harijadi Qaisara Madihah

Salam,

Alhamdulillah,  saya sekeluarga menyambut kegembiraan berganda pada 1 SYAWAL yang lalu dengan perayaan hari raya Aidilfitri dan juga Hari lahir Qaisara. Tak sangka diam tak diam dah 1 tahun dah Qaisara..dah besar tapi body Qaisara maintain cute gitu..kecik molek jer..Kalau tengok live memang tak sangka dia dah 1 tahun sebab kecik bangat..Kata Pead, jangan risau sangat pasal size dia sebab ummi & abah pun saiz ala-ala comey gitu (perasan betul kan :P hehehe). Ala janji sihat, kan adik..

So masa 1 syawal tu, kami buat la sikit majlis potong kek untuk Sara kat umah atuk Sara kat Kampung Melayu, Kolumpo..ala hari rayakan, so yang ada dalam majlis tu sepupu-sepupu Qaisara & Qistina la..

nyanyi besday sara

family ku dpan kek

Kami bertema biru di pagi 1 SYAWAL

mak, ayah, anak & menantu 2

Keluarga mertua yang balik raya tahun ni..

Seronok sambut satu Syawal kat KL ni. Still rasa cam kat kampung.. Still ada takbir dari rumah ke rumah, stil ada kunjung mengunjung, still ada dengar mercun berdentum pada sepanjang malam raya & raya pertama.. Bebudak pun ramai yang datang raya..Ntah la, may be sebab sedara-mara hubby terchenta kebanyakkannya kat KL dan dia memang orang jati KL  so kemeriahan tu tetap terasa macam raya kat kg.

sedara mara abang

Sedara mara hubby yg datang.. Reramai duduk kat dapur.

2 Syawal, kami bergerak ke Seremban dahulu untuk konvoi bersama mama  & papa serta adik-beradik saya ke Johor Bahru. Singgah umah Pak Ngah saya kat Senawang dulu sebelum tu..beraya dulu..Makan nasi la..lauk ayam masak cili api..pehhh..tambah samapai 2 pinggan bila makan lauk ni..Jilat pinggan seh..

kat umah pak ngah 1

abg, pak ngah, papa & farid

Qis & Qai

Tema pink pada 2 SYAWAL..kaler busan sebab every year kaler ni..

Lepas kenyang makan kat Senawang, bergerak plak ke Johor Bahru, rumah nenek saya..ada yang tau Bakar Batu? ala dekat dengan kem Majidee tu..ha, umah nenek saya kat sana la..lagi terasa meriahnya kat sana sebab sedara sumer balik sampai tak muat umah dah..

Kemudian pada 3 Syawal, kami adakan lagi majlis potong kek harijadi Qaisara + Qistina di Johor Bahru di rumah ibu saudara saya..Meriah beb sebab sedara mara ramai masa tu..Mak Eton, mekasihhh..

nyanyi lagu besday (johor)

Qistina & Qaisara depan Kek

 tanda nama kek

dila tolong potong kek

Raya ke 4 tu round JB umah sedara mara yang buat open house..pas tu terus gerak pi umah kakak ipar kat Seremban 2. Letih beb..tido 2 malam kat sana pas tu balik Klang semula..

yang sedihnya, bila nak balik Klang tu, ada my good friend, Ida Murni panggil datang umah parents dia petang tu tapi tak sempat nak pergi sebab dalam perjalanan lagi…Jeles tengok gambar derang bergather-gather (hahaha, bahasa inggeris di melayukan la ni)  kat TTDI, KL..Girls (ida, zarina & ila), I miss you all la..bila nak datang umah aku?

dari kiri : zarina, baby izz, ila & ida

Aidilfitri kali ini sesungguhnya memberikan pelbagai kenangan manis buat saya dan family. Semoga tahun depan masih begini dan masih dapat saya temui Ramadhan dan Syawal lagi bersama-sama keluarga saya.. Aminnn..

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!!

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2024
M T W T F S S
« Mar    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.