Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Lama Bersawang

assalamualaikum,

Apa khabar? Lama saya tak menghapdetkan blog saya ni, kan? Mood lari ler..Padahal banyak peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup saya sepanjang 1 bulan yang lalu. nanti saya hapdet dengan kadar segera yer..

Mood: rindu nak berblogging

Saya dapat Niece

Assalamualaikum,

Pada Sabtu lalu saya telah mendapat anak saudara yang pertama dari sebelah keluarga saya (sebelah husband, dah ramai dah..).

Alhamdulillah, baby dan mummy sihat. Lahir secara normal dan berat baby 2.83kg. Oh ya, dapat baby girl la..


Nama baby ialah CINTA NUR MEDINA

 (macam rupa Qistina masa baru lahir la)

Jari Cinta dan Jari Bonda. Keciknya jari dia kan?

Qistina dan Qaisara excited dengan kelahiran cousin derang ni. Tak habis habis cerita pasal baby Cinta. Macam dapat adik baru la derang tu…

Alhamdulillah, baby pandai breastfeed dan mummy Cinta tetap utuh breastfeed Cinta walaupun sedang bertarung dengan kesakitan puting luka. Jenuh Bonda betulkan lacthing dan positioning Cinta dan Mummy. Semoga lepas ni tak de luka lagi la..

To mummy Cinta, sorry sebab hanya dapat melawat dan check breastfeeding positioning dan lacthing pada hari kedua kelahiran Cinta Nur Medina. Bonda kena attended Seminar Breastfeeding di PD, N9 la sayang… tu yang sampai luka puting mummy Cinta tu.

To Mummy dan Daddy Cinta Nur Medina, tahniah dan selamat datang ke dunia Keibubapaan!

SPECIAL PRICE : Baby Khalifah Learning Series

Salam,

Wah ini ada SPECIAL PRICE untuk mereka yang berminat untuk membeli Baby Khalifah Learning Series dan nak dapat diskaun.

Setiap pembelian 5 unit Baby Khalifah Leaning Series akan dapat 5% Diskaun utk daripada Baby N Me.

SO apa lagi, meh pakat-pakat dengan kawan-kawan untuk sama-sama beli Baby Khalifah Leaning Series. JOM!!!

Qistina punya cerita

As Salam,

Jarang saya nak bercerita mengenai anak-anak kan? Bukan tak mo cerita tapi saya ada reason saya sendiri mengapa jarang nak bercerita mengenai anak-anak. Segan pun ada sebab anak-anak saya pandai tapi tak la sepandai anak orang lain, kan…tapi saya bangga dengan anak-anak saya. Anak ko…saper tak sayang dan bangga, kan..

Ni nak cerita last week, hari khamis, sekolah Qistina dan seluruh sekolah Tadika ISlam MAIWP di Kuala Lumpur ni, ada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ala, masjid yang jadi tempat Dato’Siti Nurhaliza, Angkawasan Negara dan Serina anak Chef Wan menikah tu. Wah dah cakap style mak limah plak ko.. So depa ada la perarakkan . Comey kome bebudak tu. Pakai baju sekolah dan di bubuh la selempang, bubuh la bulu ayam pada songkok, pakai la veil pada tudung. cute depa tu, kome. Rugi Ummi tak bawa kamera masa tu.

Atenye, Qistina lambat le sampai ke sekolah. Cikgunya kata pukul 7.30 pagi nak naik bas ke Masjid Wilayah tu, tapi kami sampai pukul 8 pagi kat sekolah (jalan jam ko). Jadi Ummi Qistina ni disebabkan kesian gak kat anak sebab dah berlatih marching selama 2 minggu, maka Ummi pun hantar le ke Jalan Duta tu. Huish, nasib baik la dah duk lama kat KL ni, jadi tau la jalan-jalan shortcut yang boleh ditempoh utk ke sana. 15 minit dah sampai kat Masjid Wilayah. Sampai sana, jenuh la pulak memusing satu masjid tu nak cari kat mana semua orang berkumpul. Masjid tu besau weh, penat kaki Ummi dan Qistina jalan laju-laju sebab takut orang dah start marching.

Meriah masjid tu hari tu. ramai la bebudak tengah beratur dan cikgi-cikgi tengah menyiapkan anak-anak muridnya. Mak pak pun ramai yang ambil cuti untuk tengok anak derang. Emm, Ummi jer tak cuti utk teman kan Qistina. Kalau Ummi tahu cam tu punya meriah, sure ummi cuti. Ada la Ummi tunggu dalam 10 minit kat situ selepas jumpa cikgu dan kawan-kawan Qistina yang tengah beratur siap siap nak marching. Pas tu Ummi dah bergegas nak ke opis. Apa jadi pagi tu, Ummi pun tak tahu.

Tengahri tu, masa ummi ambil Qistina balik daripada sekolah, Cikgu Zainon ucap tahniah pada Ummi. Aikk, tahniah untuk apa?

Oh, rupanya Qistina menang tempat pertama pertandingan mewarna. Wah, kembang kuncup Ummi. Berbaloi gak la ekk bila dulu dinding rumah habis kena conteng macam-macam kaler dan rupa. Ada hasil.

Petang tu, bila sampai kat umah, Qistina dok la show off kat anak-anak jiran hadiah yang dia dapat tu…Pertama kali menang pertandingan la katakan.. Nampak gayanya memang Ummi kena hantar pi DAVINCI kat Bukit Tinggi atau kat Kota Kemuning tu ekk untuk asah lagi bakat yang dia ada. Ada ke masa Ummi nak teman Qistina pi class ni? eemmm…. tengok ler…

Salam Kasih

Teringat zaman dolu

 

 Salam,

Selamat menempuh minggu yang baru lagi. Cepatnya masa berlalu, kan? Sekejap je dah penghujung Februari 2011. emm…

Pagi ni semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya seperti biasa mendengar SINAR FM. Oh ya, saya memang mendengar SINAR FM sebab saya suka celoteh KE, Krill dan Saleh Yaakob. Celoteh mereka adalah peneman sepanjang perjalanan daripada Klang ke Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Celoteh mereka buat saya rasa perjalanan terlalu sekejap sebab idea gila-gila mereka. Saya juga rasa gandingan mereka sangat tepat dan sesuai. Suka la..

Topik pagi ni yang dibincangkan di SINAR FM  ialah KERANA TERLAMBAT.. Jadi adalah satu Mamat ni, cerita dia terlambat kali kedua ke pejabat atas alasan perjalanan dia jauh, dari Seremban ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, keadaan trafic tak dapat diramal. Oleh kerana ini merupakan kesalahan kedua, maka boss lelaki tu dah denda dia untuk lompat katak..kekekeke..ada juga company yang denda cam ni ekk.. tapi bak kata KE lebih elok denda cam ni daripada effect prestasi peribadi cam kena masuk dalam fail peribadi. Jadi KE ada juga sebut, kalau lambat lagi next week, may be boss lelaki tu suruh jalan itik plak..kekekeke

Bila sebut jalan itik ni, saya teringat semasa saya tinggal di asrama ASPURI  di SM Ahmad Boestamam (la ni dah jadi SMK), sitiawan, Perak. Kes balik dari kampung lambat selepas cuti raya haji. Masa tu saya dalam form 2 kalau tak silap. Adoiii, memang dah plan nak balik lambat ke asrama. Siap pakat lagi dengan kawan-kawan.

Hehehe..akibat daripada kedegilan dan keberanian melanggar arahan, maka saya dan ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lagi kena denda dengan warden. Denda jalan itik keliling bangunan sekolah. Makkkk aiii..satu bangunan jer dah panjang berjela..Oleh kerana saya merupakan seorang atlit dan sangat aktif semasa di zaman persekolahan, maka jalan itik tu tak menjadi masalah kepada saya. Saya tidaklah rasa penat atau sakit peha  selepas selesai melaksanakan denda seperti kawan-kawan seasrama yang sama degil cam saya. Tapi saya lihat ramai la yang tercungap-cungap dan ada yang nak pitam dan sebagainya.  Kesian….

Juga teringat semasa saya belajar di IPT, pelajar perempuan dilarang memakai sandle yang menampakkan kaki, tapi saya dan kawan-kawan perempuan yang hanya 2-3 kerat dalam course saya yang ketegaq, pakai juga sandle yang dilarang tu. Makanya didenda la kami oleh pensyarah saya  untuk jalan itik. Emm..Bangunan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal bersambung dan kedua-kedua pengkhususan ni semua sure dah tahu, ramai lekaki daripada perempuan. Jadi kami dengan muka merah padam dan disuruh berkaki ayam semasa jalan itik keliling bangunan Civil dan Mechanical. Allah… Malunya..Bayangkan kena lalu dalam keadaan jalan itik dan berkaki ayam di depan bilik kuliah orang lain dan lalu depan orang ramai yang lalu lalang berkejar ke kuliah yang sudah tentunya kebanyakkannya adalah lelaki. Hasilnya, kami glamer semester tu….kekekekeke tapi tetap degil, pakai juga sandle ke kuliah 

Semua tu walaupun pada masa itu, kena denda adalah satu perkara yang memalukan dan menyakitkan hati, namun bila dikenang semula kini, ianya adalah antara kenangan-kenangan  manis yang selalu membuat saya tersenyum bila terkenang peristiwa lampau.

Kesimpulannya, denda tu sebagai peringatan agar jangan buat salah selalu. Ye la, kita kan manusia, mana boleh tak buat salah, kan….Kalau tak buat salah, kita tak dapat belajar dari kesilapan untuk lebih mematangkan diri kita, kan …?

Salam Kasih,

Aktiviti sejak Khamis lalu

Salam,

Minggu ni belum ada kesempatan menulis. Agak sibuk skit tambahan pulak, modem broadband saya rosak dan terpaksa guna yang lain yanng mana keserasian dan keberkesanannya agak kureng dengan plan internat yang saya langgani.

Aktiviti saya  sejak khamis lepas ialah,

Khamis: balik kerja – makan – terus bergegas ke rumah Dr. Ning. Dr. Ning ajak sertai konsultasi seorang ibu yang mengami masalah berat badan anaknya yang agak kurang naik lebih tepat lagi tak memberangsangkanlah pertambahan berat badannya tu. Kecik jer..kuit ajer. Disamping tu, pinjam buku Dr. Ning utk rujukan study saya. Kak Ning, TQ sebab pinjamkan buku dan juga TQ bagi satu buku pada Zatul. Jasa mu dikenang. Banyak yang saya belajar daripada Dr. Ning. TQ very much, Kak Ning.

Jumaat tengahari pulak , saya ke MLO PJ. Menjadi moderator kepada SGM kali pertama. Emm..saya suka suasana MLO PJ. Chah, kedai ko macam umah chah! I like! Ramai juga la joint SGM kali pertama tu. (nanti saya masukkan gambar SGM, tak dan la

Sabtu, saya bekerja. Chah, sori sebab tak dapat hadir besday party Aida. Aku kena buat urgent task la hari tu. Since aku keluar spital, everyday aku kena balik malam. Sempat juga ke Sarakids  petang tu untuk mengambil semula projektor yang disewa oleh mereka yang saya hantar pagi-pagi sebelum ke pejabat (ya, saya ada buat perkhidmatan menyewakan projektor dan skrin).

Ahad, saya berkhidmat untuk mama & papa saya dan hubby pulak menguruskan parents in law saya. Kami suami isteri kena bekerjasama supaya semua urusan teratur dan semua pihak puas hati dan tiada yang berkecil hati.

Hari Selasa, saya menerima kunjungan pasangan muda yang pertama kali menerima cahayamata. Baby mereka tidak mahu latch  dan mummynya dah jadi pumping mom dah. Saya tunjukkan bagaimana nak stimulate semula lidah baby yang dah biasa menyusu menggunakan botol. Saya juga memberi sedikit kaunseling. Hah? Sedikit? Emm..sampai nak maghrib la juga kaunseling sejak pukul 3.45 ptg. Tak per, saya suka kerja ini. Sejujurnya kalau kaunseling, selalunya akan ambil masa lama, berjam-jam. Jadi panggilan kedua yang saya terima pada petang itu daripada seorang bapa yang juga kakitangan KPJ Selangor Specialist Hospital yang ingin datang ke rumah dan membawa isteri beliau untuk sesi kaunseling kerana masalah inverted nipple terpaksa saya bawakan ke hari yang lain.Tiada istilah cuti sebeb hari cuti saya memang saya tidak bercuti. Kena kerja juga.

Malam Rabu hari tu, sewaktu saya hampir melelapkan mata, tiba-tiba handphone aka telefon genggam saya bergegar. Melihatkan no yang tertera diskrin adalah no yang saya tidak kenali, segera saya membuat telahan sendiri ,”ini mesti breastfeeding mummy yang call ni”. Emm..memang betul tekaan saya. Sebaik saja saya sahut panggilan, saya dengar suara yang disebelah sana memberi salam. Sayu dan ada sisa tangisan pada hujung suara. Getaran kesedihannya dapat saya rasa walaupun belum tahu hujung pangkalnya. Oh, akhirnya saya jatuh simpati setelah tahu yang frozen ebmnya telah cair kerana pintu peti aisnya secara tidak sengaja tidak ditutup rapat oleh si suami. Aduhai..betapa dapat saya rasa kebimbangan dan kepedihan dalam hati ibu tu. Frozen ebm cair sebelum masanya memang menjadi kebimbangan dan igauan ngeri pada ibu-ibu yang menyimpan stok.  Apa yang boleh saya buat ialah tenangkan ibu, sebab pada masa ini, emosi ibu sangat rapuh dan perlu kata-kata semangat agar tidak putus asa.  Saya minta dia check semua stok frozen ebm yang ada sebab dia tidak berani melihat semua stok frozen ebm yang ada dalam simpanan di peti aisnya. Takut bertambah patah hati. Semoga ebm beliau ada yang dapat diselamatkan.

Hari Khamis pula, saya sibuk menyiapkan artikel saya untuk Mami & Baby.  Berkurung dalam kedai kecil aka bilik study saya sepanjang malam. SMS telefon banyak yang masuk dan saya belum sempat membaca dan membalas sebahagian daripadanya. Maaf ye. Nanti saya balas, ok.

Kelas breastfeeding tidak dapat saya adakan pada bulan ini yang dijadualkan esok sebab rumah saya ada tetamu. So tunggu awal bulan depan la yer. Insya Allah.

P/s: bulan April, saya telah diminta oleh SYABAS untuk memberikan talk utk sesi santapan minda dengan tajuk ”Penyusuan Ibu bagi Ibu Bekerjaya”. Telah pikir, apa nak di masukkan ke dalam slide nanti.

Salam Kasih,

Cadangan Topik Daripada Anda

Assalamualaikum,

Korang, ni saya nak minta cadangan sikit. Saya menerima tugasan daripada majalah Mami & Baby untuk menyiapkan 4 artikel  (hingga June 2011) sekalugus dan deadline by Mac 2011. So saya sudah ada topik cadangan yang saya ingin tulis, tapi saya juga ingin menulis sesuatu yang ibu atau ayah ingin tahu berkenaan penyusuan ibu.

Jadinya, jika anda ada soalan atau topik khusus yang anda ingin tahu dan mahu saya tulis dan kupas di dalam artikel saya, cadangan anda adalah sangat-sangat dialu-alukan. Jika keberatan nak komen disini, boleh juga email saya di zatul@babynme.com.my.

Thanks in advance ya!

Salam Kasih,

Shida & MLO Penang

Salam,

Apa khabar? Sihat? Saya ok la, boleh la..nak kata sihat sangat tu tidak la…boleh la nak menjalankan rutin harian.

Oh ya, saya nak war-warkan disini sebagai tanda sokongan saya kepada salah seorang sahabat yang sama berjuang untuk breastfeeding, Puan Norashida Abdul Rahman aka Charantya. Beliau telah mengambil francise MLO dan kedai beliau MLO cawangan Penang telah pun dibuka pada 1 Februari 2011 yang lalu. Tahniah Shida!

Kat mana kedainya? errrrkkk…maaf, kena tengok kat website MLO la yer alamatnya…

Sekali lagi, tahniah Shida!

Dah balik

Salam,

Saya bersiaran dari bilik tidur utama rumah saya kala ini. Dah discaj petang semalam selepas doktor dapati lungs saya bertambah baik dan batuk berkurangan. Alhamdulillah.. Walaupun belum pulih sepenuhnya, saya syukur sebab dah keluar spital.

Hari ni berehat dan berehat. Walaupun dah balik umah, kat umah ni saya ada nurse yang jaga jadual makan ubat saya, tak lain tak bukan En. hubby dan juga Papa saya..Waa..bernanah telinga bila dengar orang lelaki berleter. Serentak plak tu berleter suh saya makan ubat ikut time. Boleh tahan juga ekk,  bila lelaki berleter ni..menusuk ke kalbu.

Lupa nak cerita, semalam sebelum saya discaj, wakil DEMC ada berjumpa dengan saya di bilik wad saya. bertanya mengenai breastfeeding. Sempat juga la saya mempromosikan MBfPC. Apa hala tuju dan peranan kami.

Nampak gaya macam berminat tapi kena tunggu la feedback sebab mereka perlu present pada orang atasan, aka Matron yang mengendalikan hal-hal berkaitan. kebetulan Matron tu pulak kakak kepada sahabat baik saya, Jass (TQ jass, sebab datang melawat aku hari tu), Senang kerja saya nak cucuk jarum disana. Semoga pihak DEMC akan benarkan kami membuat support group disana. Demi kebaikan ibu dan baby.

Aminnnn..

Salam kasih,

Masih di DEMC

Salam,

Pepagi buta dah bangun tulis blog yerk.. Bukan, sebenarnya tidur di hospital ni bukan boleh nyenyak sangat pun. Tambahan pada waktu siang, dah bantai tidur banyak kali sebab ubat yang diberi tu menyebabkan saya mengantuk.

Saya masih di DEMC buat masa ni. Operation dibatalkan dan Dr. Loga advise buat masa ni, untuk saya mencuba antibiotik yang lain. Saya juga ada buat fisioterapi (thanks u all, rasa cam kena urut pun ada bila kena tepuk-tepuk utk longgarkan kahak. Teringat masa bawa Qaisara buat fisio dulu kat KPJ Selangor Specialist Hospital).

Pagi ni, terasa macam dah clear sikit hidung saya. Tak la beringus sangat dan batuk juga berkurangan. Semalam 2 kali cuci hidung. waaaaa..terseksa rasanya nak habiskan 200ml ubat pencuci hidung tu. Tapi demi nak baik, kena paksa juga diri utk cuci hidung tu. Hasilnya, a lot better. IV line juga dah di set up semula disebelah kiri tangan utk rawatan antibiotik petang semalam sebab yang lama di sebelah tangan kanan saya tu, dah leaking dan tangan saya dah besar dan gemuk macam belon (ke memang tangan saya dah sedia gemuk ni? kekeke). Sepanjang malam air antibiotik tu duk meleleh keluar cam paip bocor dari tangan saya.

Malam tadi juga, Doktor Jita (physician) kata lungs saya dah bertambah baik dan sinus saya juga dah berkurangan. Sejak rawatan ni, batuk dah bertambah kurang. Dah boleh dah bercakap tanpa diiringi dengan batuk batuk yang bertindak sebagai penyanyi latar dalam conversation saya selama 3 minggu yang lalu. Alhamdulillah. Cuma Doktor kata, saya akan dalam long term antibiotik la utk betul betul baik. Emmm…mungkinkah penyakit ni berulang? Adoi, tak sanggup rasanya kalau jadi sekali lagi.

Petang Jumaat dan semalam juga saya menerima kunjungan yang tak henti-henti sampai habis waktu melawat jam 11 malam. Terubat sikit rasa sunyi duk sorang-sorang kat spital ni.

Oh ya, malam semalam juga hubby temankan saya sepanjang malam. Hubby saya sangat bertanggungjawab tapi Hubby saya memanglah sangat tidak romantik dan  dia menunjukkan kasih sayang dia dalam cara yang lain. Atau mungkin dia nak mengalihkan keresahan dia dengan memikirkan perkara lain. Ada ke masa saya kata saya kena operation, dia boleh kata tak pe la, dia nak pi repair kereta masa tu. Hahahaha..bab bab ni kekadang dia failed la beb. Dia selalu rasa saya boleh handle sendirian kalau bab-bab yang memerlukan semangat atau azam yang kuat. Dia kata saya kan super woman. Tapi bab lain, Alhamdulillah, saya bersyukur sangatlah dia adalah pasangan hidup saya. I love u, lah Darling!

Dalam saya masih dirawat dihospital ni, ramai juga yang bertanya mengenai breastfeeding class saya. Emm..saya belum putuskan samada akan adakan atau tidak pada bulan Feb ini memandangkan keadaan saya ni. tengok cam ner la yer..

Psstt… saya suka staff di DEMC ni. Sangat peramah dan nursenya suka senyum. Doktornya juga sangat mesra. Bayarannya? errrkk..nasib baik insurans cover, kalau tak, tercekik gak la rasanya. So u all, advise saya ambil la insurans sebab sgt penting. Bayaran perubatan skang ni sgt la tinggi.

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
February 2023
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.