You are here: Home › Article Manager

Pencegahan Kepada Masalah Bengkak susu

0 25 July 2012 11:10 in Health by babynme

Pencegahan Kepada Masalah Bengkak susu

May 7th, 2010


Bengkak susu ini berlaku apabila susu peralihan telah mengambil tempat di dalam payudara yang mana keadaan ini selalunya ibu-ibu akan kata susu dah datang atau susu dah ada.

Mengapa berlakunya bengkak susu?

Ianya berlaku kerana pengurusan penyusuan susu ibu yang tidak di urus dengan baik. Antara contoh pengurusan penyusuan yang kurang efektif adalah termasuk kurangnya penyusuan secara terus bayi ke payudara ibu, pengosongan payudara yang tidak sepenuhnya, pelekapan yang tidak betul, pemberian puting kosong/air masak/susu formula, dan etc.

Bagaimana mencegah?

Perlu diingatkan bahawa penyusuan yang melebihi 8 kali/hari adalah diperlukan dan tempoh sesuatu penyusuan jangan terlalu singkat. Mengapa tidak boleh terlalu singkat? Ini kerana susu ibu mempunyai 2 kategori. Susu Awal dan juga susu akhir. Susu Awal mempunyai lebih air dan cari, manakala susu akhir mempunyai lemak dan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam tumbesaran bayi.

Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi dan juga mengikut kehendak ibu juga. Maksud saya ialah lihat pada cue yang baby telah beri. Jangan tunggu baby sudah menangis baru mahu di offer susu. Sudah tentu huru hara keadaaan pada ketika itu. Nanti ibu dan baby sama-sama tension. Penyudahnya susu tidak keluar walaupun payudara sudah bengkak. Juga jika payudara ibu masih terasa pebuh walaupun sudah menyusu cuba express susu badan anda supaya tiada yang tertinggal di dalam payudara dan payudara terasa kosong dan ringan.

Jika bayi anda tidur dan sudah tiba waktu untuk menyusu, contohnya 2 jam yang lepas baby sudah menyusu dan masih tidur selepas 2 jam, kejutkanlah bayi anda untuk sesi penyusuan yang seterusnya. Jangan pula anda biar bayi anda tidur dan tidak menyusukan bayi hanya kerana kasihan untuk mengejutkan bayi anda daripada tidur. (ada paham ka ayat aii ni? rasa macam tunggang terbalik plak)

Hanya susu ibu

Pastikan tiada gangguan dalam penyusuan susu ibu. Ini termasuklah lebih mengutamakan breastpump daripada baby. Sehebat mana dan semahal mana pun breastpump anda, ianya masih belum dapat menandingi keberkesanan hisapan bayi anda. senang cerita performance pump masih jauh ketinggalan berbanding hisapan bayi. Jadi pastikan anda susukan bayi anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi sudah tidak mahu meneruskan penyusuan, baru express bagi tujuan pengosongan payudara tadi.

Pemberian air masak, puting kosong dan susu formula juga merupakan gangguan yang terbesar dalam penyusuan susu ibu. Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa berlakunya bengkak susu dan juga akan menyebabkan pengeluaran susu anda mula terganggu dan menjadi kurang. Perlu ingat, perut baby sangat kecil. Bayi baru lahir tidak perlu 2 oz atau lebih teruk lagi jika diberi 4 oz pada setiap feeding session. Bayi baru lahir perut mereka hanya sebesar kacang hazel. Mana mungkin akan dapat mengisi 2 oz tersebut. Keperluan baby akan meningkat seiring dengan tumbesarannya.

Susukanlah bayi anda dengan SUSU IBU SAHAJA.

Jika pengurusan penyusuan ini aka breastfeeding management dapat dilakukan dengan baik, insya allah, tidak akan terjadinya bengkak susu yang menyebabkan anda trauma. Pengurusan penyusuan yang tidak cekap pula akan menyebabkan masalah lain seperti demam, mastitis dan sebagainya.



Salam Kasih,

Last Modified: -/-
  • Visits: 1389
  • (Current Rating 0.0/5 Stars) Total Votes: 0
  • 0 0

No Comments Yet...

Leave a reply