Salam,
Tentunya sekarang anda sedang bersama keluarga dan sedang bersantai ataupun sudah mahu melelapkan mata. Saya pula sedang mengambil kesempatan di masa yang terluang ini, selepas anak-anak dah tidur untuk menulis artikel pendek berkaitan kolostrum. Artikel ini juga saya letakkan di
Blog Saya.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana terlalu ramai ibu yang mengadu dan terus mengadu mengenai masalah tiada susu di hari-hari pertama kelahiran bayi mereka dan juga bagi menjawab soalan seorang ibu baru yang mengadu susunya tidak keluar di
Ratuhati.com. Diharap selepas ini, segala persoalan anda akan terjawab dengan adanya sedikit penerangan pendek daripada saya melalui artikel ini.