Archive for the ‘Cloth Diaper’ Category
Tahniah Atas Kejayaan Acara The Great Cloth Diaper Change KL, Malaysia 2011 Utk World Guinness Book Of Records
Tahniah! tahniah kepada pihak penganjur acara The Great Cloth Diaper Change KL yang telah berlangsung pada 23 April 2011. Mereka telah bertungkus lumus menjayakan acara ini sejak pagi 23 April sehingga 1 pagi 24 April 2011.
Macam-macam ragam dan macam-macam hadiah yang mommies bawa balik di majlis ini. Semasa acara sebalah malam yang bermula pada 10 malam, saya teruja melihat mommies dan babies yang datang begitu bersemangat. Tak lupa juga daddies serta anak-anak mereka yang lain yang turut menemani mereka menjayakan acara ini. Paling special ada yang datang pakai baju tidur you! hehehe..actually ianya memang digalakkan. Special betul.
Banyak betul sponsor yang participate dalam acara ini, tanda betapa seriusnya para AJK bekerja. Best.
Saya selaku witness yang bekerjasama dengan Dynas Mokhtar sangat teruja melihat baby yang ditukarkan lampinnya. Tetap maintain tido walaupun their mommies spray air semasa menukar lampin. Agaknya babies ni bisik dalam hati “mummy, buat la apa pun, baby ngantuk ni, nak tido gak” agaknya la kan, hehehehe.
Saya & Dynas diminta bersama-sama memotong kek tanda simbolik perasmian acara.
Ini Teddy Bear Cake yang kami potong. Cantik sampai sayang nak makan, kan?
Satu lagi kek cantik.
Masa ni kami tengah tunggu acara untuk cabut no bagi cabutan bertuah & penyampaian sijil. Muka Dynas sikit pun tak berminyak. Muka saya? macam boleh buat menggoreng ek?
Masa ni saya cakap dengan Dynas “Dynas, i pendek ler” n Dynas jawab sambil tergelak “actually I yang terlebih vitamin” hehehe.Humble & pandai dia susun ayat nak sedapkan hati saya.
Meriah memang meriah. Yang membanggakan acara ini boleh dikategorikan acara 1 Malaysia kerana kaum Cina, Melayu dan India bersama-sama menjayakannya. Kagum saya dengan usaha pihak penganjur. Great event and great jobs girls!
Saya dan Dynas bersama pihak penganjur. You all rock, mommies!
Oh ya di event ini juga saya jumpa PC MBfPC dan juga kawan-kawan lama dari Susuibu.com macam MummyLina, Nik Medai, Salwa, Shida Shahida, Fathin (kalau ada yang tak perasan tu minta maaf yer, ramai la u). Seronok dapat jumpa u all.
Lina yang masih dalam pantang tetap turun padang menguruskan tempat. Lina, ingat pesan akak tau.
Hanz & Saya. Hanz ni orang kuat majlis ni tau.
Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, kerana sudi menjemput saya sebagai salah seorang saksi acara ini bagi pihak Malaysia bagi tahun 2011. Ianya menyeronokkan dan Tahniah sekali lagi!
Update info (27 April 2011):
Majlis ini juga mendapat liputan akhbar-akhbar. Salah satunya ialah Harian Metro yang dikeluarkan 4 hari selepas majlis iaitu pada 27 April 2011. Boleh baca di harian Metro online dengan klik gambar dibawah ni
Salam Kasih,

Acara The Great Cloth Diaper Change (Guiness™ World Record Diaper Changing Challenge)
Assalamualaikum,
Kepada Cloth Diaper practicioner, satu acara yang dinamakan The Great Cloth Diaper Change (Guiness™ World Record Diaper Changing Challenge) akan diadakan pada 23 April 2011 di Sriptory Box, Level 1, Wisma Bling Lustre, Taman Meranti Jaya, Puchong.
Pada sebelah pagi ada talk & banyak booth yang dibuka dan anda dijemput hadir.
Pada sebelah malam pula akan diadakan Great Cloth Diaper Change World Record breaking Event akan diadakan mulai jam 10 malam – 1 pagi. Untuk acara ini, kepada yang berminat nak pecahkan rekod dunia, boleh la register di gcdcmalaysia@gmail.com.
Untuk acara ini juga, Alhamdulillah, saya telah dijemput oleh pihak penganjur sebagai one of the witnesses. Oh ya, pagi tadi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur yang saya akan berkolaborasi bersama pelakon terkenal yang juga pro breastfeeding mother, Dynaz Mokhtar sebagai saksi acara ini.
emm, saya juga dimaklumkan oleh pihak penganjur yang sebelah siang Dynaz juga akan memberi talk berkenaan Breastfeeding in Public.
Acara ini kalau tak silap saya mendapat liputan media electronic seperti rancangan Si Kecil Ku Chak (TV3) dan Wanita Hari Ini (WHI) dan juga liputan melalui media cetak iaitu, Harian Metro.
So ibu dan ayah yang berminat, maklumat lanjut boleh bertanya kepada ClothDiaperMsia@gmail.com.
Jumpa disana.
Salam kasih,
